Rehat-Rehat Ramadhan Di Hotel de Art Shah Alam

rehat-rehat ramadhan di hotel de art shah alam
  • 916
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 29 June 2015 • 916 paparan
oleh Website/Blog

Selalu kita dengar Ketuk-Ketuk Ramadhan je kan. Cerita di kaca tv tentang menu masakan berbuka ataupun makan mana best untuk berbuka. La ni nak cerita tentang tempat untuk berehat ketika Ramadhan. Yakni Ramadhan di Hotel de Art.

Orang selalu kata kalau puasa ni elok duduk rumah, jangan keluar, letih nanti. Tapi bg TL, kalau kata letih, itu permainan minda sebenarnya.

Hotel Bertema Pertama Di Malaysia

Pernah dengar hotel bertema? Ada satu hotel di Shah Alam nama Hotel de Art merupakan hotel bertema pertama di Malaysia. Ada lebih dari 58 tema untuk setiap bilik. Yes, lain bilik lain tema.

2015-06-26 09.03.56 1

2015-06-29 02.54.51 1

2015-06-29 02.55.33 1

TL dapat bilik bertemakan Elvis Presley. Bila masuk je, terus tergaman sekejap dengan wallpaper design silhouette gaya Elvis Presley. Bilik berkatil double single sangat sesuai untuk kunjungan 2 pax. Complete dengan TV, private bathroom, window dan ofcourse WiFi.

Juadah berbuka Ramadhan di Hotel de Art

Yang bestnya bila stay untuk bulan puasa ialah, guests tak perlu susah-susah nak cari bazaar terdekat. Bukak je tingkap dah nampak bazaar. Tapi jangan lompat plak, turunlah ikut pintu. Hehe. Ramadhan di Hotel de Art memberikan suasanan yang berbeza berbanding di rumah.

20150626_172432-1

Some of the foods yang menarik perhatian TL kat sini adalah Kue Gandos. Iaitu makanan tradisi rakyat Jawa yang berlandaskan tepung beras dan kelapa. Makan dengan sambal ikan bilis. Tapi sayangnya rasa sama macam makan lempeng kelapa sahaja.

20150626_181521-1

Selain dari itu terdapat juga Muratabak Talam. Kenapa talam? Sebab dia buat murtabak atas talam. Ehehe.

collage_20150626213810138

Aktiviti Malam Tatkala Bulan Mengambang

Malam kalau tetibe rasa nak moreh boleh singgah ke Uptown Shah Alam, sambil-sambil tengok pakaian kowt boleh beli untuk raya, boleh try makan kat foodcourt belakang. Dari sup ke goreng-goreng mahupun western, semua ada.

La ni ada satu makanan yang sudah menjadi fenomena iaitu Sotong Gergasi Celup Tepung ataupun Sotong Raja. Mungkin rakyat dah bosan dengan ayam kot.

20150627_002257-1

Dah penat jalan-jalan, silalah pulang berehat ke hotel semula dan menunggu waktu sahur. Sini, Restoran Hailam Kopitiam menyediakan sahur percuma buat guests.

2015-06-29 02.41.08 1

Terdapat lebih dari 10 menu berbeza untuk menepati citarasa anda. Pagi ni TL pilih nasi lemak dan barli suam. Alhamdulillah.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas