Tadom Hill Resort Bekas Lombong Menarik

t1
  • 1,146
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 1 October 2015 • 1,146 paparan
oleh Website/Blog

Tadom Hill Resort. Asalnya merupakan bekas lombong, tetapi dengan sedikit idea kreatif, bekas lombong pun boleh jadi tempat beriadah mahupun bersuka ria. Bertempat hanya di Banting, Selangor, kawasan yang sangat sesuai buat mereka yang gemarkan aktiviti berkelah serta riadah bersama teman mahupun family.

t10

Tadom Hill Resort Makin Hari Makin Viral

Dekat facebook sahaja sudah banyak yang share gambar-gambar di Tadom Hill Resort. Di instagram tak perlu cakaplah. #tadomhillresort #tadomhill pun dah cukup buat anda rasa geram. Terletak Cuma 12 minit daripada KLIA dan 45 minit daripada Bandar KL, Tadom Hill Resort menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan selain berkelah mahupun berkhemah.

Antaranya ialah berkayak dengan rakit yang diperbuat daripada buluh beserta mengenali budaya warga orang asli di Tadom Hill Resort. Pemandangan yang indah berlandaskan bukit batu kapur beserta tasik kehijauan bak di Thailand dan Indonesia, boleh jadi the perfect getaway buat semua.

t9

Struktur binaan daripada buluh di Tadom Hill Resort

Memilih untuk menggunakan konsep buluh sepastinya pilihan yang tepat untuk digandingkan dengan keindahan di Tadom Hill Resort. Buat masa ini, mereka menyediakan 3 jenis penginapan buat pengunjung, iaitu Tadom Hammock Sphere, Tadom Tent Sites, dan VIP Bamboo Hut.

t3

Tadom Hammock Sphere mampu memuatkan seramai 10 orang. Menggunakan hammock sebagai tempat penginapan, dibina menggunakan buluh beserta kelambu untuk setiap hammock, pemilihan material plastic parachute dan dibekalkan dengan sleeping bag, sambil menikmati bintang di malam hari, sudah pasti menyeronokkan Cuma RM135/pax.

t6

Tadom Tent Sites pula, buat mereka yang ingin berkelah dan menikmati angin malam. Mereka juga membekalkan sleeping bag ataupun anda boleh je bawak sendiri. Khemah untuk 2 pax hanya RM240 dan RM140 untuk 1 pax.

t7

Untuk VIP Bamboo Hut pula, boleh memuatkan seramai 12 orang, dibekalkan tilam beserta sleeping mat dibahagikan pula dengan langsir persisi kelambu untuk sedikit privasi pastinya membuatkan anda rasa nak pergi sekarang juga. Harga tidak dinyatakan.

t8

Kalau nak datang balik hari pun boleh, antara harganya.

Aktiviti Lasak Buat Extremist di Tadom Hill Resort

Tadom Base, merupakan tempat buat mereka yang inginkn sedikit aktiviti lasak. A lil bit macam Extreme Park, boleh lah anda cuba untuk push your limit. Bawak kawan-kawan datang dan cuba semua aktiviti yang disediakan disini. Ada flying fox, ride ATV, boleh juga buat Team Building.

t4

t5

So apa yang anda tunggu lagi?

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas