Aktiviti Menarik di Lost World Hotspring & Spa

10
  • 797
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 9 March 2016 • 797 paparan
oleh Website/Blog

Lost World Hotspring & Spa | Dengar je nama Lost World mesti semua ingat Lost World of Tambun bukan? Betul, kali ni team Trilode hadir untuk pelancaran Lost World Hotspring & Spa.

Bertempat dalam taman tema Lost World of Tambun, selain dari aktiviti air dan juga aktiviti lasak, sekarang sudah ada Lost World Hotspring & Spa!

Lost World Hotspring

Kami disambut mesra dengan persembahan dari mereka

Lost World Hotspring

Sekitar pelancaran Lost World Hotspring & Spa

Lost World Hotspring

Persembahan dari Flaming Percussion

Okay okay, buat yang pernah datang mesti akan cakap, “Eh bukan hotspring yang dekat luar tu dah lama ada ke?” Betul yang itu memang dah lama ada.

Tapi yang ini lagi eksklusif. Siap dengan air terjun, private hut, tiga jakuzi, kolam renang kanak-kanak, dan semestinya spa.

Aktiviti di Lost World Hotspring & Spa

Seperti yang disebut di atas, TL akan cuba untuk explain lebih details akan tarikan baru yang disediakan disini.

1. Saphira’s Lair

Lost World Hotspring

Haa yang ini adalah kolam air panas yang ada diluar depan stage. Yang dah lama ada tu. Dengan suhu kehangatan air sehingga 39°C, boleh dinikmati tak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Dikelilingi dengan keindahan dan kehijauan batu kapur dengan lighting yang begitu mempersona.

2. Lost World Steam Cave

Lost World Hotspring Spa

Buat yang perasan, depan Tutti Fruti ada satu kolam agak besar jugak kan? Yang ini ialah Infinity Pool diorang. Tang mana steam cave nya, cuba masuk dan anda akan perasan satu walkway through the cave dan disitu dan suhunya untuk dalam gua tu boleh cecah 40+°C !

TL pernah masuk dalam tu dan dalam masa 1 minit je TL nak keluar balik. Haha.

3. The Geyser of Tambun

Lost World Span

Atas pada steam cave tersebut, terletaknya Geyser of Tambun, tarikan pancutan air panas sehingga 40 kaki ke udara. Kalau rasa macam dengar bunyi dentuman kuat setiap sejam, ni lah jawapannya.

Kalau waktu malam lagi cantik sebab lampunya.

4. Foot Spa

Lost World Hotspring

Bukan massage ye, yang ini adalah batu-batu kecil refleksologi yang dipasang pada lantai-lantai kolam hotspring. Kira boleh lah untuk terapi tambahan sambil-sambil rendam kaki.

5. Crystal Pool

Lost World Hotspring

Lost World Hotspring

Lost World Hotspring

Lost World Hotspring

Lost World Hotspring

Private Hut buat pengunjung berehat

Bagi menambahkan keseronokan untuk pengunjung yang hadir, sebuah kolam yang direka khas dengan jubin kristal bagi memancarkan cahaya pada siang hari, dan memantulkan cahaya lampu pada berwarna-warni pada malamnya.

Ada juga air terjun buat yang honeymoon, boleh lah beromantis di kolam ni. Lawa weyh!

6. Crystal Spa

1

13

12

Ini merupakan tarikan yang paling paling baru buat pengunjung. Kemudahan spa dengan harga yang berpatutan disediakan di tiga pondok urutan yang berbeza – Sapphire, Topaz dan Amethyst. Anda akan dilayan bak puteri dan penuh dengan privasi.

Tapi untuk spa waktu beroperasi ialah 6pm – 11pm sahaja.

More reason to come to Lost World of Tambun!

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas