Tempat Menarik Di Busan Korea Untuk Dilawati

Busan Fireworks Festival
  • 1,034
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 11 September 2015 • 1,034 paparan
oleh Website/Blog

Busan merupakan kota kedua terbesar di Korea Selatan setelah Kota Seoul yang terletak di tenggara Korea Selatan dan dikenali sebagai kota pelabuhan. Untuk pengetahuan anda, Busan pernah menjadi tuan rumah Sukan Asia 2002 ke-14, perlawanan akhir Korea/Jepun Piala Dunia 2002 dan sejak dari tahun 1995 telah menjadi tuan rumah setiap tahun Pusan ​​Festival Filem Antarabangsa.

Busan juga dikenali dengan “Ibu Kota Musim Panas” dimana disini pelancong dapat menemui pantai terbesar, sungai terpanjang dan landskap semulajadi yang paling indah di negara ini. Senyuman mesra yang sering dilemparkan oleh para penduduknya dan cuaca yang menyenangkan sepanjang tahun menjadikan busan sebagai sebuah tempat tarikan pelancong dan tempat percutian utama di hati penduduk tempatan.

Tempat Menarik Di Busan

Jika anda ingin menjejakkan kaki ke kota Busan anda perlu ketahui tempat-tempat menarik yang ada dikota ini supaya anda dapat membawa pulang 1001 pengalaman indah sepanjang berada disini.

Apa yang menariknya di sini, apabila anda sudah sampai di Busan, ia kelihatan seperti memancarkan aura menarik yang ringkas dan selesa bagai berada di rumah sendiri. Sudah semestinya udara disini amat nyaman dan tenang. Jom kita ketahui beberapa tempat menarik di Busan yang boleh anda lawati. Berikut adalah tempat-tempat menarik di Busan yang boleh anda kunjungi.

#1 Haeundae Beach

Haeundae Beach tempat menarik di busan korea

Pantai Haeundae merupakan pantai yang terbesar dan paling popular di Korea. Pantai ini terletak di antara Bukit Dalmaji dan Pulau Dongbaekseom.

Haeundae di Korea mempunyai maksud “Laut dan Awan” yang dinamakan oleh Choi Chi-Won dari Dinasti Silla. Pantai ini pernah dimasukkan di dalam Guiness Book of Records sebagai pantai dengan payung terbanyak di dunia.

Pantai Haeundae biasanya penuh sesak dengan pelancong setiap tahun dari Jun hingga Ogos (musim panas). Pantai yang berbentuk bujur dan mempunyai pasir yang putih ini sangat cantik serta dilengkapi dengan kemudahan hotel, spa, kasino, dan fasiliti rekreasi. Pelbagai aktiviti kebudayaan, sukan, pertandingan dan perayaan dianjurkan disini pada setiap musim.

Selain menjadi salah satu pantai terbesar di Asia, Pantai Haeundae turut digunakan sebagai lokasi penggambaran Filem Tsunami. Melawat Busan tidak lengkap rasanya jika tidak mengunjungi ke pantai Haeundae.

#2 Busan Aquarium

Busan Aquarium busan korea

Busan Aquarium terletak di Haeundae Beach yang menempatkan kira-kira 250 spesis dan lebih 35,000 hidupan laut yang dipamerkan disini. Terdapat 40 pameran yang menempatkan penguin, memerang, piranha, ikan jerung, jeli laut dan pelbagai hidupan laut yang lain. Disini anda boleh melihat hidupan laut melalui tingkap akrilik atau dari terowong bawah air sedalam 80 meter (260 kaki).

Akuarium Busan merupakan satu projek bersama antara Living and Leisure Australia (LLA) dan kerajaan tempatan Korea. Busan Aquarium telah dijenamakan semula sebagai Sea Life Busan Aquarium pada 1 Julai 2014.

Sekiranya anda mengunjungi Busan Aquarium ini anda akan berpeluang untuk melihat perkerja akuariaum memberi makanan kepada ikan di dalam akuarium dengan memakai pakaian renang dan sekiranya anda bertuah anda akan dapat melihat ikan duyung (juga pekerja akuarium) membuat tarian.

#3 Gwangalli Beach & Gwangan Bridge

Gwangan Bridge busan korea

Pantai Gwangalli terkenal sebagai lokasi untuk bersantai bersama keluarga, kekasih dan sahabat handai pada waktu malam. Pantai yang mempunyai panjang 1.4KM ini popular kerana pemandangannya dan pantainya yang cantik. Di sekitar pantai pula terdapat pelbagai restoran, kafe dan lebih 300 restoran ikan segar yang boleh dinikmati oleh pengunjung.

Pengunjung juga boleh membawa tikar atau kain sendiri untuk bersantai di tepi pantai sambil menikmati pemandangan pantai. Bersantai dengan cara sederhana di tepi pantai Gwanganli sambil menikmati pemandangan yang indah pasti sangat menyenangkan dan mungkin juga akan melupakan segala masalah anda.

Busan Fireworks Festival

Tidak hanya dengan itu, mata anda juga akan dimanjakan dengan lampu Jambatan Gwangan yang mampu untuk menghasilkan lebih daripada 100,000 warna menghiasi jambatan ini pada waktu malam. Keindahan lampu aneka warna inilah yang menjadi alasan utama mengapa pantai ini begitu mempesona di malam hari. Gwangan bridge yang terbentang sepanjang 7.42 km diatas laut tersebut menjadikan jambatan ini jambatan terpanjang di Korea.

Jika ingin ke Busan pada bulan Oktober, pastikan anda menjejakkan kaki ke pantai Gwangalli untuk melihat Busan Fireworks Festival. Pastinya anda tidak akan melupakan pengalaman sepanjang disini sampai bila-bila.

#4 Taejongdae Resort Park

Taejongdae Resort Park

Taejongdae Resort Park terletak di hujung selatan Busan. Nama Taejongdae berasal dari nama Raja ke-29 dari Dinasti Silla (berkuasa dari 57 SM – 935). Sang raja sangat gemar berjalan-jalan tetapi, inilah tempat yang paling beliau sukai.

Taejongdae Park merupakan salah satu monumen di Busan. Ia merupakan bukit yang di tumbuhi dengan pokok pine. Disini terdapat sebuah rumah api dan di bawah rumah api di resort ini terdapat batu yang dipanggil Sinseon Rock, dinamakan sempena mitos bahawa dewa dan dewi datang ke sini untuk berehat.

Pada batu ini terdapat angka yang dipanggil Mangbuseok, dinamakan selepas kisah seorang wanita yang menunggu suaminya yang telah dibawa ke Jepun. Taejongdae juga terkenal dengan upacara berdoa untuk hujan, dilakukan apabila terdapat kemarau dan hujan pada 10 Mei lunar dipanggil ‘Hujan Taejong’.

#5 Jagalchi Fish Market

Jagalchi Fish Market busan korea

Jagalchi Fish Market merupakan pasar ikan yang terbesar di Korea Selatan. Pasar Ikan Jagalchi merupakan salah satu landmark kota Busan dan sangat terkenal diseluruh Korea Selatan. Jika anda mengunjungi tempat ini, anda boleh mendapatkan pelbagai ikan segar mentah di pasar kerana pasar ini berada tepat di sebelah pelabuhan Busan.

Pasar Ikan Jagalchi yang menempatkan lebih daripada 480 kedai ini merupakan salah satu daripada mercu tanda Busan. Ia merupakan pasar makanan laut terbesar di Asia Timur.

Pasar ini terletak di antara Chungmu-dong dan Nampo-dong. Mengunjungi Pasar Jagalchi ini seperti melihat sebuah akuarium yang besar dengan pelbagai jenis ikan di dalamnya. Mungkin ada di antara ikan-ikan belum pernah anda lihat atau kenali. Di persekitaran Pasar Ikan Jagalchi juga terdapat pelbagai restoran makanan laut yang menawarkan makanan laut yang segar.

#6 Busan Tower

busan tower busan korea

Jika anda berpeluang ke Busan jangan lupa singgah sebentar di Menara Busan yang terletak di dalam Taman Yongdusan. Menara yang mempunyai ketinggian 118 meter ini menawarkan panorama indah seluruh kota Busan menjadikan lokasi ini sebagai tarikan pelancong yang popular. Menara yang menjadi landmark kota Busan ini dibangun pada tahun 1973.

Sebagai sebuah kota pelabutan yang ke-5 tersibuk di seluruh dunia, di menara ini anda akan dapat menyaksikan kapal kargo yang sedang beroperasi. Pelabuhan ini tidak pernah sepi dan panorama kota pada malam hari adalah sangat indah. Disini anda boleh merakam pelbagai aktiviti harian kota Busan.

Selain itu, anda boleh juga melawat Taman Yongdusan yang menjadi tempat berkumpul warga Busan dari segala usia. Ada permainan kanak-kanak, pedagang makanan dan pemandangan yang indah, menjadikan taman Yongdusan selalu dikunjungi terutama pada petang hari. Setiap hujung minggu, taman ini akan dipenuhi oleh manusia kerana terdapatnya pertunjukan tari tradisional dan kesenian.

#7 Haedong Yonggungsa Temple

Haedong Yonggungsa Temple busan korea

Kuil Haedong Yonggungsa terletak di pantai bahagian utara-timur Busan. Kuil ini mula dibina pada tahun 1376 semasa Dinasti Goryeo. Semasa pemerintahan Uwang, guru Buddha yang besar yang dikenali sebagai Naong membina kuil ini di tepi laut.

Haedong Yonggung adalah salah satu kuil yang paling unik di seluruh Korea Selatan dan kuil ini merupakan lokasi popular bagi kebanyakan perayaan-perayaan dalam kalendar Buddha dan amat popular pada Hari Tahun Baru.

Kuil Haedong Yonggungsa jelas menonjol berbanding kuil Buddha lain yang sezaman dengannya dengan seni binaannya yang indah menjadi halwa mata yang jarang dapat ditemui di tepi laut. Dewa utama di sini ialah Dewi Pengampun Buddha yang tinggal di laut dan dipercayai bahawa menyeru namanya berulang kali semasa anda berada di sini akan membawa tuah.

#8 Makanan Tempatan

busan food busan korea

Sekiranya anda mengunjungi Busan tidak lengkap sekiranya anda tidak mencuba makanan tempatan dan untuk pengetahuan anda, makanan merupakan faktor utama mengapa orang melancong selain daripada melihat keindahan negara lain dan mempelajari budaya negara lain.

Bagi yang beragama Islam, disini terdapat beberapa restoran dan gerai yang menyediakan makanan halal. Antaranya ialah Shabana yang terletak di luar kampus Universiti Busan, restoran ini dikatakan sering menjadi tumpuan pengunjung kerana ia diantara kawasan komersil yang sibuk di Busan. bagi anda yang teringin menikmati nasi biryani, ayam, kambing, dal, tandori dan sayuran campur, anda boleh nikmatinya di Shabana. Ia terletak di Busan-si Geumjeong-gu Jangjeon 3-dong 420-23.

Antara makanan makanan utama disini adalah ikan mentah yang sangat segar dipanggil “Hoe”, Milmyeon (mi gandum dalam ayam atau daging lembu sup sejuk) dan Ssiat Hotteok (pancake manis dengan benih).

_________

Secara kesimpulannya Busan merupakan destinasi pelancongan yang wajib anda pergi sekiranya anda ingin melancong di Korea kerana Busan merupakan destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati kerana disini kaya dengan budaya dan banyak tempat menarik di Busan yang boleh anda kunjungi dan sudah semestinya anda akan pulang dengan membawa 1001 kenangan manis sepanjang berada disini.

Rujukan: Anagurlz87, Walkstatic, VisitKorea , Lexparadise dan Majalah Libur Karangkraf.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas