Refarm Leisure Farm Menengahkan Sistem Kitar Semula Dan Tiada Pembaziran

Refarm-Kampar-Pool-Side
  • 542
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 5 July 2016 • 542 paparan
oleh Website/Blog

Refarm Leisure Farm | Perjalanan ke Perak oleh Tourism Malaysia Perak, telah diisi dengan pelbagai tempat-tempat menarik yang pastinya ramai masih tidak tahu. Untuk entry kali ini, saya akan berkongsikan tentang satu kawasan rekreasi yang terletak di kampar, Perak.

Refarm-Kampar-Leisure-And-Farm

Refarm-Kampar-Patrick

Refarm Leisure Farm nama diberi dibawah kelolaan Encik Patrick, merupakan tanah seluas 26 ekar ladang dengan hanya 4 kilometer dari bandar Kampar dan terletak di sebelah kiri jalan menghala ke arah Temoh & Pekan Tapah. Sesampainya di Refarm Lesire Farm ini, kami dikelilingi dengan pemandangan bukit-bukau yang kehijauan.

Refarm-Kampar-Directory

Refarm-Kampar-Entrance-Walkway

Kolam Renang Semulajadi di Refarm Leisure Farm

Refarm-Kampar-Kolam-Renang

Refarm-Kampar-Pool

Refarm-Kampar-Pool-Side

Dengan hanya RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak, pengunjung boleh menikmati pemandangan dan juga kolam renang dari air terjun semulajadi beserta dengan mini petting zoo buat tarikan anak-anak kecil. Air terjun disini digunakan juga untuk menyalurkan air melalui sistem paip air sepanjang 1.2 kilometer dari hulu air terjun untuk membekalkan air yang paling bersih kepada tanaman dan haiwan ternakan termasuk ayam, ikan dan kambing.

Refarm-Kampar-Zoo-Banner

Refarm-Kampar-Zoo

Refarm-Kampar-Zoo-Fish

Refarm-Kampar-Zoo-Goat

Refarm-Kampar-Zoo-Horse

Refarm-Kampar-Zoo-Ostrich

Refarm-Kampar-Zoo-Tortoise

Di Refarm Leisure Farm, mereka juga menghasilkan baja organik. Dimana mereka akan mengitar semula najis haiwan , sisa-sisa tumbuh-tumbuhan, dan ditukarkan menjadi baja melalui proses penapaian. Bagi pihak Refarm Leisure Farm, baja organik adalah baja yang terbaik dan paling mesra alam yang mencukupi untuk tanam – tanaman berkembang dengan subur, tampak lebih indah kerana ia membekalkan zat-zat penting yang menggalakkan kesuburan tumbuhan.

Refarm-Kampar-Vegetable-Farm

Refarm-Kampar-Kolam-Ikan

Refarm Leisure Farm tidak akan membuang sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti rendah. Sebaliknya, ia akan dijadikan sebagai makanan buat haiwan ternakan. Ini adalah konsep Refarm – Kitar Semula dan tiada pembaziran.

Antara Aktiviti Lain di Refarm Leisure Farm

Refarm-Kampar-Air-Terjun

1. Kolam mandi
2. Berbasikal
3. Penanaman sayur-sayuran organik, buah-buahan
4. Memancing
5. Pemakanan zon: ikan, ayam, kambing, kuda, arnab, kura-kura dan angsa
6. Permainan layang layang
7. Jogging
8. Jungle Trekking
9. Bergambar di kawasan air terjun
10. Menjelajah untuk melihat perbezaan jenis tumbuh -tumbuhan hutan hujan
11. Meneroka Kampar: Anda boleh meneroka Makanan tempatan di Bandar Kampar yang hanya 4 kilometer dari Refarm.

Penginapan di Refarm Leisure Farm

Refarm-Kampar-Accomodation

Refarm-Kampar-Brick

Refarm-Kampar-Cabin

Refarm-Kampar-Hall

Refarm-Kampar-Dining

Selain dari bermandi-manda di kolam air terjun semulajadi ini, ada juga kawasan penginapan di atas bukit buat pengunjung yang ingin menginap dan manikmati suasana bukit-bukau pada waktu malam. Serendah RM50 seorang, anda boleh menikmati semua ini tanpa sebarang gangguan hiruk-pikuk kota.

Untuk makluman lanjut
Lot 6059, Jalan Temoh Kampar,
35350 Temoh, Perak
012-5026115
info@refarm.com.my
refarm.my@gmail.com

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas