Puffy Buffy Cafe Cyberjaya Hidangan Melayu Western Terbaik

8
  • 858
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 12 October 2015 • 858 paparan
oleh Website/Blog

Puffy Buffy Café yang terletak di area CBD, Cyberjaya merupakan lokasi yang amat strategic buat menarik perhatian pengunjung untuk hadir. Memandangkan di Cyberjaya dan Putrajaya mempunyai banyak bangunan pejabat dan juga IPTS, jadi tidak susah untuk mendapatkan makanan melayu mahupun western yang enak dengan harga yang berpatutan.

Tema warna comel Puffy Buffy Café

2

10

Menggunakan warna-warna lembut dan inviting seperti putih, biru dan juga merah jambu dalam dekorasi kedai beserta kerusi dan meja, menjadikan kafe ini outstanding diantara semua kedai yang berada di deret yang sama. Setiap hari sambutan Puffy Buffy cafe ini sangat memberangsangkan. Sentiasa penuh dengan pengunjung, lagi-lagi waktu makan lunch.

Menu sajian Puffy Buffy cafe

Menghidangkan menu western beserta makanan lauk buffet, sememangnya pilihan yang tepat untuk menjamu selera waktu tengahari mahupun malam. Andai kata anda susah untuk memilih nak makan apa, sini semua ada. Menu yang disarankan di Puffy Buffy Café ini ialah – Premium Chicken Chop, Fried Chicken Chop, Seafood Carbonara, Nasi Set Ayam Masak Lemak dan Nasi Goreng Puffy Buffy.

7
Premium Chicken Chop

6

5
Fried Chicken Chop

9
Seafood Carbonara

1
Nasi Set Ayam Masak Lemak

4
Nasi Goreng Puffy Buffy aka Nasi Goreng Merah

Bukan itu sahaja, mereka juga menghidangkan in-house dessert yang boleh didapati di bahagian hadapan kaunter untuk memudahkan pemilihan. Kegemaran TL ialah Blueberry Cheesecake (maaf tiada gambar) dan Chocolate Mousse Cake.

3

Tapi, satu je team TL nak sarankan, selepas order, mereka akan hantar slip order, please double check sebab mereka selalunya akan terlepas pandang order yang kita minta. Adakalanya salah order, ataupun tertinggal order. Jadi please double check ye. Tapi makanan memang dijamin sedap!

So, next time jika tak tau nak makan mana area Cyberjaya, try la singgah sini.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas