Jangan Plan Trip Anda Dengan Stress

Kg-Batu-Umban-Penang
  • 520
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 28 September 2015 • 520 paparan
oleh Website/Blog

Merancang sesuatu perjalanan adakalanya boleh jadi stress. Ye lah, macam mana nak mula? Apa nak kena buat dulu? Adakah semuanya akan berjalan lancar seperti yang dirancang? Nak pilih hotel je pun kadang-kadang penat, sebab terlalu banyak. Ada yang nampak selesa tapi mahal, yang murah pula risau akan keselamatan. Anda yang tengah membaca ni pasti sedang merancang sesuatu bukan? Tapi kerisauan membuatkan anda berfikir balik, apa berbaloi merancang semuanya?

PCB-Kelantan
Pantai Cahaya Bulan, Kelantan (Pinterest)

Hari ni, saya akan cuba untuk letakkan ia dalam perspektif.

Secara kasar, kita akan scroll hampir 10 mahupun 20 website untuk cari hotel, tempat menarik, kedai makan mahupun harga bagi sesuatu tempat dan aktiviti. Bagi perfectionist, mereka akan meluangkan hampir 40 jam hanya untuk merancang trip selama 2 minggu. Bayangkan 40 jam? Tu pun belum buat booking lagi.

Krabi
Krabi (Pinterest)

Memang ada kajian menyatakan, untuk trip 1 minggu pun, kita akan spend almost 42 jam untuk perjalanan yang sempurna.

Maklumat memang sangat berguna untuk merancang trip. Tapi, dengan zaman teknologi sekarang ni yang membuatkan informasi boleh dicari dimana sahaja, pasti akan membuatkan kita penat otak untuk membaca dan digest semua informasi.

Melaka-River
Melaka River, Melaka

Tidak kesah jika anda sebenarnya plan trip untuk 2 hari, 2 minggu, 2 bulan mahupun 1 tahun, kita tetap akan cuba untuk sumbatkan semua informasi dalam satu kepala.

Hari ini, saya nak anda relaks dan bernafas sedalamnya, dalam merancang trip anda.

Planning trip memang sangat seronok. TL ingat lagi masa TL plan trip ke Johor. Walaupun cuma 2 hari, TL cuba untuk sumbat semuanya dalam 2 hari tersebut. TL rasa semua akan mengalami situasi ini – TERUJA untuk plan the perfect trip. Tapi percayalah, se’perfect’ mana pun trip tersebut, pasti akan ada perubahan.

Haiku-Stairs-Hawaii
Haiku Stairs, Hawaii (Pinterest)

Lagi banyak masa anda luang untuk plan trip anda, lagi cemas anda akan jadi. Risau sekiranya plan tak jadi. Anda akan rasa sangat penat dan stress buat planning sampai anda tak rasa enjoy looking forward trip tu nanti.

Dari pengalaman, trip anda memang akan ada perubahan. Maka, take your time planning.

Dalam trip nanti, sedang anda berjalan, pasti akan ada yang memberitahu tentang lokasi baru ataupun tempat makan best yang tidak pernah anda fikirkan. Ataupun teman anda akan suggest untuk stay satu hari lagi di pulau. Tanpa sedar, plan anda akan shift sedikit. Jadi, jangan terlalu details planning trip anda. Let it loose, cuma plan the first few steps and go with the flow.

San-Francisco
San Francisco Bridge (Pinterest)

Baca sedikit tentang tempat yang ingin dituju beserta makanan dan aktivit, untuk mendapatkan pandangan sebenar apa yang akan diharapkan setibanya di destinasi. Semuanya akan berjalan dengan lancar dan di penghujung hari, anda akan ketawa memikirkan kenapa anda sangat stress masa plan untuk trip ini.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas