Tempat-Tempat Menarik Di Perlis Untuk Dilawati

17
  • 1,715
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 21 October 2015 • 1,715 paparan
oleh Website/Blog

Negeri Perlis, merupakan negeri paling kecil dan terletak pada bahagian paling utara di semenanjung Malaysia. Walaupun kecil, tidak bermakna tiada tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Baru-baru ini TL berpeluang untuk mengembara ke negeri Perlis ini. Ternyata banyak juga tarikan yang ada di sana. Lebih kurang macam pepatah, “Kecil-kecil cili padi”.

Antara tempat-tempat menarik di Perlis ialah :-

#1 Gua Kelam

11

14

12

Ataupun dipanggil “Cave of Darkness” kerana dulunya sangat gelap. Tapi sekarang tidak lagi, ada lampu-lampu untuk menemani perjalanan anda di dalam gua ini. Gua Kelam terletak kira-kira 33 km ke utara Kangar, ibu negeri Perlis, berhampiran dengan sebuah bandar kecil bernama Kaki Bukit. Mengikut kepada Encik Mohd Noor Jamili bin Hajat, Pengurus Gua Kelam, dahulunya gua ini adalah tempat mining, dan juga laluan jalan buat penduduk di Kaki Bukit sebelum adanya jalan raya. Dari pintu Gua Kelam, jarak ke dalam hanyalah sejauh 370 meter dan di hujung perjalanan gua, anda akan ke tempat yang dipanggil Secret Garden. Bukan TL yang bagi nama ye, tapi memang ada Secret Garden disebalik kegelapan gua. Pemandangan yang sangat cantik bagi menenangkan fikiran.

#2 Mempelam Harum Manis

2

Ye, mempelam ini bukan tempat, tapi TL nak selitkan juga sebab ini juga merupakan antara yang elok untuk dicari tatkala berada di Perlis. Bulan yang sesuai untuk mendapatkan buah mempelam ini ialah diantara bulan April hingga Jun, tapi disarankan datang pada bulan Mei. Sedang-sedang sahaja di pertengahan musim. Kalau nak senang, boleh cari di Pusat Pertanian Bukit Bintang, Batu Pahat ataupun UiTM Perlis.

#3 Arked Niaga Padang Besar

15

Pekan ini merupakan syurga membeli-belah di Perlis sebagaimana Pasar Siti Khadijah di Kelantan dan Pasar Payang di Terengganu. Mengikut kepada kaki bola, sini tempat yang bagus untuk beli jersey, katanya banyak pilihan. Tempat yang terkenal dengan harga yang murah ini, merupakan lokasi paling utara di negeri Perlis yang berhadapan dengan sempadan Thailand. Jadi jangan terkejut kalau tiba-tiba terdengar, warga peniaga berbahasa siam.

#4 Komalaut Kuala Perlis

3

Iaitu Kompleks Makanan Laut, bukan koma di laut ye, merupakan tempat makan makanan laut yang sangat sedap pada harga yang affordable. Kompleks ini terletak di jalan menuju ke Terminal Feri Kuala Perlis. Kalau datang ke sini, disarankan untuk menjamah makanan di Mona Ikan Bakar, sure terangkat!

#5 Gunung Perlis

4

Gunung Perlis merupakan puncak yang tertinggi di dalam Taman Negeri Perlis dengan ketinggian 732.711 meter dari aras paras laut. Ia juga merupakan titik benua paling utara sebagaimana National Park Tanjung Piai sebagai titik benua paling selatan di Johor. Buat kaki mendaki semua ini, boleh lah cuba untuk daki Gunung Perlis ye.

#6 Taman Herba

10

9

8

Rimba Herba Negeri Perlis merupakan salah satu projek Jabatan Perhutanan Negeri Perlis di dalam usaha mempelbagaikan potensi tumbuhan herba yang boleh dimaanfaatkan buat generasi akan datang. Sebesar 12 hektar ini, lepas berjalan, pihak Taman Herba ada menyediakan khidmat rawatan urutan dan rendaman kaki dalam minyak herba – minyak kelapa, teja lawang, capa/sembung, dan serai wangi. Elok untuk Gout, sakit sendi tulang, kebas kaki/tangan dan angin dalam badan. 20 minit cuma RM10 sahaja.

#7 Taman Ular dan Reptilia

7

6

Taman yang dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Bintang ini, mempunyai 200 ekor ular, dimana 25 spesis luar negara dan 9 spesis local. Dengar je ular, pasti anda geli kan? Nak pulak dengan kulit badannya yang amcam getah dan bisanya yang menakutkna. Tenang, tak semua ular dalam ni berbisa, ada yang jinak dan tidak berbisa langsung. Haaa, yang ini anda boleh datang, pegang dan bergambar. Cuma RM5 sahaja untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

#8 Masjid Al-Hussain

5

Masjid Al-Hussain merupakan masjid terapung yang dibina di tepi pantai Kuala Perlis. Menggunakan konsep Resort tropika moden sebagai tema seni bina yang ingin ditonjolkan pada masjid itu. Konsep itu digunapakai pada laman dan suasana santai persekitarannya. Masjid yang menjadi ikon baru Kuala Perlis ini diilhamkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail dan direalisasikan oleh seorang jutawan bernama Ariffin. Abang kepada Ariffin, Datuk Dr. Mohd. Hussain meninggal dunia pada tahun 1999 sebelum sempat dia menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid. Oleh kerana itulah selepas siap dibina, masjid itu dinamakan sempena nama abangnya itu. Sejarahnya sahaja sudah menarik perhatian, apatah lagi kalau menjejakkan kaki ke masjid yang indah ini.

#9 Air Nira Nipah

16

1

Ianya merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada nira pokok nipah yang ditapis dan dijadikan minuman yang segar dan manis rasanya. Tapi masa TL dapat minum air ni setibanya di Padang Besar, terkejut sekejap. Haha. Sebab dari cawan nampak macam air assam boi, tapi bila minum, lain! Terkejut sekejap sebab tak pernah minum. So anda boleh lah cuba ye air nira nipah ini.

#10 Tasik Timah Tasoh

18

Tasik buatan manusia ini merupakan tasik kegemaran buat pemancing-pemancing di Perlis ini, dengan berlatar belakangkan Bukit Cabang dan Banjaran Nakawan yang bersempadan dengan Thailand di jalan menuju ke Padang Besar. Ia juga merupakan sebagai pusat tadahan air buat rakyat negeri Perlis. Di sini juga terletaknya Terinai Lakeview Resort yang asalnya dahulu merupakan sebuah RNR.

So, rasanya cukup tak tempat-tempat menarik di Perlis untuk membuatkan anda datang bercuti di Perlis?

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas