Tempat Menarik Di Krabi Thailand

20140823_110857
  • 1,365
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 25 June 2015 • 1,365 paparan
oleh Website/Blog

TL rasa dah sampai masanya untuk anda keluar dari Malaysia. Ya keluar. Okay tak perlu skeptikal sangat ingat kami benci Malaysia. Kami sayang Malaysia. Apa yang kami cadangkan ialah untuk anda pergi mengambil angin di luar negara. Kalau lawak kami kering, takpe. Cuba get along, bhaha! Untuk yang pertama kali ingin bercuti luar Malaysia, kami syorkan untuk anda memilih Krabi, Thailand. Kenapa?

Sebab ia dekat dan boleh pilih untuk travel by flight, kereta atau nak gempak lagi dengan motor. Kalau naik motor, lu orang memang gigih. Kalau percutian ini dibuat secara solo atau dalam kumpulan yang kecil, bajet yang kami sarankan sekitar RM2 ribu. Itu kalau anda nak puas bercuti dan tentunya nak kena beli fridge magnet untuk kak long, kak ngah dan Bang Thoib hujung lorong rumah korang yang tiba-tiba tau pulak anda nak ke Krabi. Dalam bajet itu, anda should be fine.

Mulakan dengan mencari tiket flight paling murah. Kena rajin, itu aje nasihat kami. Cubalah buka website AirAsia dan tengok harga tiket promosi yang boleh dibeli. Jangan gelojoh dan jangan juga tamak. Bila harga dan sedang-sedang elok tu, terus sahaja grab peluang. Beli.

Penjimatan terhadap tiket penerbangan sangat crucial dalam percutian bajet. Begitu juga hotel.  Do enjoy Krabi to the max. First thing you should do apabila melepasi checkpoint passport, silalah mendapatkan taxi-buddy mahupun buss-buddy. Naik bas bole save lagi. Kemudian dapatkan travel agent untuk pilih aktiviti yang dibuat sepanjang berada di Krabi. Setakat nak main WiFi dalam bilik, boleh buat kat Kodiang. 

What to do when you get to Krabi?

#1 Kayaking

Kayaking atau bahasa manusia biasa iaitu berkayak, sangat popular di Ao Thalane. Sebuah perkampungan nelayan kecil yang terletak di tengah-tengah rangkaian saluran pokok bakau semulajadi serta pembentukan gaung batu kapur.

Ada juga pitstop nama “Crocodile Cave” sebab dulunya ia habitat buaya. Tak payah nak tunjuk teror sangat cuba-cuba selam nak cari buaya.

Kemudian lautnya memang sangat cantik. Snorkeling pepuas.

20140823_110857

#2 Island Hoping

Kalau dah semput snorkeling, try Island Hoping. Lawatan ke pulau-pulau yang famous kat Krabi ni untuk layan scenery yang breathe-taking. Ada Poda Island, Chicken Island, Si Island, Tube Island dan Phranang Cave.

Beberapa pulau, bot akan lalu sahaja. Snaplah gambar cepat-cepat. Ada pulau, bot akan dihentikan. Masa tu, anda dibenarkan untuk turun dari bot dan berenang bersama anak-anak ikan. Ikan yang ikan ya. Bukan orang.

20140823_105834

Malas nak terjun takpe. Cecah-cecah kaki dalam air. Bagi ikan gigit.

2014-08-23 07.29.02 1

Pulau paling unik bagi TL di Krabi adalah Chicken Island. Anda akan nampak ayam atau anda boleh nampak macam unta. Bermainlah dengan imaginasi, eheh.

#3 Mendaki Tangga di Tiger Cave Temple

Jangan lupa aktiviti darat. Uji stamina dan ‘kesadoan’ anda di Tiger Cave Temple.

20140824_112734

Terdapat 1,237 anak tangga. Bukan stail tangga biasa ya. Ini sejenis tangga curam yang memang nak menguji mental. Peringatan kecil: bawalah energy bar atau air banyak-banyak.

20140824_103520Bila berada di atas, hilang segala penat. Ambil masa untuk nikmati pemandangan yang sangat cantik. Anda akan hargainya.

#4 Elephant Ride

Next stop should be, Elephant Ride with Elly the Elephant. Selama 40 minit anda akan berhidup dengan gajah. Naik gajah, bagi makan gajah, amik gambar gajah, acah-acah gajah.

2014-08-25 08.54.07 1

Mula-mula ngeri. Tapi kemudian syok gila. Pengalaman gajah ini anda tolong jangan miss.

2014-08-24 06.17.45 1-1

TL punya tunggangan nama dia Thoi umur 30 tahun dan sangat patuh orangnya. Dia dah hafal dah route dia. Masuk hutan, keliling sikit dan kemudian masuk kolam bagi korang jerit ‘euuiii’. Korang rasa comel bila jerit.

#6 Kolam Biru Emerald Pool

Kemudian kalau rasa nak rehat bermandi-manda, cakap dengan travel agent, anda nak ke Emerald Pool. Kolam yang tersohor dengan kejernihannya.

Emerald 1

Biru-kehijauan seperti batu zamrud. Kalau nak seronok jangan datang on weekends. Sebab nanti korang tak nampak air. Cuma nampak orang.

#7 Menikmati makanan tradisi di Thailand

Okay dah lapar. Masa untuk menikmati juadah famous di Thailand. Nak senang boleh jalan dekat Krabi NIght Market mahupun sepanjang jalan di Ao Nang.

2014-08-22 10.42.01 1

Pulut mangga wei.

2014-08-23 05.25.56 1

Pancake Pisang pulak. Aduh nangis.

Tapi yang paling win kat sini tentunya tomyam. Semakin terliur pula tatkala mencoretkan post ini. Kalau menonyam hari-hari pun tak apa. Kemudian kena try juga Pad Thai. Gerai tepi jalan ada jual, sangat lah murah. Apabila sudah kenyang perut, pasti suka hati. Bila suka hati, pergilah berurut.

#8 Thai Massage

Thai Massage. Banyak pilihan sepanjang jalan Ao Nang. Harga juga berbeza dari yang murah sehingga mahal. Boleh ikut bajet anda. Hilangkanlah lenguh-lenguh naik Thoi si gajah tadi.

Krabi 2

Of course sebelum balik jangan lupa souvenir. Kalau tidak, kena lahar ngan Bang Thoib. Beli keychain murah dan banyak. Settle untuk handai taulan. Jangan lupa souvenir untuk diri sendiri. Sehelai t-shirt dengan tulisan Krabi lazim tapi wajar. Sebab time ni anda mungkin dah habis bajet dah. Okay yang gila shopping, please do this on day one!

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas