Laman Seni 7 Tarikan Terbaru di Shah Alam

laman seni 7 shah alam selangor
  • 742
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 11 September 2015 • 742 paparan
oleh Website/Blog

Laman Seni 7, Shah Alam atau Laman Seni Shah Alam yang dahulunya lorong ini kelihatan suram kini telah berubah wajah menjadi lebih ceria hasil inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang ingin mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap kawasan lorong belakang yang tidak terurus kepada persepsi positif menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat.

Lorong ini diubah suai menjadi lebih ceria untuk menarik perhatian masyarakat untuk mengunjungi lorong yang dijadilkan laman seni yang dihiasi dengan pelbagai graffiti dan mural serta aktiviti seni seperti persembahan muzik jalanan (basking), jualan kraf tangan dan sebagainya menjadikan lorong belakang di premis perniagaan ini sentiasa dikunjungi oleh masyarakat tempatan dan juga pelancong luar terutamanya pada hari minggu.

Laman Seni 7 Shah Alam

laman seni 7 shah alam selangor

Walaupun lokasi Laman Seni 7 ini berhampiran dengan rumah Acul (seksyen 19) namun Acul masih lagi belum berpeluang untuk mengunjunginya kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan ditambah lagi dengan keadaan parking yang sentiasa penuh di kawasan tersebut terutamanya pada hari minggu yang sentiasa penuh dengan manusia yang datang kesini untuk membeli-belah.

Baru-baru ini Acul cuba mengambil peluang untuk mengunjungi Laman Seni 7 ini untuk melihat sendiri hasil seni yang dipamerkan disini.

laman seni 7 3d mural art shah alam

Untuk pengetahuan anda, lukisan mural di lorong Laman Seni 7 ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu “3D Painting”, “3D Installation”, “Street Furniture” dan “Painting On Site” dengan tawaran hadiah wang tunai berjumlah RM71,000 secara keseluruhannya.

10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam. Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam atau “Shah Alam community”, tarikan pelancongan atau “tourist attraction” dan berkonsepkan kehijauan atau “green concept”.

Dengan terhasilnya Laman Seni 7 Shah Alam ini sedikit sebanyak menggalakkan aktiviti seni dan budaya selain menyerlahkan kreativiti orang ramai khususnya generasi muda melalui lukisan serta menjadi produk pelancongan baru di bandar raya Shah Alam.

lorong seni shah alam

mural competition laman seni 7 shah alam

mural painting laman seni 7 shah alam

laman seni 7 shah alam

Laman Seni 7 dilakukan di kawasan seluas 206 meter membabitkan 56 pemilik premis perniagaan di pusat komersial terbabit. Setakat ini, ramai pengunjung yang datang ke Laman Seni 7 ini memberikan reaksi positif kerana hasil inisiatif MBSA yang berjaya menjadikan lorong yang suram menjadi daya tumpuan pelancong terutamanya masyarakat tempatan yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar di setiap mural yang dihasilkan.

Bagi yang berminat untuk kesini boleh datang ke Seksyen 7 Shah Alam. Landmark yang boleh cari adalah Jakel Seksyen 7 Shah Alam. Laman Seni 7 ini berhampiran dengan restoran Tutti Frutti dan Gulati’s Silk House Shah Alam.

Laman Seni Seksyen 2

laman seni seksyen 2 shah alam

Selain dari Laman Seni 7 yang kini menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada hari minggu, Laman Seni Seksyen 2 juga tidak kurang hebatnya dimana Laman Seni Seksyen 2 ini merupakan titik permulaan bagi penghasilan Laman Seni 7.

Laman Seni 7 di ilhamkan melalui reaksi positif yang mengunjungi Laman Seni Seksyen 2 terutamanya golongan remaja dan ahli keluarga yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar di mural yang terdapat di dinding-dinding belakang premis perniagaan di Seksyen 2 ini.

mural printing laman seni seksyen 2 shah alam

street art laman seni seksyen 2 shah alam

Walau bagaimanapun, keadaan di Laman Seni Seksyen 2 ini tidaklah meriah seperti Laman Seni 7. Disini pengujung hanya dapat mengambil gambar sahaja tidak seperti di Laman Seni 7 yang sentiasa meriah dengan aktiviti seni seperti persembahan muzik jalanan (basking) dan jualan kraf tangan.

Untuk kesini, anda boleh datang ke Seksyen 2 Shah Alam. Landmark yang boleh dicari adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 2 Shah Alam.

_________

Laman Seni 7 dan Laman Seni Seksyen 2 ini merupakan satu tindakan bijak oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang ingin menjadikan Shah Alam sebuah tarikan pelancong selepas kejayaan I-City yang berjaya menjadikan Shah Alam sebagai sebuah produk pelancongan yang sentiasa dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara.

Inisiatif ini perlu dipuji kerana ia mampu untuk menjadikan kawasan di lorong belakang premis perniagaan menjadi lebih ceria dan bersih serta dapat dijadikan sebagai kawasan yang dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada MBSA yang mengambil inisiatif positif ini untuk menjadikan Shah Alam sebagai sebuah produk pelancongan yang ternama di negeri Selangor serta menggalakkan aktiviti pelancongan di dalam negara.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas