Tips Packing Ringan Untuk Backpacker

travel
  • 768
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 28 September 2015 • 768 paparan
oleh Website/Blog

Kebaikan packing ringan ini sebenarnya untuk kebaikan anda juga sebagai traveller. Pernah ke anda dengar, traveller mahupun backpackers berkata sebegini, “Setiap tahun beg saya bertambah berat.” Untuk tahu bagaimana seorang traveller enjoy their destination adalah dengan lihat berapa ringan beg yang mereka bawa. Anda tidak boleh travel dengan beg berat, gembira dan murah. Anda hanya boleh pilih dua.

Tips packing ini akan membantu anda.

#1 Kekalkan hanya dengan satu backpack

backpack

Cuba untuk kurangkan berat beban beg anda dan juga kos pembayaran untuk berat tambahan. Anda akan banyak berjalan dan pastinya beg yang berat akan melambatkan perjalanan anda. Lagipun dengan satu carry-on-size bag mahupun backpack, anda boleh bawak naik flight terus. Tak perlu letak di kargo. Dengan 1 beg sahaja, ia pasti muat di bawah kerusi, dalam teksi, bus mahupun kapal terbang. Apabila anda membawa satu-satunya beg anda, kemungkinan untuk hilang, rosak, mahupun dicuri sangatlah rendah. Flight delayed ataupun ada perubahan pastinya tidak membebankan.

#2 Dan gunakan sepenuhnya beg tersebut

most

Tips packing ini merupakan cara paling efektif untuk pakaian, dengan menggulung, dan bukannya lipat. Bawa baju yang nipis dan senang kering. Takpun, bagi ruang untuk baju-baju santai yang mungkin and akan beli di perjalanan. Cuba elakkan bawa jaket tebal mahupun jeans. Kain batik mahupun Kain pelekat sangatlah berguna untuk dijadikan tuala, alas bantal, selimut ataupun sebagai kain basahan. Untuk lagi senang, cuba susun atur pakaian anda dalam beg-beg kecil bagi memudahkan untuk grab-and-go, tanpa perlu kumbah semuanya. Make sure not to overpack!

#3 Sila stock up on baby wipes, tisu poket dan hand sanitizer

baby-wipes

Percayalah, anda pasti akan mencari tisu disaat yang tidak diduga. Tempat-tempat yang keberadaan air tidak diketahui, baby wipes pasti akan membantu. Bila travel, kita akan sangat berhati dengan tempat yang kita duduk mahupun pegang, satu picit dari hand sanitizer, pastinya membuatkan anda lebih lega.

#4 Duct Tape dan Fishing Line

duct-tape

Apa pentingnya tips packing ini? Penting untuk saat kecemasan seperti beg koyak, tali kasut putus, atau pun untuk sangkut baju di dinding tapi tiada penyangkut. Gunakan fishing line untuk buat tempat sangkut baju-baju nipis di bilik anda sekiranya tiada.

#5 Botol air dan ziplock plastic

ziplock

Lebih jimat bawak botol air sendiri, dari kena beli setiap kali haus. Cari sahaja water cooler untuk refill air. Ziplock plastik membantu dari mengelakkan barang-barang dari masuk air mahupun pasir di pantai. Selamatkan lah handphone dan kamera anda dengan tips packing ini.

#6 No make-up or hair care

sample

Anda dalam mood travel, tak perlu rasanya habiskan masa depan cermin untuk berhias mahupun dandan rambut. Biarkan ia bare without anything. Untuk tips packing ni, bawa saja saiz miniature ataupun sample. Ini merupakan masa untuk menikmati pemandangan dan lokasi, bukannya untuk mencari jodoh. But if jodoh do appear, let them see you as you *wink*

#7 Bawa inflatable neck pillow ataupun bantal leher

neck

Tips packing ini sangat berguna agar anda tidak TER-baring dibahu orang lain yang duduk bersebelahan anda. Membantu juga anda anda perlu baring sambil menunggu flight delayed. Ataupun sebagai bantal peluk kecil.

Semoga tips packing ini berguna buat anda yang ingin travel !

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas