Qalam Burger Burger Inti Epal Tanjong Malim Perak

qalam burger tanjong malim perak
  • 734
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 6 September 2015 • 734 paparan
oleh Website/Blog

Kebanyakkan rakyat Malaysia sangat suka makan burger dan menjadikan menu tersebut sebagai satu santapan pada waktu petang atau malam. Kalau perut lapar tetapi malas nak masak, start kereta terus pergi ke gerai jual burger untuk dapatkan burger bagi mengisi perut yang kelaparan. Selalunya, gerai burger tepi jalan ini lah menjadi tempat tumpuan orang membeli.

Banyak sudah gerai burger dibuka di tepi jalan dan sekarang pun beraneka jenis burger yang boleh kita dapat. Semakin hari semakin rancak anak-anak muda menjual burger sebagai hobi dan pendapatan tambahan mereka. Namun, bukan semua kesedapan burger yang dijual dapat memuaskan hati. Oleh itu, di sini saya nak sarankan satu burger yang terbaik di kawasan Tanjong Malim, Perak. Nama burger tersebut adalah Qalam Burger.

Qalam Burger Tanjong Malim, Perak

qalam burger burger inti epal

Qalam Burger dimiliki oleh orang Melayu dan warganegara Malaysia. Sudah pasti burger disini bersih dan halal untuk dimakan. Tidak berhenti-henti orang datang untuk membeli burger di sini. Bukan setakat sedap tetapi harganya sangat murah. Puas hati dan yang penting perut pun kenyang.

Waktu dan Hari Operasi
Ahad – Jumaat (Sabtu Cuti)
5 pm hingga 12 am

qalam burger tanjong malim perak

Saiz burgernya boleh dikatakan besar dan yang pasti bukan sebarang jenama yang digunakan. Semua burger dan roti burger, mereka gunakan jenama Ramlee iaitu jenama keluaran tempatan.

Lepas tu, mereka akan letakkan sos cili, mayonis dengan thousand island sebagai tambahan perasa dan yang istimewanya kat sini, ada epal hijau menggantikan bawang dan tomato. Daun salad yang segar masih diletak, memang perfectlah!

qalam burger cheese meleleh

qalam burger burger inti buah epal segar

Cara pembikinan burgernya pun sangat teratur dan cara pemakaian pekerjanya pun bersih. Kita rasa tak ragu-ragu untuk membeli burger kat sini. Walaupun tak menang tangan menyiapkan burger yang di order oleh pembeli, wajah mereka tidak lengkang dengan senyuman. Itu yang membuat Qalam Burger ini menjadi pilihan penduduk di Tanjong Malim.

cara penyediaan qalam burger tanjong malim perak

cara sediakan burger oleh qalam burger tanjong malim perak

Pelbagai jenis burger yang ada dijual di sini. Anda boleh tengok menu Qalam Burger yang ada dibawah:

menu qalam burger tanjong malim perak

jenis burger qalam burger tanjong malim perak

menu lain qalam burger ayam goreng sosej

Selain burger, terdapat menu lain yang ada dijual seperti ayam goreng yang dipotong-potong, sosej disalut tepung, sosej cheese, ayam sate dan ayam popcorn. Anda boleh pilih yang mana anda suka.

Lokasi Qalam Burger

lokasi qalam burger tanjong malim perak

Gerai Qalam Burger ni terletak di Taman Universiti Tanjong Malim yang berdekatan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Betul-betul di tepi jalan nak masuk simpang ke Taman Universiti. Lagipun, kat sini memang tempat tumpuan pelajar UPSI menjari makanan mereka. Satu tempat yang strategik untuk menjual beli.

________

Kepada yang ingin membuat sebarang tempahan, anda boleh hubungi pada nombor yang tertera dibawah ini untuk mendapatkan perkhidmatan dan layanan dari pihak Qalam Burger.

Tel: +6019-435 0355
Facebook: Qalam Burger

SKOR TRILODE

6.8

RASA 7/10
 
 

SUASANA 5/10
 
 

LAYANAN 7/10
 
 

KEBERSIHAN 8/10
 
 

NILAI 7/10
 
 

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas