Warung Bunian Bangi Mensajikan Masakan Kampung

20130511_093452 (1)
  • 837
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 3 September 2015 • 837 paparan
oleh Website/Blog

Warung Bunian Bangi. Perkara pertama nak beritahu, tempat ni agak panas ye. Bukan ‘panas’ as in sebab nama dia ‘bunian’, tapi panas as in cuaca. Jadi bagi mereka-mereka yang acah-acah puteri lilin diminta jangan makan sini. Haha. Second, nak makan di Warung Bunian Bangi ni kena book dulu. Tak boleh walk-in. Bagus betul sistem kedai ni. Ketiga, menu dia fix untuk setiap hari. Tak de order ala-carte mahupun lunch buffet.

20130511_093452

Lokasi Tersorok Warung Bunian

Terletak di kawasan pedalaman area kajang, memang sangat tersorok actually. Bagi yang tak biasa, boleh guna waze takpun, cari je banner warung bunian. Jalan dalam sikit, bila nampak ada Car Wash, haa anda da sampai. Walaupun anda sudah book, tak semestinya bila sampai di Warung Bunian ini, ada meja tersedia tulis ‘reserved’. Nope, sebab semua pelanggan yang makan, bila habes, tak reti nak bangkit. Haha. Sedap sangat sampai sambung berborak. Jadi tolonglah sabar ye.

20150903_131606a

20150903_131629a

20150903_132544a

Sila text or call no tertera untuk book ye.

Hidangan Ala Kampung Warung Bunian

Once dah dapat table kat Warung Bunian ni, tunggu je pihak restoran ni hidang makanan. Team TL pergi hari Khamis, jadi menunya ialah ayam goreng, ketam masak gulai, ikan goreng masak kicap,  dan sayur goreng. Udang sambal tu mereka bagi sebab lauk ketam dah habes. Sepatutnya hanya ada 4 set ketam, tapi dapat 2. Jadi mereka ganti dengan 2 set udang. Untuk air pula, kami dapat air sirap dan teh o ais.

20150903_135204

20150903_135945

20150903_134951

20150903_134944

20150903_140528

Kalau datang berdua di Warung Bunian ni, kemungkinan akan berkongsi meja, jadi jangan terkejut. Meja panjang boleh muatkan sampai 12 orang tapi dinasihatkan, makan jangan berkepak ye. If you know what I mean. Hehe.

IMG-20150903-WA0013

Lauk di Warung Bunian, alhamdulillah semuanya sedap tak terkata, sampai Team TL tak nak bangkit dari meja. Dok ngatah lauk tak benti. Perniagaan ni dah lebih 10 tahun beroperasi, malah JJCM pun ada datang sini. Meh la kalau nak rasa masakan kampung, yang tak payah pening-pening pilih lauk. Hanya book, bawak perut, makan dan bayar. Roughly dalam RM20+ seorang.

20150903_140622a

*perut dah habes kedepan ni*

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas