Tioman antara destinasi pancing popular Asia

img_5809.jpg
  • 19
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 2 September 2017 • 19 paparan
oleh Website/Blog

Ted Thomas dari GrayWolfLife, adalah seorang pengembara dan peminat aktiviti lasak. Dia berkongsi pengalaman berkhemah, memburu, dan memancing, seterusnya memberi pendapat mengenai beberapa tempat yang patut dikunjungi.

Thomas menyenaraikan 5 tempat memancing terbaik di Asia berdasarkan pengalamannya sebagai pengembara dari Delta Mekong hingga ke Laut China Selatan.

Berikut adalah 5 destinasi memancing pilihan Thomas di Asia seperti dicatatkan dalam www.adventurearoundasia.com

1. Tioman, Malaysia

Tidak sekadar dikenali sebagai percutian, Tioman juga popular sebagai lokasi memancing. Pulai ini menawarkan pelbagai aktiviti memancing di laut dalam iaitu Laut China Selatan.

Jika bermasib baik, anda akan berpeluang untuk menjinakkan jemuduk atau Giant Trevally (GT), marlin hitam, tuna Malaysia, tenggiri dan banyak lagi. Tapi berhati-hati jangan sampai memasuki perairan Jabatan Taman Laut kerana hidupan marin dalam kawasan ini dilindungi pihak berkuasa dan memancing memang dilarang.

2. Lei Yue Mun, Hong Kong

Memancing di Hong Kong memang kendengaran janggal kerana kebanyakkannya berkunjung untuk beli belah atau bercuti. Namun, memancing di bekas tanah jajahan British adalah antara aktiviti dalam kalangan pelancong. Antara lokasi memancing terbaik adalah Lei Yue Mun iaitu terusan sempit terletak di sempadan Pelabuhan Victoria.

3. Sungai Mekong, Thailand

Sungai ketujuh terbesar di Asia, Sungau Mekong sepanjang 4,909 kilometer bermula dari Tibet merentasi lima negara, Thailand, Laos, Burma, Vietnam dan Kemboja.

Sungai ini menjadi rumah kepada 1,300 ikan unik dan 600 lagi spesis penghijrah. Sungai Mekong menjadi lokasi kaki pancing utama dengan peluang untuk menjinakkan ikan patin Mekong yang bersaiz sehingga 100 kilogram.

4. Borneo, Malaysia

Pulau ketiga terbesar di dunia, apabila Thomas menyatakan Borneo, Malaysia ia mungkin merujuk perairan Sabah & Sarawak. Katanya, bukan sahaja di laut, memancing di sungau dalam kedua buah negeri ini turut menjanjikan pengalaman yang hebat.

Perairan Sabah & Sarawak di Laut China Selatan menyajikan ikan marlin, tuna, tenggiri, tuna gigi anjing, jemuduk hingga kepada barakuda.

5. Laut Andaman, Phuket

Bosan dengan kesesakan di Phuket, cubalah sertai aktiviti memancing di Laut Andaman terutama di sekitar lubuk Ao Nang. Mungkin agak ekstrim memancing di tengah lautan di bawah terik mentari, tetapi bagi kaki pancing, anda boleh menikmati keseronokan tidak terkata apabila joran disentao ikan tenggiri, GT, marlin dan sebagainya.

Sumber : Berita Harian

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas