Terbanglah Daku Ke Utara

b
  • 713
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 30 June 2015 • 713 paparan
oleh Website/Blog

Pertama kali TL jejak ke Langkawi adalah masa praktikal dulu. Tapi sekejap sangat stay sana. Cuma dua hari satu malam dan ternyata banyak tempat-tempat yang TL tak berpeluang nak terokai lagi. Jadi kali ni, TL nak kongsi apa yang seronok untuk dibuat di Langkawi andai kata TL ada peluang untuk jejakkan kaki ke sana. *Wishlist added*

Tidak kira naik flight mahupun feri, lokasi pertama haruslah Dataran Lang. Kenapa? Kerana rugi kalau tidak bergambar kenangan dengan statue burung helang, ikonik untuk Pulau Langkawi. Kalau takde gambar ni, tak sah la cuti anda.

Haa buat yang gayat, tak digalakkan untuk naik Cable Car, tapi rugi plak kalau tak naik kan? Selain dari Genting Highlands, Pulau Langkawi pun ada jugak. Dengan kepanjangan 1km pastinya seronok beb! Dapat tengok keindahan Pulau Langkawi dari top view. Laut, gunung-ganang, pulau-pulau, pastinya view yang breath-taking. Okay lah kalau rasa Cable Car ni tak challenging langsung, meh cuba Bottom Glass Gondola, segala pemandangan kat bawah tapak kaki anda, sebab deme-deme ni ganti lantai tu dengan papan kaca. Haa gayat x?

aSatu lagi aktiviti yang bakal mengugat jiwa, Parasailing di Pantai Tanjung Rhu. Selalu kita tau abseiling je kan, yakni turun bangunan tinggi menggunakan tali. Tapi yang ni macam ala-ala pakai parachute tapi di guide kn oleh sebuah bot. Tengok gambar sangat seronok okayy. Tak sabar nak try benda ni.

Kalau tak nak main aktiviti apa-apa boleh lah jalan-jalan disekitar Pantai Chenang, pantai yang famous kat Pulau Langkawi ni. Keindahan pasir putih yang bersih serta boleh enjoy view sunset dengan yang tersayang. Uuuu romantik sangat!

Makan di mana? Makan-makan di mana? Haa kat sini kena cuba makanan di Restoran Haji Ali. Kata local sini, kedai mamak ni paling win!

Terlampau banyak kedai makanan laut sampai tak tau mana nak pilih? Meh TL tolong. Sila bawak kereta anda ke Restoran Haji Ramli, Pantai Chenang. Buat penggemar seafood-galore, this is your place.

Jangan lupa singgah Muzium 3D Art in Paradise di Oriental Village, muzium paling besar di Malaysia. Setiap dinding di dalam muzium ini dipenuhi dengan lukisan-lukisan yang menarik. Dengah harga serendah RM30 (dewasa) & RM20 (kanak-kanak), pastinya berbaloi.

Okay dah sampai masanya untuk pulang, singgah lah dulu ke Kompleks Haji Ismail Group (HIG). Macam-macam boleh beli dengan harga yang duty-free. Tapi GST ada tak? Haha. Paling best kalau borong coklat-coklat. Yumms.

Dah boleh start kumpul duit untuk trip ke Pulau Langkawi!

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas