Seni Pertukangan Perabot Taman Dreebu Sungai Buloh

dreebu sungai buloh
  • 838
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 11 September 2015 • 838 paparan
oleh Website/Blog

Dreebu merupakan sebuah syarikat pembuatan dan pemasaran perabot taman yang sememangnya sudah dikenali ramai kerana pembuatan perabot taman berasaskan kayu yang dihasilkan secara Tradisional dan Kontemporari.

Perniagaan Perabot Taman Dreebu mula bertapak di Lahat, Perak dan beroperasi sepenuhnya di Sungai Buloh, Selangor pada Ogos 2009. Sejak itu, perniagaan ini berkembang pesat. Ini kerana lokasi baru yang sangat strategik kerana Sungai Buloh sememangnya sudah sinonim dengan perniagaan produk landskap dan ini memberi kelebihan kepada perniagaan ini.

dreebu sungai buloh

Perabot Taman Dreebu Sungai Buloh juga terkenal kerana berjaya menghasilkan produk hiasan taman dan laman yang cantik, menarik, kemas, teguh, dan berkualiti dengan harga yang amat kompetitif. Perabot taman keluaran Dreebu menjadi aksesori pelengkap bagi menyerlahkan nilai estetika dan keindahan sesebuah taman dan laman.

Perabot Taman Dreebu Sungai Buloh

perabot taman rumah Dreebu sungai buloh

Operasi utama Dreebu ialah menghasil dan memasarkan produk hiasan taman seperti pondok, wakaf, gazebo, dangau, pergola, meja taman, kolam dan sebagainya.

Selain itu, Dreebu terlibat aktif dalam mereka bentuk produk ubah suai kediaman seperti awning, parkir, anjung, beranda, pagar kayu, pintu gerbang dan sebagainya.

perabot taman Dreebu sungai buloh

Di samping itu, Dreebu juga berjaya merealitikan produk eksotik seperti chalet (resort) dan Rumah Kayu. Tidak ketinggalan, Dreebu turut menyelitkan unsur-unsur keindahan seni ukir Melayu yang sememangnya sarat dengan keindahan.

Dengan pengalaman luas dalam bidang perabot taman ini, membolehkan Dreebu mengilham dan menghasilkan produk hiasan taman yang cantik, menawan, unik, hebat dan berkualiti. Ini sekaligus mampu menjadikan produk Dreebu amat diminati dan menjadi pilihan penggemar perabot taman berasaskan kayu.

hasil seni pertukangan kayu Dreebu Sungai Buloh

Setiap hasil pertukangan perabot taman Dreebu diperbuat daripada kehebatan kayu tropika sama ada Cengal, Balau, Keruing , Meranti dan sebagainya dapat memastikan produk Dreebu sedia menghadapi cabaran cuaca.

Keindahan landskap yang dihiasi dengan perabot taman Dreebu mampu menceriakan suasana laman dan taman, selain dapat meningkatkan kualiti ikatan kasih sayang dalam keluarga. Suasana dan hubungan kekeluargaan akan terjalin lebih erat dan mesra jika sesekali dapat berehat dan bersantai di atas gazebo rekaan Dreebu.

Pelanggan Dreebu Sungai Buloh

pelanggan Dreebu sungai buloh

JKR, FRIM, MTIB, BALAI SENI, ISTANA BUDAYA, MARDI, JPN, MBSA, PKNS, dan sekolah-sekolah adalah antara agensi kerajaan yang membeli produk hiasan taman Dreebu untuk menghias laman dan tempat-tempat rekreasi masing-masing.

Tidak ketinggalan, pihak swasta seperti hotel, resort, restoran, SPA, dan sebagainya turut terlibat menggunakan produk Dreebu untuk mengindah dan menyerikan lagi taman dan landskap mereka.

seni pertukangan kayu Dreebu sungai buloh

Kemudahan landskap di taman-taman rekreasi ini disediakan demi memastikan anggota masyarakat sama ada di kalangan pekerja atau kakitangan mahupun pengunjung atau pelanggan dapat berehat dan bersantai pada masa terluang di atas produk kejur landskap tersebut.

Di samping itu, landskap indah dengan kombinasi produk kejur dan lembut dapat memberi kesan kedamaian mendalam di dalam jiwa setiap insan. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan yang dialami akibat faktor persekitaran dan faktor-faktor negatif lain.

Kursus Pertukangan Kayu Dreebu

kursus pertukangan kayu Dreebu Sungai Buloh

Selain daripada menjual, Dreebu juga ada menawarkan khidmat kursus pertukangan kayu bagi sesiapa yang berminat dari harga RM500 sehingga RM1,000 sebulan. Kursus ini juga terbahagi kepada 2 tahap iaitu tahap pertama selama 3 bulan dan tahap kedua iaitu selama 3 bulan juga. Peserta yang mengikuti kursus pertukangan kayu Dreebu ini akan menerima sijil penyertaan dari Dreebu.

Bagi yang berminat untuk menyertai kursus pertukangan kayu perabot taman Dreebu boleh layari laman web Dreebu dan muat turun borang permohonan secara percuma. Tetapi peserta perlu membayar sebanyak RM50 untuk yuran proses borang.

Produk Dreebu Harga Mampu Milik

Walaupun kemampuan memiliki produk kayu ini lebih memihak kepada golongan berpendapatan tinggi dan sederhana, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga tidak terkecuali. Ini kerana, mereka juga mampu memiliki produk keluaran Dreebu memandangkan produk dihasilkan dalam pelbagai harga yang mampu milik dan amat kompetetif.

Operasi Dreebu memang tepat dan kena pada masa serta tempat yang strategik. Ini memberi petunjuk perniagaan ini mempunyai masa depan yang cerah. Di samping itu, faktor, produk, lokasi, dan trend semasa serta aspirasi negara turut membantu Dreebu mencapai objektif dan matlamatnya.

___________

Bagi yang berminat untuk melihat koleksi Perabot Taman Dreebu boleh terus ke alamat dibawah.

D’reebu Sdn Bhd
Lot 428-A, Merbau Sempak,
Batu 18, Jalan Kuala Selangor,
47000 Sungai Buloh, Selangor.

012-329 7778 (Alin – sms & whatsapp sahaja)
019-269 5324 (Ady Putra)
017-287 9624 (Adam)

Email: dreebu@yahoo.com
Website: www.dreebu.com

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas