Tentang Kami

sedikit kisah mengenai kami

Tentang Trilode

Trilode.com mula ditubuhkan pada akhir Mei 2016 merupakan portal informasi yang memfokuskan kepada penghasilan kandungan yang lebih tertumpu kepada topik berkaitan percutian, makanan, hotel dan gaya hidup dimana kesemua topik ini adalah didalam kategori pelancongan yang menumpukan kepada bahan maklumat sama ada didalam negara dan juga luar negara.

Setiap topik yang disiarkan di Trilode dipaparkan dalam bentuk penulisan, gambar dan video. Kami juga pada masa yang sama turut memperkenalkan tempat-tempat menarik untuk dilawati sama ada didalam negara ataupun luar negara kepada pembaca-pembaca kami. Begitu juga dengan lokasi makan, hotel dan pelbagai lagi yang kami rasakan menarik untuk dikongsikan.

Di Trilode kami lebih menekankan kepada bahan bacaan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya dalam usaha untuk mendidik para pengguna tempatan dalam mendapatkan dan mengetahui informasi yang kami sampai dengan lebih mudah.

Apa Yang Kami Lakukan?

Kami sentiasa mencari topik-topik yang menarik untuk pembaca kami dan kami juga sentiasa memastikan topik yang kami siarkan dapat membantu pembaca kami mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tempat-tempat menarik, lokasi makan sedap dan hotel yang selesa untuk diduduki yang ada didalam negara atau pun di luar negara.

Ramai yang ingin melancong tetapi terbantut kerana kekurangan maklumat mengenai tempat yang ingin ditujui. Disini kami menawarkan bahan maklumat yang dapat membantu mereka. Selain dari itu juga, sedikit sebanyak kami dapat membantu pengusaha-pengusaha dalam mempromosikan perniagaan mereka kepada orang ramai.

Ingin Menghubungi Kami?

Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang jemputan, tajaan atau pertanyaan dari pihak pembaca atau mana-mana individu yang minat untuk bekerjasama dengan kami. Untuk hubungi kami, anda boleh menggunakan halaman ini.

Trending Di Trilode


Atas