Travel Tips Berguna Buat Backpackers

9
  • 665
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 22 September 2015 • 665 paparan
oleh Website/Blog

Dunia ini sememangnya besar dan tak terkira akan keindahan dan nikmat yang Allah telah berikan. Hanya tinggal untuk kita terokai sahaja.

Berikut adalah tips buat backpackers yang mungkin berguna untuk jimat masa, duit, ruang dalam beg dan juga cara untuk menikmati travel anda sehabisnya.

Merancang Perjalanan Backpackers Anda

#1 Selidik tempat yang ingin dituju

1

Sekiranya anda ingin travel untuk aktiviti lasak seperti hiking, selidik dahulu tempat tersebut tentang pokok-pokok mahupun hidupan berbahaya disana. Sangat berguna buat backpackers yang inginkan sesuatu yang ekstrem.

#2 dan juga budaya mereka

2

Cuba untuk membaca The Do’s and Don’ts sesebuah negara ataupun negeri. Tahukah anda, meletakkan beg di atas kerusi dianggap kurang sopan oleh rakyat Jepun. Manakala di Thailand pula, dilarang sama sekali untuk menyentuh kepala rakyat Thailand, walaupun anak kecil. Kita as backpackers adakalanya alpa tentang hal kecil ini, tapi eloklah kita berwaspada.

#3 Jangan takut untuk travel solo

3

Ternyata ramai sahaja backpackers di luar sana yang travel solo. Jangan risau, anda boleh jug amembuat ramai kenalan di dorm mahupun hostels tempat anda menginap. Dengan cara ini anda boleh je join aktiviti dengan warga backpackers yang lain walaupun hanya untuk beberapa hari.

#4 Jangan padatkan jadual trip anda

4

Kalau anda bercadang untuk menginap di suatu tempat selama seminggu mahupun dua minggu, elakkan untuk sumbat semua tempat dalam masa yang singkat, kerana di penghujung hari, anda akan keletihan tanpa sempat untuk menikmati semua tempat yang anda telah list kan. Cuba untuk blend-in dengan rakyat tempatan mahupun backpackers lain untuk ketahui apa aktiviti menarik.

#5 Sediakan sedikit wang buat kecemasan

5

Sentiasa mempunyai wang untuk kecemasan. Tak kisah dalam beg make-up mahupun dalam stokin, takpun pada family yang senang untuk dihubungi untuk transfer duit. Walaupun anda plan trip sebaik mungkin, anything can and will happen to any backpackers.

#6 Pastikan handphone anda “travel-savvy”

6

Maksudnya disini, lebih elok untuk anda membeli sim-card tempatan di negara yang anda lewati bagi memudahkan untuk hubungi mahupun menggunakan built-in-internet, sekiranya wifi tidak mudah untuk dicari. Ye lah, backpackers takkan nak lepak kat satu tempat lama-lama semata untuk wifi kan?

#7 Survey Pengangkutan

7

Cuba untuk membandingkan harga bagi kapal terbang, bus, tren mahupun drive menggunakan kereta. Adakalanya, backpackers pilih menaiki train ke Krabi walaupun masa yang diambil lagi lama daripada naik kapal terbang, tapi pastinya menjimatkan perbelanjaan dan boleh digunakan untuk buat aktiviti di Krabi.

#8 Pastikan Tiket Penerbangan Murah

8

Adakalanya, walaupun tiket flight murah tapi tempat airport anda mungkin terletak jauh dari tempat penginapan. Dengan ini tanpa sengaja anda akan spend lebih untuk pengangkutan. Tambahan pula jika hostel mahupun dorm anda harga murah dan jauh. Disarankan untuk buka google maps dan track down tempat yang ingin dilawati bersama tempat anda tiba.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas