Tempat Makan Best Di Melaka Kota Bersejarah

A-Famosa-fortress,-Malacca
  • 928
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 23 July 2015 • 928 paparan
oleh Website/Blog

Orang kata, kalau nak makan sedap kena pergi Penang untuk Nasi Kandaq takpun Kelantan untuk Nasi Kerabu Ayam Percik Yati. Tapi Melaka pun tak kurang hebatnya.

Tempat makan best di Melaka.

#1 Asam Pedas Claypot, Kota Laksamana

Kalau rasa tetibe mengidam nak makan Asam Pedas thorbaikk, spend about one and a half hour from KL to Melaka. Drive straight to Asam Pedas Claypot yang terletak di Kota Laksamana. Hidangan dalam claypot itu tersendiri sudah cukup membuatlan selera memuncak apatah lagi dengan aroma yang enak. Makan pula panas-panas bersama terlur masin, nasi dan sambal belacan. Psst, dengar kata, ikan pari paling win disini, antara tempat makan best di Melaka.

#2 Roti Naan Pak Putra, Kota Laksamana

Okaylah kalau rasa nak makan light-light, boleh pergi kedai sebelah. Or belakang actually. Meh pakat ramai-ramai makan Roti Naan Cheese DOUBLE with Ayam Tandoori kat Pak Putra. Masa TL belajar dulu selama 3 tahun, final semester baru tahu pasal restoran ni. Sangat lah rugi. Now, if nak makan, kena gigihkan diri naik Melaka. Roti Naan yang empuk, lembut dengan keju yang meleleh saat roti dikoyakkan, haihhh, terliur. Ayam tu, make sure perahkan limaunya untuk bagi rasa dia lagi umphh!

#3 Nasi Lemak Sungai Petai @ Sutai

Kalau singgah melaka, try lah datang pagi-pagi like 8am dah ada kat melaka untuk try nasi lemak paling digemari buat pelajar uitm lendu melaka. Kedainya tepi jalan je, takde yang special, tapi kalau lambat datang, konfem habes. Konpem. Tak sure macam mana nak cerita bezanya dengan nasi lemak yang kita biasa makan, tapi sambal dia sedap. Itu je boleh kongsi. Owh, jangan lupa cuba Roti Tampal Goyang. Yes, sebut macam tu ye. Goyang. and you’ll see why bila order nanti. Hehe.

#4 Cendol Jam Besar, Bandar Melaka

Dah makan sedap-sedap camni, mest nak dessert kan? Instead of those cakes in cafe, why not try cendol di pusat bandar called Cendol Jam Besar. Terletak betul-betul berhadapan dengan bangunan merah yang famous tu, bangunan Stadthuys. Makan plak bawah pokok, dengan bunyi aliran sungai, elok sangat.

#5 Coconut Shake, Klebang

Ops, jalan-jalan bandar jangan lupa pergi Klebang. I know this is gonna be as cliche as it is,Coconut Shake. Tapi takde satu pun boleh lawan Klebang punya. Trust me!

Cukup lah kowt en untuk buat anda terliur? Puasa dah habes kan, mai lah buat roadtrip naik Melaka!

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas