Hulu Selangor Sebenarnya Tidak Begitu Hulu Dan Sini Seronok

Sg Inki
  • 999
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 23 June 2015 • 999 paparan
oleh Website/Blog

Orang bandar memang suka lari dari kesibukan kota. Dah jom gi hulu.

 

 

Selain sungai Kalumpang di Hulu Selangor, satu lagi yang boleh buat orang teringat-ingat hulu ni ialah Refreshing Spring Resort. At least TL ingat.

 

 

Tak jauh pun, cuma satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Bagi mereka yang bosan dah tengok dinding-dinding shopping mall. Boleh datang tengok pokok. Juga ada selingan bunyi air. Damai.

 

Tertambah bestnya bila dalam resort ini ada kebun buah-buahan. Sebagai contoh, pokok durian seperti kat bawah ni.

 

 

Bila tiba musim durian, dengarkanlah bunyi durian jatuh. Warga desa mungkin merasakan ini usual. Tapi bunyi ini bagus untuk anak-anak kota. Biar mereka tahu macam mana bunyinya durian jatuh. Supaya tak terkebelakang dalam ilmu alam, eheh.

 

 

Bukan setakat buah durian, buah rambutan pun ada. Manalah tahu korang elergik durian. Tapi gambar kat atas ni gambar buah pulasan. Sila jangan keliru.

 

Big question is, ini buah-buahan boleh pandang sahajakah?

 

Guess what. Ia percuma untuk pengunjung resort. Bebas untuk memetik dan makan. Cuma tolong jangan tapau bawa balik.

 

Sambil duduk menikmati buah, boleh dengar bunyi air sungai Inki yang mengalir betul-betul berhadapan dengan bilik.

 

 

Sejuk, nyaman, memang keseronokan yang ringkas.

 

Agak-agak sejuk pada waktu malam. Bolehlah merendam kakiĀ  di kolam air panas mereka. Ada sungai, lepas tu kolam air panas pula. Layan.

 

 

Itu aktiviti yang boleh dilakukan secara solo.Tak jungle lah kalau tak buat aktiviti-aktiviti hutan.

 

Alligator swamp, Water Rafting, Wall Climbing, Abseiling, Flying Fox dan yang paling best, mereka ada Paintball!

 

Team building. Brainstorming. Or just adventuring boleh datang sini.

 

 

Buat peace bila main paintball. Kalah lah tu.

 

Kemudian di sini juga ada banyak jenis bilik mengikut kapasiti pengunjung yang hadir. TL stay di Terrace Twin.

 

Ada studio room untuk 2 orang.

Chalet untuk lapan orang.

Ha dan ini Terrace Twin yang best.

Tengok sikit dalam. Tak perlu nak mewah-mewah sangat. Kata nak dekat dengan alam.

Ini pula memang sesuai untuk team building untuk jumlah peserta yang lebih ramai.

Oh ya, kereta kena parking luar sebab jalan nak masuk sangat kecil. Tak best kalau bawa barang banyak. Tapi in a good way. Save the environment. Jauhi asap.

 

Ramai-ramai boleh naik treler yang ditarik ni. Korang pun fefling kembara di luar kota. Anak kecil sure lompat-lompat gembira.

 

 

Satu get away yang bagus untuk 1-2 hari, nak pula pada musim buah. Siapa kata hulu selangor is that hulu. You were wrong.

 

Follow kami di www.facebook.com/trilode dan instagram @trilodeofficial.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas