Senarai Tempat Menarik Di Malaysia Untuk Bercuti

pulau di malaysia tempat menarik di malaysia untuk bercuti
  • 5,736
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 7 September 2015 • 5,736 paparan
oleh Website/Blog

Malaysia merupakan negara yang terbahagi kepada 13 buah negeri dan setiap negeri-negeri ini mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga atau sahabat handai. Jadi tidak hairanlah jika ramai pelancong luar yang gemar melancong ke negara kita dan antara yang menjadi tumpuan adalah kawasan pantai, hutan rekreasi dan bandar.

Bagi rakyat tempatan pula, sudah menjadi rutin bagi mereka untuk bercuti di dalam negara kerana Malaysia sendiri mempunyai tarikannya yang tersendiri. Jika anda masih belum habis terokai tempat menarik di Malaysia ambil masa untuk terokai negara sendiri dan bandingkan dengan negara lain. Dari situ maka akan timbulnya semangat cintakan negara dalam diri anda.

Tempat Menarik Di Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, ambil peluang ini untuk terokai tempat menarik di Malaysia. Jom kita ketahui tempat menarik di Malaysia yang boleh anda kunjungi mengikut kategori yang telah kami senaraikan dibawah.

Destinasi Pulau-Pulau Di Malaysia

pulau di malaysia tempat menarik di malaysia untuk bercuti

Beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia kerana di Malaysia terdapat banyak destinasi pelancongan pulau-pulau yang bertaraf dunia. Pulau-pulau ini juga sering menjadi tumpuan pelancong dari luar negara. Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan seperti snorkeling, scuba, diving, berkelah dan sebagainya.

#1 Pulau Langkawi

Pulau Langkawi pernah mendapat tangga kedua sebagai destinasi berbulan madu terbaik di dunia dalam Anugerah Pelancongan Terbaik Travel + Leisure. Selain dari itu juga, banyak lagi anugerah pelancongan bertaraf dunia yang pernah dimenangi oleh Pulau Langkawi. Pulau Langkawi menawarkan pelbagai tarikan pelancongan sama ada di laut, gunung, hutan paya bakau, pusat membeli-belah, sukan air dan sebagainya.

#2 Pulau Pinang

Bagi kita mungkin menganggap Pulau Pinang sebagai nama negeri sahaja. Namun di mata dunia, Pulau Pinang dianggap sebagai sebuah pulau yang menarik untuk bercuti kerana di disini terdapatnya pelbagai produk pelancongan dan aneka makanan sedap serta senibina dan kebudayaan yang boleh didapati disini.

#3 Pulau Perhentian

Pulau Perhentian sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong dari luar negara sebagai sebuah destinasi pulau di Malaysia yang bajet serta sangat menarik untuk aktiviti laut. Pilihan penginapan bajet juga banyak disini dan permukaan dasar laut untuk menyelam juga bertaraf dunia serta sesuai untuk lakukan aktiviti menyelam, diving, scuba dan snorkeling selain daripada air lautnya yang jernih dan cantik.

#4 Pulau Tioman

Pulau Tioman dianggap sebagai antara pulau yang tercantik di dunia. Walaupun pulau ini paling moden dengan prasarana yang lengkap berbanding beberapa pulau yang lain, namun kecantikan alam semulajadi masih lagi dikekalkan dan terjaga. Memang tak disangkal Pulau Tioman merupakan tempat menarik di Malaysia untuk berbulan madu kerana kawasan pulaunya yang cantik dan menenangkan.

#5 Pulau Mabul

Pulau Mabul merupakan pulau terpencil di perairan Negeri Sabah yang dipenuhi dengan pokok kepala, pasir pantai putih yang gebu dan juga dikelilingi dengan perairan penyu. Pulau Mabul sangat terkenal di kalangan penyelam-penyelam professional di seluruh dunia sebagai salah satu destinasi menyelam yang terbaik di dunia.

Destinasi Pantai Peranginan Di Malaysia

Pantai di Malaysia Tempat Menarik Di Malaysia

Di Malaysia terdapat banyak pantai peranginan yang cantik yang seringkali menjadi tumpulan pelancongan dari dalam dan luar negara untuk aktiviti berkelah, bermandi manda, BBQ dan melakukan aktiviti pantai tanpa perlu pergi ke pulau-pulau. Berikut merupakan 5 destinasi pantai peranginan yang popular di Malaysia.

#1 Pantai Cherating

Pantai Cherating merupakan pantai peranginan yang sangat popular di pantai timur. Selain pantainya yang luas dan landai, airnya sangat sesuai dan selamat untuk bermandi-manda. Banyak chalet dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini. Pantai Cherating juga antara salah satu tempat menarik di Malaysia untuk pasangan yang ingin berbulan madu.

#2 Port Dickson

Port Dickson terletak di Negeri Sembilan sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan seringkali dikunjungi lebih-lebih lagi ketika hujung minggu kerana dekat dengan ibu kota Kuala Lumpur dan Negeri Selangor. Disini juga terdapat pelbagai kemudahan yang boleh dinikmati oleh pengunjung antaranya hotel, chalet, rumah tumpangan, gerai makanan, hospital dan sebagainya.

#3 Pantai Desaru

Pantai Desaru merupakan pusat pantai peranginan di Johor yang menjanjikan percutian yang menenangkan fikiran dari kesibukan di kota. Resort dan kebersihan disini juga sangat bagus dan seringklai menjadi kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara setiap hujung minggu.

#4 Tanjung Jara

Pantai Tanjung Jara merupakan pantai peranginan esklusif yang terletak di Dungun, Terengganu yang menghadap keindahan pantai dan Laut Cina Selatan. Pantai ini sering menjadi pilihan pelancong dan warga kota yang inginkan privasi.

#5 Pantai Teluk Cempedak

Pantai Teluk Cempedak terletak di tengah-tengah bandar Kuantan, Pahang. Di sekitar pantai ini terdapatnya beberapa resort dan hotel di tepi pantai yang sesuai untuk bercuti. Pantai ini juga dekat dengan bandar serta ada kemudahan seperti medan ikan bakar, pusat membeli-belah dan pelbagai tarikan lain.

Taman Tema Air Di Malaysia

sunway lagoon tempat menarik di selangor

Selain daripada pulau-pulau dan pantai di Malaysia yang seringkali menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara, Malaysia juga mempunyai banyak taman tema air yang semenangnya popular di kalangan penduduk tempatan yang kesini untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga terutamanya pada hujung minggu dan cuti sekolah. Berikut antara taman tema air yang ada di Malaysia untuk dikunjungi.

#1 Sunway Lagoon

Sunway Lagoon merupakan taman tema air yang sangat popular dan terbaik di Malaysia yang terletak di Subang Jaya Selangor. Sunway Lagoon mempunyai tarikan permainan yang menarik sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Sunway Lagoon juga pernah dianugerahkan sebagai taman tema air yang keempat terbaik di Asia oleh TripAdvisor pada tahun 2015. Antara kemudahan lain yang ada disini adalah pusat membeli belah Sunway Pyramid dan Hotel.

#2 Gambang Water Park

Gambang Water Park terletak di Bukit Gambang Kuantan, Pahang. Gambang Water Park mempunyai beberapa permainan gelonsor yang esktrem untuk golongan dewasa. Selain dari itu juga kemudahan dan prasarana disini lebih terjaga dan permainan untuk kanak-kanak juga banyak.

#3 Lost World Of Tambun

Lost World Of Tambun terletak di Ipoh, perak yang sangat unik dan dikelilingi oleh hutan hujan tripika, tasik dan bukit batu kapur yang berusia jutaan tahun. Disini terdapat pelbagai gelongsor air yang menarik untuk dimain oleh kanak-kanak.

#4 Wet World Shah Alam

Wet World Shah Alam merupakan taman tema air yang berkonsepkan alam sekitar dan tarikan utama disini adalah gelongsor air yang panjangnya 205 meter (Monsoon Buster Adventure) dan juga gelongan air gergasi yang dikenali sebagai Super Hurricane.

#5 A Famosa Resort Water World

A Famosa Resort Water World merupakan sebahagian daripada 3 taman tema yang ada di A Famosa Resort dan taman tema air ini merupakan yang terbesar di Malaysia serta mempunyai pelbagai jenis permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak. Disini juga terdapat gelongsor air yang lebih ekstrem untuk orang dewasa.

Tempat Bersejarah Di Malaysia

Kota A Famosa Melaka

Sebelum Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957, Malaysia telah dijajah oleh pelbagai negara seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun kerana Malaysia kaya dengan bahan galian. Disebalik penjajahan ini banyak peninggalan bahan bersejarah serta kubu yang dibina beratus-ratus tahun dan kini tempat-tempat bersejarah ini menjadi tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

#1 Kota A Famosa

Kota A Famosa yang terletak di Negeri Melaka merupakan sebuah tapak kubu peninggalan Portugis yang berusia lebih daripada 500 tahun dan merupakan bahan binaan Eropah yang tertua di Asia. Ia juga merupakan mercu utama Negeri Melaka Bandar Bersejarah dan merupakan tempat bersejarah di Malaysia yang paling popular.

#2 Chandi Lembah Bujang

Chandi Lembah Bujang dipercayai merupakan bahan binaan manusia yang tertua di Asia Tenggara yang terletak di Kedah. Kewujudan Chandi ini mengikut pengkaji dibina sejak awal tahun Masihi lagi.

#3 Fort Conwallis

Fort Conwallis merupakan kubu pertahanan yang berusia lebih 200 tahun yang dibina oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris selepas menjajah Pulau Pinang daripada penguasaan Kedah.

#4 Istana Lama Seri Menanti

Istana Lama Seri Menanti merupakan istana lama di Negeri Sembilan yang dibina tanpa menggunakan sebarang paku dan dibina dengan hanya menggunakan pasak kayu sebagai pengganti untuk menghubungkan kayu-kayu dan tiang.

#5 The Dutch Fort (Kota Belanda)

The Dutch Fort dibina pada tahun 1670 dan terletak di Pulau Pangkor. Pada asalnya ianya merupakan tempat simpanan biji timah yang diambil dari Perak dan seterusnya dibina semula sebagai kubu pertahanan selepas dihancurkan oleh penduduk tempatan.

Lokasi Alam Semulajadi Terbaik Di Malaysia

alam semulajadi di Malaysia

Malaysia kaya dengan alam semulajadi yang cantik dan memukau bagi sesiapa yang melihatnya. Malaysia juga seringkali dijadikan sebagai tempat pelancongan dari dalam dan luar negara yang gemar dengan keindahan alam semulajadi. Bagi mereka yang minat dengan alam semulajadi ini sudah semestinya hutan, gunung-ganang dan bukit menjadi pilihan utama.

#1 Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dan merupakan antara gunung yang amat popular dikalangan pendaki sama ada dari dalam dan luar negara. Saban tahun ribuan pelancong dan pendaki yang kesini semata-mata untuk mencuba menawan puncak Gunung Kinabalu.

#2 Taman Negara Bako

Taman Negara Bako ini terletak di Kuching, Sarawak yang menyimpan banyak khazanah alam semulajadi dan hidupan liar seperti orang utan, burung-burung dan monyet. Moskot Tahun Melawat Malaysia 2014 “Monyet Belanda” juga antara monyet yang ada disini. Rata-rata pelancong yang datang kesini adalah pelancong dari luar negara.

#3 Taman Negara Pahang

Taman Negara Pahang merupakan taman negara dan hutan simpan yang pertama di Malaysia dan juga merupakan tempat pelancongan di Pahang yang sangat popular. Antara aktiviti menarik disini adalah river cruise, jungle trekking, melihat flora dan funa dan perkampungan orang asli. Puncak tertinggi di hutan simpan ini adalah Gunung Tahan yang merangkumi pelbagai spesis Flora dan Fauna yang sangat eksotik.

#4 Taman Negara Niah

Taman Negara Niah merupakan salah satu tempat pelancongan di Malaysia yang sangat popular di kalangan peneroka gua di dalam dan luar negara. Disini terletaknya Gua Niah yang mempunyai ketinggian sehingga 40 meter. Stalagtit yang ada disini sememangnya memukau para peneroka yang kesini.

#5 Taman Negara Mulu

Selain daripada aktiviti melihat jutaan kelawar dan meneroka Gua Niah, anda juga boleh mencuba “Canopy Walk” yang dianggap antara yang tertinggi di dunia.

Zoo Dan Akuarium Di Malaysia

Zoo Negara Kuala Lumpur tempat menarik di malaysia

Di Malaysia terdapat banyak Zoo dan Akuarium yang menarik untuk dikunjungi bersama ahli keluarga. Bagi anda yang ingin mencari tempat pembelajaran untuk anak-anak anda bagi mengenali lebih dekat haiwan-haiwan ini secara lebih dekat Zoo dan Akuarium adalah tempat yang sesuai. Selain itu juga anda berpeluang untuk melihat haiwan yang tidak ada di dalam Malaysia secara lebih dekat.

#1 Zoo Negara

Zoo Negara Kuala Lumpur merupakan zoo yang paling popular di Malaysia yang terletak di Ampang. Zoo ini menempatkan ratusan haiwan dalam dan luar negara. Antara yang popular disini adalah panda, penguin, harimau bintang, ikan lumba-lumba, singa dan banyak lagi.

#2 Zoo Melaka & Night Safari

Zoo Melaka terletak di Ayer Keroh, Melaka dan merupakan antara tarikan pelancongan yang ada di Negeri Melaka. Antara tarikan di Zoo Melaka ini adalah aktiviti Night Safari pada setiap hujung minggu. Pengunjung boleh melihat haiwan yang aktif pada waktu malam seperti singa, harimau dan banyak lagi.

#3 Aquaria KLCC

Aquaria KLCC terletak di KLCC Kuala Lumpur pernah dinobatkan sebagai salah satu aquarium yang terbaik di Asia. Banyak spesis ikan laut termasuk jerung yang ada dalam koleksi ikan-ikan disini. Jika anda mempunyai lesen menyelam, anda juga berpeluang berenang bersama ikan jerung disini. Aquaria KLCC merupakan satu tempat pelancongan di Malaysia yang wajib kita kunjungi sekali seumur hidup.

#4 Zoo Taiping & Night Safari

Zoo Taiping terletak di Taiping, Perak dimana Zoo ini merupakan tempat pelancongan yang popular di Perak. Zoo ini menempatkan lebih 1,300 ekor haiwan daripada 130 sepesis. Zoo ini juga antara zoo yang tertua di Malaysia. Aktiviti night safari juga ada pada setiap hari dan merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila melihat haiwan yang aktif pada waktu malam secara dekat.

#5 Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi merupakan akuaria yang menempatkan hidupan laut dan air tawar yang paling besar di Asia Tenggara. Dengan lebih 500,000 liter air laut di dalam akuaria ini serta mampu untuk menempatkan ribuan jenis ikan-ikan besar dan kecil daripada pelbagai spesis dalam dan luar negara menjadikan akuaria ini antara tempat popular di Langkawi dan seringkali dikunjungi oleh pelancong dari luar. Antara haiwan yang popular disini adalah Rockhopper Penguin, African Penguin dan Singa Laut.

_______

Secara keseluruhannya, memang tidak terkira banyaknya senarai tempat menarik di Malaysia yang boleh kita lawati. Destinasi-destinasi ini bukan sahaja popular di kalangan masyarakat tempatan malahan popular di kalangan pelancong dari luar. Setiap tahun Malaysia menerima jutaan pelancong dari luar negara dan ini menunjukan negara kita mempunyai banyak aset pelancongan yang mampu untuk diketengahkan.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas