Aplikasi Berguna Buat Si Pengembara

7
  • 675
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 21 October 2015 • 675 paparan
oleh Website/Blog

Dengan dunia teknologi kita sekarang ini, telefon bimbit dan tab bukanlah asing lagi bagi kita. Ia telah menjadi salah satu benda penting buat kita semua. Banyak benda boleh dilakukan dengan hanya di hujung jari selain dari membuat panggilan. Ia juga boleh dijadikan sebagai panduan atau penterjemah kepada anda dengan menggunakan aplikasi yang betul. Tambahan lagi buat kaki travel.

Aplikasi Berguna Buat Kaki Travel

Google-Translate-icon

#1 Google Translate

Siapa yang tak tahu tentang aplikasi ini, anda hidup pada zaman bila ye? Bukan sahaja dalam handphone, anda buka google je pun dah ada. Hehe. Aplikasi ini boleh membantu anda dalam menterjemahkan perkataan ataupun bahasa asing kepada bahasa yang anda mudah fahami tatakala berada di negara asing. Anda juga boleh download pek bahasa yang tidak perlu menggunakan internet.

tripadvisor

#2 Trip Advisor

Bagi anda yang sering keluar negara mahupun baru nak menjinakkan diri untuk mengembara, aplikasi ini merupakan antara yang perlu ada dengan anda. Bukan sahaja aplikasi ini boleh memberitahu tentang tempat-tempat menarik, bahkan anda juga boleh baca review dari pengguna tentang tempat makanan terbaik, tempat penginapan sekali dengan tempahan beserta tiket penerbangan boleh dilakukan dalam aplikasi yang sama. Tanpa internet juga, anda boleh tetap membaca ulasan yang diberikan beserta lokasi tempat-tempat yang ingin dituju.

xe

#3 XE Currency

Jika anda bercuti ke luar negara, aplikasi ini akan membantu anda dari segi berurusan dengan tukaran mata wang untuk pembelian. Ye lah kadang-kadang penat gak nak congak mengira berapa banyak nak perlu bayar kan? Jangan risau, aplikasi ini berfungsi juga di luar talian dan sangat up-to-date dengan kadar pertukaran semasa.

Air-Asia

#4 Air Asia GO

Aplikasi mudah alih ini juga turut menawarkan penyelesaian yang pantas dan efisyen untuk anda yang suka membuat tempahan last minute, serta boleh juga memenuhi keperluan anda yang mencari tawaran hebat mahupun yang sedang merancang percutian bajet. Anda juga boleh menikmati tawaran eksklusif mobile yang membolehkan anda berjimat sehingga 70% ke atas tempahan hotel, apabila anda menempah menerusi aplikasi ini.

Jadi sila pastikan memory anda mencukupi untuk download aplikasi-aplikasi ini ye.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas