Taman Negara Tanjung Piai Titik Hujung Benua Asia

DSC_0168
  • 594
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 20 August 2015 • 594 paparan
oleh Website/Blog

Taman Negara Tanjung Piai. Pernah terfikir tak kat mana terletaknya penghujung Benua Asia? Yes, semua orang tahu, Singapura pun ada penghujung Benua Asia. Tapi kan, kita pun ada tau! Kira sebelum sampai Singapura, penghujung tu sampai kat negara kita dulu. Hehe. Kat mana lagi kalau bukan dekat Taman Negara Tanjung Piai. Dari pintu masuk kena bayar dulu RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

DSC_0131

Pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai

DSC_0134

Dua pelepah Paku Piai Raya sebagai mercu tanda di Taman Negara Tanjung Piai ini.

Taman Negara Tanjung Piai sebagai tempat tourism

Tanjung Piai ni, dalam bahasa tourismnya ialah “sebuah tempat ajaib yang dikelilingi alam semulajadi yang terletak di hujung paling selatan di Asia“. Keajaiban yang dinyatakan di Taman Negara Tanjung Piai datang dari pokok-pokok paya bakau yang dipelihara sebaik mungkin beserta dengan hidupan-hidupan yang menjadikan kawasan ini sebagai habitat mereka. Seperti Ikan Tembakul, kera, burung-burung liar dan hidupan lain.

DSC_0136

Entrance nak ke lokasi Jetty, Jetty memancing dan Globe penghujung benua.

DSC_0177

Kawasan pokok-pokok paya bakau di Taman Negara Tanjung Piai.

Pemandangan di Taman Negara Tanjung Piai

Bagi TL, dulu TL tak tau langsung pasal penghujung benua ni. Tau pun dari kawan lewat instagramnya. Terus google siap-siap macam mana nak pergi Taman Negara Tanjung Piai dan apa yang ada. Basically, jujurnya, sila datang untuk pemandangan ye. Kerana tiada lain selain itu.

DSC_0182 Edit

Nampak tak tengah construction tu? Sobs sobs.

DSC_0158 Edit

Tapi takpe, yang penting dah sampai penghujung dan Jetty ni pun cantik.

DSC_0161

So, next nak p mano?

Akan ada 3 tempat yang boleh disinggah, seperti Jetty, Jetty memancing dan juga Globe penghujung benua. Tapi meh nak bagitau, laluan ke globe tu dah ditutup for almost half a year dah sebab jambatannya retak lalu sedang dibaiki sekarang ini. Sedih iols datang jauh-jauh tapi tak dapat bergambar di globe.

DSC_0168

DSC_0172

Basically, kalau datang Taman Negara Tanjung Piai nanti, walaupun tak dapat globe tu, kat jetty nanti boleh lah cakap kat kengkawan korang, “Weyh, aku dah cukup jauh ni, rindu tak?” Ehehe

 

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas