Tips Packing Baju Yang Praktikal Semasa Bercuti

Tips packing baju
  • 705
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 19 February 2016 • 705 paparan
oleh Website/Blog

Bila sebut je bercuti, waktu-waktu ni lah yang paling dinanti-nantikan setelah setahun berpenat lelah tidak kira yang masih belajar mahupun yang dah kerja. Ada jugak yang sanggup plan setahun awal, gara-gara nak berjimat.

Tapi, tak guna kalau berjimat, mahupun planning awal, tapi tidak tahu antara baju mana yang praktikal untuk dibawa bila bercuti. Sayanglah, kalau dah ready to travel, tapi baju tak sesuai dengan cuaca. Rugi-rugi…Meh sini TL share tips packing baju yang praktikal :

#1 Pack baju ikut destinasi

Tips packing baju

First of all, memang lah kena pilih tempat kan? Tapi tengok jugak apa aktiviti anda nak buat kat sana. Katakan nak mandi pantai, haruslah bawak pakaian mandi and topi pantai. Jangan pikir baju mandi boleh beli disana, sebab kita mungkin tak tahu tentang harga dan juga lokasi nak membelinya. Trust me, I’ve been there. Nak mandi punya pasal, sanggup beli legging RM25. Sighh. Habes duit makan den. Haha. Sama juga andai nak ke lokasi negara-negara sejuk, baju ‘panas’ jangan ditinggalkan pula. Kejung awak tu nanti.

#2 Pilih yang sedang-sedang saja

Tips packing baju

Naaa, dah nama pun berjalan kan, why not just bawak blouse lengan panjang padan dengan skirt labuh or just be a simple chic with tshirt and jeans. Simple kan? Untuk guys, tak perlu cakap banyak, cuz I know, you’ll be bringing shorts and tshirts. Senangnya jadi lelaki. Envy much.

#3 Avoid layers

Tips packing baju

TL paham, maybe anda sekalian suka untuk pakai cardigan or kemeja overlap semua tu, but going on vacations and have to pack all those layers might just burnt you out. Stick with the simple attire.

#4 Aksesori minimalis

Tips packing baju

MIMINALIS. Do I need to elaborate? Cukup jam tangan 1, gelang tangan 1, or rantai 1. Done. Ops, cincin 1 buat yang ber’tanda’. Haha. Joking jerr.

#5 Pemilihan warna ceria

Tips packing baju

Okay yang ni, ikut anda actually. Dengan memakai warna-warna terang katanya dapat membantu membangkitkan mood happy dan rasa keterujaan anda untuk bercuti. But then again, wear anything that makes you feel comfortable. Kang terang sangat, over pulak.

#6 Checklist Day 1 till End

Tips packing baju

TL selalu buat ni kalau nak pergi bercuti. Cara dia ialah dengan listkan baju apa untuk pakai hari apa. Dari tudung, baju, seluar dan kasut. Basically what you’ll be wearing from head to toe. Senang untuk pack masuk dalam beg and senang untuk capai bila dah sampai destinasi. Susun plak baju yang akan dipakai hari terakhir dibawah sekali dalam beg. Percayalah, senang gila hidup anda untuk packing nanti.

#7 Cotton Hijab

Tips packing baju

Senang, tak perlu gosok, dan pastinya hari anda takkan ruin kalau tetibe hotel tempat anda stay takde iron. Tapi macam mustahil plak kan kalau takde iron. Well, up to you, either nak senang tak perlu gosok, or nak take time untuk gosok. Your choice.

#8 One for All

Tips packing baju

Ini boleh dilabelkan untuk jaket, tas tangan, kasut mahupun sandal, dan juga seluar. Cuba untuk bawa pakaian ini yang sesuai untuk dipakai dengan pakaian yang lain dan juga untuk apa jua cuaca.

Itu sahaja yang TL dapat kongsi buat masa ni. Nanti kalau ada lagi tips-tips lain, TL share ye ! Happy holidays !

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas