Qawa Coffee Di Terengganu Persis Starbucks

1
  • 1,042
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 17 September 2015 • 1,042 paparan
oleh Website/Blog

Qawa Coffee. Nampak gaya, fenomena kedai kopi hipster dah meranjau jauh nun ke Kuala Terengganu di Lorong Budiman.

Kontena merah sebagai pilihan Qawa Coffee

1

Menggunakan konsep kontena untuk membina kafe Qawa Coffee ini, sudah menjadi trend anak-anak muda zaman sekarang untuk membina kerjaya. Rata-rata kita dapat lihat bukan sahaja kedai makan, malah adakalanya kedai baju pun menggunakan konsep kontena.

3

Terletak di Lorong Budiman, hanya mereka yang menggunakan jalan dalam sahaja akan berjumpa dengan kafe Qawa Coffee ini. Sekiranya anda lalu jalan trafik biasa di hadapan signage “Peliharalah Terengganu”, anda tak akan lalu pun depan kafe ini. Cara lain boleh waze, itu apa yang Team TL guna saat sesat nak balik kampung raya lepas. Masa itulah tak sengaja terjumpa Qawa Coffee ni.

Bagus sebenarnya dengan menggunakan kontena dan warna merah terang beserta lampu malap kekuningan pada waktu malam ternyata menarik perhatian pemandu dan juga pejalan kaki.

Minumam Persis Starbucks Di Qawa Coffee

Mungkin terlalu membesar-besarkan cerita, tetapi jujur TL cakap yang minuman mereka sangat sedap. Minuman setanding starbucks bermaksud harga setanding dengan rasa. Apa yang kita bayar, itulah yang kita dapat di Qawa Coffee.

4

Caramel Hazelnut Frappucino

5

Ice Creamy Green Tea

terengganu

Ice Blended Creamy Raspberry

Antara minuman yang boleh dicuba ialah Caramel Hazelnut Frappucino, Ice Creamy Green Tea dan juga Ice Blended Creamy Raspberry. Ini yang TL rekomenkan kepada anda untuk cuba di Qawa Coffee.

Sebalik Nama Qawa Coffee

kafe Qawa Coffee

Mengikutkan kepada pekerja di Qawa Coffee ini, nama QAWA tersebut sebenarnya bermaksud “KOPI” dalam bahasa Arab. Rakyat Terengganu pada zaman dahulu menggunakan perkatan qawa untuk menyebut kopi. Sebagai contoh, “Mung, mai la minum qawa se” ataupun, “Tolong beli serbuk qawa.” Dari situ datangnya idea untuk menamakan kafe ini.

kafe Qawa Coffee

Sekiranya, anda berjalan ke sini, singgahlah ke Qawa Coffee sambil makan kepok losong bersama teman mahupun famili. Nanti boleh share pengalaman anda.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas