Anda Takut Untuk Travel Solo? Jangan Risau

Backpacker
  • 592
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 1 September 2015 • 592 paparan
oleh Website/Blog

Travel solo atau berseorangan boleh menjadi salah satu experience yang sangat menyenangkan, dimana anda tidak perlu bimbang tentang keperluan orang lain, hanya perhatian terhadap diri anda sendiri sahaja. Walaupun nampak macam seronok, tapi tak dinafikan, some of us might find it scary to travel alone. Tambahan ditempat yang sangat asing bagi kita.

No need to panic! Kerana anda tidak bersendirian. Sekiranyana anda ada plan untuk bergerak secara solo ke tempat-tempat yang sering anda idamkan, sini ada beberapa langkah ‘baby steps’ untuk anda ikuti, dan harapnya lepas ketahui semua ini, anda akan jadi lebih bersemangat untuk travel!

Jika anda berfikir untuk travel solo kerana…

1. …anda bosan dengan rutin harian…

Get Started : Break the chain of your daily routine. Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakna tren untuk pulang, cuba berhenti one of two stops before, or after yours, and take your time walking and enjoy the road. Ataupun ambil route perjalanan pulang yang lain dari kebiasaan. Mana tahu anda mungkin terjumpa lokasi yang menarik di perjalanan. Tak salah kalau tersesat sedikit.

2. …anda menghargai masa ‘alone time’…

Get Started : Tempah lawatan anda tapi extend kan percutian anda untuk beberapa hari. Dengan cara ini, anda dapat meneroka tempat-tempat menarik dan boleh patah semula ke tempat-tempat tersebut untuk menikmatinya sekali lagi. Ye lah, kita sendiri tau kalau ikut pakej, masa sangat limited.

3. …mencari lebih dari sekadar percutian pantai…

Get Started : Cuba untuk explore bandar yang anda lawati for a day. Be it google or asking a few friends. Dengan cara ini, bila anda tau kemana anda mahu pergi dan bagaimana untuk sampai ke sana, ia akan mengurangkan sedikit rasa nervous mahupun takut untuk travel seorang. Because, you already know where and how to go that places.

Jika anda teragak-agak untuk travel solo kerana anda takut…

1. …sesat

Get Started : Cuba untuk berjalan -jalan pada waktu siang. Menikmati pemandangan dan collect info sebanyak mungkin. Jangan lupa kompas, peta mahupun air sebotol. One more, inform family members and friends where you are.

2. …berseorangan

Get Started : Bak kata pepatah, “belum cuba, belum tahu”, anda mungkin tidak akan tahu betapa “keseorangan-kah” anda bila travel solo, selagi anda tak cuba. Dengan cara ini, anda boleh menguji diri anda, mana tahu, travel solo membuat anda lebih alert dengan sekililing takpun lebih kuat menghadapi dunia luar. Anda boleh mencuba makan sendiri di sebuah restaurant mewah mahupun cafe vintage, ekstrem aktiviti ataupun pergi menonton teater.

3. …tidak dapat berjumpa dengan orang

Get Started : Membuat kenalan baru bergantung pada tempat yang anda lawati. Sekarang ni terdapat banyak group-group yang kaki travel. Be it professional mahupun newbie. Trust me, ramai yang seperti anda. Nak travel solo tapi tak mahu sendiri. Get me? Just log in facebook and look for Backpackers Malaysia or twitter Kaki Travels / backpackersMY to look out on tips and tricks of travelling solo. Insyallah ramai yang akan bg feedback yang berguna. Mana tahu kowt-kowt korang boleh travel sama while travelling solo. Betul tak?

Tiada cara yang betul mahupun salah when it comes to travelling. Tapi, you have to start somewhere kan? *packing my bags to Penang* Eher Eher.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas