Lawatan Suaikenal Perlis “Dekat Je” Bersama Media & KTMB

2
  • 707
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 23 October 2015 • 707 paparan
oleh Website/Blog

Perlis Dekat Je – KTMB telah memulakan perkhidmatan tren elektrik (ETS) sejak 12 Ogos 2010 yang beroperasi di antara laluan Kuala Lumpur – Ipoh, tapi bermula 10 Oktober 2015, ETS telah memulakan perkhidmatannya dari Padang Besar – Gemas dan Butterworth – Gemas dan sebaliknya. Dengan berkelajuan maximum 140km/jam, sepastinya masa yang diambil untuk ke destinasi akan lebih singkat. Menaiki ETS seakan menaiki kapal terbang dari segi pemandu dari seorang Captain dan juga layanan mesra dari pramugara dan juga pramugari.

Perlis “Dekat Je”

3

Baru-baru ini, kerjasama dari pihak KTMB dan juga Tourism Malaysia Kuala Lumpur, TL berpeluang untuk mengikuti trip ke Padang Besar, Perlis dengan menaiki ETS. Trip Lawatan suaikenal Perlis ‘Dekat Je” bersama Media dan Penggiat Industri Pelancongan dengan Usahasama KTMB ke Negeri Perlis. Haaa, panjang kan? Of course, sebab trip pun jauh walaupun “Dekat Je”. Hehe.

2

9

Ini merupakan kali kedua TL naik ETS. The first one was to Ipoh for merdeka. ETS yang disediakan untuk trip kali ini adalah dari buatan Korea yang dipanggil ETS-ROTEM. Tren yang baru lagi panas dari oven ini, ternyata sangat cantik dan juga selesa.

10

Tahukah anda, pakej makanan dan juga yang dijual di dalam kafe ETS ini datang dari Brahim’s Catering yang sama dengan MAS Airlines. Memang sedap ye makanannya. Antara kemudahan yang disediakan di dalam ETS in termasuk tandas moden jenis vakum ,kemudahan yang mesra bagi golongan orang kurang upaya, kafe, TV LED, CCTV, rak bagasi serta yang paling best buat TL ialah soket untuk charge segala gajet yang ada!

Buat masa ini, ETS-ROTEM ada dalam 5 set dengan setiap satu mempunyai 6 koc berkapasiti 350 seat, dan ETS-CSR ada 4 set dengan 6 koc setiap satu dengan 312 seating.

Trip ke Padang Besar hanya 5 Jam 30 Minit

Antara objektif trip ini diadakan ialah sebagai medium utama bagi merapatkan connection antara pengamal media dan juga penggiat sektor pelancongan bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan buat bercuti. Dengan trip ini juga, ia boleh mendedahkan untuk public tentang penggunaan perkhidmatan ETS bagi laluan Kuala Lumpur – Padang Besar. Senang cerita, siapa yang rasa nak p Padang Besar and kowt terlajak sampai Hat Yai, boleh naik ETS ni dengan jarak perjalanan cuma 5 jam 30 minit je pun. Bertolak pagi 9.30am dalam 3.30pm sampai dah!

5

4

Seramai 17 orang wakil urusetia Tourism Malaysia Kuala Lumpur, 9 orang wakil dari Tourism Malaysia Perlis, beserta 15 orang wakil Media dibawa berjalan ke Perlis. Antara tempat yang dilawati ialah Arked Niada Padang Besar, Restoran Teratai Putih, Gua Kelam, Restoran Sarang Burung, Taman Rimba Herba, Taman Ular dan Reptilia, Aktiviti berbasikal di Kuala Perlis, Lawatan ke Masjid Terapung Al-Hussain, Komalaut Kompleks Makanan Laut, dan Galeri DI Raja Arau. Bagi tempat menginap pula, kami berterima kasih kepada Hotel Seri Malaysia Kangar.

1

7

Trip kali ini sedikit sebanyak membuatkan TL nak ajak kawan-kawan danjuga famili untuk berjalan ke Perlis, sebab rasa tak puash lagi. Nak cuba Mempelam Harum Manis dan bershopping! Thank you KTMB dan Tourim KL, Selangor & Perlis!

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas