Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Ketika Memandu

tips hilangkan mengantuk ketika memandu
  • 602
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 11 September 2015 • 602 paparan
oleh Website/Blog

tips hilangkan mengantuk ketika memandu

Mengantuk ketika memandu sering dialami oleh mereka yang memandu secara berseorangan lebih-lebih lagi yang memandu ke tempat yang jauh dan jika anda terlelap walaupun seketika ia boleh mengundang kepada kemalangan bukan sahaja kepada pemandu bahkan kepada orang disekeliling anda.

Jadi amatlah bahaya memandu dalam keadaan mengantuk. Seringkali kita lihat di surat khabar ada sahaja berita mengenai kemalangan dan baru-baru ini berita kemalangan pakar bius yang terlibat dalam kemalangan disebabkan letih dan mengantuk ketika memandu.

5 Cara Hilangkan Mengantuk Ketika Memandu

Kami pasti mesti ramai yang gemar memandu pada waktu malam kerana tidak banyak kereta di atas jalan dan sejuk jika nak dibandingkan pada waktu siang. Kami juga antara pemandu yang suka memandu pada waktu malam jika nak berjalan jauh atau pulang ke kampung lebih-lebih lagi ketika musim perayaan untuk mengelak tersangkut dari kesesakan jalan raya. Jadi bagaimana Kami nak hilangkan mengantuk ketika memandu ni?

Disini Kami ada berikan 5 cara yang boleh anda gunakan untuk hilangkan mengantuk ketika mengantuk. Semoga ia membantu.

#1 Makan Makanan Ringan

Jika anda memandu untuk ke lokasi yang jauh sila pastikan anda membeli sedikit makanan ringan untuk dikunyah seperti gula-gula, gula getah, keropok ikan ataupun sebagainya bagi memastikan anda tidak bosan memandu. Bosan memandu boleh menyebabkan anda mengantuk. Jadi dengan pergerakan pada mulut anda, sedikit sebanyak boleh mengurangkan kebosanan memandu lagi-lagi jika memandu berseorangan.

#2 Minum Minuman Isotonik/Berkafein

Minuman isotonik dapat mencergaskan badan dan mengelak rasa lesu ketika memandu. Manakala minuman berkafein pula dapat membuatkan kita berasa segar. Jadi pilih minuman yang sesuai untuk anda. Jangan pula terlalu banyak minum minuman ini kerana ianya banyak gula. Jika kami, kami lebih sesuai mengambil 100plus dan air tin mocha sahaja.

#3 Mendengar Muzik

Ketika memandu, jangan pasang lagu mendayu-dayu kerana ia akan menyebabkan anda mengantuk dan terlelap. Seeloknya pasang lagu yang sedikit rancak dan ikut nyanyian lagu tersebut untuk mengelakan anda mengantuk. Tinggikan volume lagu tersebut jika perlu ataupun anda boleh pasang zikir munajat ataupun lagu nasyid dan ikut berzikir dan bernyanyi bersama. Ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa mengantuk anda.

#4 Air Mineral

Ni tips yang sering kami gunakan jika memandu ke tempat yang jauh. Kami akan beli sebotol air mineral besar dan sila pastikan ianya sejuk. Air mineral ini kami gunakan untuk 2 kegunaan. Satu untuk diminum dan satu lagi untuk membasuh muka. Air mineral sejuk yang dibasuhkan pada muka boleh membantu menghilangkan rasa mengantuk dalam sekitar setengah jam atau pun satu jam. Ia lebih baik daripada anda minum air yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti redbull dan sebagainya.

#5 Tidur Sebentar

Jika anda tidak dapat menahan rasa mengantuk yang teramat sangat, berhenti seketika di kawasan RnR atau hentian sebelah untuk tidur sebentar. Jangan paksa diri anda untuk memandu dalam keadaan mengantuk. Buruk padahnya nanti. Ambil masa setakat 1 jam untuk tidur bagi merehatkan mata anda dan setelah 1 jam teruskan perjalanan anda. Jangan tidur berlebihan pula.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas