Jom Singgah Sebentar Di Johor Premium Outlet Murah

Johor Premium Outlets
  • 927
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 15 August 2015 • 927 paparan
oleh Website/Blog

Johor Premium Outlet.  Sekarang kita tau ada Mitsui Outlet Park di Sepang, tapi sebelum itu wujud dulu Johor Premium Outlets aka JPO. Bangunan dua tingkat satu-satunya yang tersergam atas bukit, dari highway utara-selatan lagi dah boleh nampak logo Johor Premium Outlet.

Kata orang, di Johor Premium Outlet ni, lagi murah berbanding KL.

1

So, nak tau berapa murah dia, baru-baru ni TL sempatlah jalan-jalan Johor Bahru and singgah sini. Dia punya eksited, pukul 10 pagi dah terpacak. Secara kasar di mata, banyak lah kedai, dalam 130 jenis kedai.

Tapi bukan barang yang buat TL tertarik, tapi HARGA! Yes, harga dia. Diskaun kemain, dah 40% then dapat lagi 20%. Mana nak dapat bro.

Branded Items di Johor Premium Outlet

2

Tapi memandangkan, trip kali ni hanya untuk menjamu mata sahaja di Johor Premium Outlet, bukan shopping, tahan je tangan tu dari keluarkan duit dari dompet mahupun ATM. Haha. Buat anda yang kaki shopping, make sure buat survey online on the brands here for any info regarding the products and pricing.

Tapi dinasihatkan, bawak lah extra kalau rasa dah rambang mata sangat. Hehe. Sampai sekarang TL teringat-ingat pasal perfume bilik kat Bath & Body Works. Buy 3 free 1. Ruginyaaaaa.

<4

Dalam 130 jenama yang terdapat di Johor Premium Outlet, antaranya ialah, Adidas, Calvin Klein, Victoria’s Secret, Bath & Body Works, Swatch danbanyak lagi.

Kemudahan yang mencukupi di Johor Premium Outlet

6

Tempat yang agak besar dan tak berapa crowded, dengan kemudahan yang easy access like surau, toilet, ATM bank, and even Police Station. Try to come early in the morning to make used of the time.

Kang kalau datang dah tengahari or petang, rakyat dah ramai, tak syok plak rasa nak jalan-jalan nanti.

Parking lot tidak free ye kawan-kawan, tapi cuma RM3 sahaja sekali masuk. Better parking dihujung-hujung Lot A, sebab lagi banyak kosong and sebenarnya dekat je dengan pintu masuk kedai-kedai. Don’t worry, kedai tak lari.

Kudap-kudapan di Johor Premium Outlet

5

3

Selain dari kedai-kedai pakaian, beg dan kasut, tak sah kalau takde foodcourt. Sini foodcourt dia boleh dikatakan agak besar. I wonder, if mereka tak sediakan foodcourt or any restoran, jauh rasanya nak cari makanan.

Antara restoran yang bertapak di Johor Premium Outlet ialah Absolute Thai, Dome cafe, Starbucks dan banyak lagi. By looking around, deco dia sangat simple, senang cite calm la. Banyak benches untuk duduk with air terjun for kids entertainment.

Terasa di luar negara sekejap. Benches ni ada diluar for every kedai, so the wives can shop, while the husband wait and play clash of the titans.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas