Mangga Harum Manis Perlis Hanya Setahun Sekali

Mangga-Harum-Manis
  • 494
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 6 June 2016 • 494 paparan
oleh Website/Blog

Sebut sahaja ‘Mangga Harum Manis’ pasti semua tau mana nak dapatkannya. Mana lagi kalau bukan di negeri Perlis Indera Kayangan. Jenis mangga yang sangat terkenal dengan kemanisan dan harganya yang mahal ini sudah pasti menjadi satu tarikan di Perlis tatkala tiba musimnya sekitar bulan May setiap tahun.

Mangga-Harum-Manis

Encik Low sedang menunjukkan rupa Mangga Harum Manis

Mengikuti program Malaysia Railway Tourism sempena Trip 3 hari 2 malam ke Padang Pesar, Perlis sempena musim Mangga Harum Manis, memberikan peluang kepada saya utnuk melihat dengan lebih dekat apakah keistimewaan mangga ini. Terima kasih buat Abang Jamil dari Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) atas jemputannya.

Mangga-Harum-Manis-3

Antara para media yang mengikuti trip ini.

Ladang Mangga Harum Manis Terbesar

Lokasi untuk melihat ladang Mangga Harum Manis kali ini terletak di Jabatan Pertanian Negeri Perlis, di mana ladang ini merupakan ladang terbesar di Malaysia dengan keluasan melebihi 60 hektar dan mempunyai hampir 1000 hektar untuk satu Perlis.

Mangga-Harum-Manis-Perlis

Mangga Harum Manis ini mula ditanam pada tahun 1984 dan pada tahun 2010 mula dieksport ke Jepun kerana mangga Harum Manis kita ni famous sangat sampai permintaan di Jepun sangat tinggi.

Mangga-Harum-Manis-5

Sekitar kawasan ladang Mangga Harum Manis

Di ladang seluas ini pastinya agak susahkan nak jaga, tapi mereka mempunyai kawalan sekuriti yang ketat beserta para audit yang akan datang pada sekian masa untuk mengaudit jumlah bilangan mangga yang terhasil beserta kualitinya. Wahh, hebat kan penjagaannya?
Pasti ramai yang tertanya kenapa mesti ditanam di Perlis? Kenapa tak Johor ke, Pahang ke, jawapannya sebab tanah di Perlis merupakan tanah yang paling sesuai untuk Mangga Harum Manis.

Kemanisan Mangga Harum Manis

Seperti yang kita ketahui, sekarang ni tengah musim EL Nino dan cuaca panas ni menyebabkan kuantiti Mangga Harum Manis untuk tahun ni berkurangan dari tahun-tahun yang lepas. Selalunya stau pokok ada lebih kurang 200 biji tapi tahun ni satu pokok boleh jadi 10 biji je. Jangan terkejut kalau harga tahun ni boleh menececah RM40 sekilo.

Mangga-Harum-Manis-4

Contoh penanda warna untuk harvest buah mangga

Mangga-Harum-Manis-2

Antara produk buah Mangga Harum Manis

Mangga-Harum-Manis-Pulut

Dengan hanya RM10 anda boleh menikmati hidangan pulut mangga dan jus mangga

Mangga Harum Manis disini dijaga dengan begitu rapi dan dilabelkan dengan warna-warna pada sarungnya untuk mengetahui bila mangga ini boleh dipetik. Keistimewaan mangga ini berbanding mangga yang lain ialah ianya tidak berserat yang macam benang-benang tu bila kita makan mangga. Isinya lembut dan halus tambah dengan kemanisan dia, memang umph ! Kalau nak rasa yang original mangga Harum Manis, pakai ramai-ramai naik Perlis jom ! #DekatJe

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas