Berbuka Puasa Makanan Arab di PAPERO Shah Alam

Shawarma chicken kebab restoran Papero Shah Alam
  • 912
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 7 July 2015 • 912 paparan
oleh Website/Blog

Restoran PAPERO menghidangkan makananan ala-ala Timur Tengah (Mediterinian) & Makanan Itali. Restoran PAPERO Shah Alam ini lebih memfokuskan kepada menu makanan seperti Pizza / Sandwish / Shawarma dan berkonsepkan fast food (segar). Ia dihidangkan dalam pinggan berbanding yang lain dihidangkan dalam talam atau buffet dengan mengekalkan portion yang banyak.

Trademark PAPERO iaitu Sedap… Murah… Best… Memang kena dengan apa yang dihidangkan. Warna orange sebagai hiasan dinding kedai juga menarik perhatian dan mood untuk menikmati hidangan di Restoran Papero Shah Alam ini.

Restoran Papero Shah Alam

Restoran PAPERO ini mempunyai 3 rakan kongsi yang terdiri 2 daripada Melayu Islam dan seorang daripada Arab Syria Islam. Pembahagian pegangan saham adalah Melayu 70% & Syria 30%. Matlamat pengwujudan Restoran Papero adalah melahirkan restoran masakan segera (fresh) dengan tumpuan menu kepada Pizza, Sandwish dan Shawarma. Konsep masakan lebih kepada masakan Timur Tengah (Mediterinian) dan Italian Food.

Restoran PAPERO pertama mula di buka pada Mei 2013 yang beralamat di alamat :

Restoran PAPERO Sri Petaling
No A-G-9,
Jalan Endah Promenade,
Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur.

Manakala Restoran PAPERO di Shah Alam ini pula merupakan merupakan Cawangan Sulung mereka yang baru sahaja dibuka dan beroperasi pada 15 Jun yang lepas iaitu 2 hari sebelum bulan ramadhan yang beralamat di :

Restoran PAPERO Shah Alam
Kondo Acappella, Seksyen 13,
Shah Alam. Selangor Darul Ehsan

Syarikat yang mengendalikan operasi Restoran PAPERO adalah Orient Dam Sdn Bhd.

Ruangan dalam restoran Papero Shah alam

Restoran PAPERO Shah Alam ini mempunyai 2 bahagian untuk pilihan pelanggannya menjamu selera iaitu bahagian tertutup yang berhawa dingin serta mempunyai kerusi berkusyen.

ruang luar restoran papero shah alam

Manakala di bahagian terbuka di bahagian luar restoran pula mempunyai kerusi dan meja kayu sesuai untuk mereka yang inginkan konsep lepak dan santai. Restoran ini boleh memuatkan sehingga 70 orang dalam satu masa dengan kapasiti 45 di dalam dan 25 di luar.

Menu Makanan Restoran PAPERO Shah Alam

Menu utama di Restoran PAPERO Shah Alam ini ialah Pizza, Shawarma (kebab) dan Sandwich. Masakan di Restoran ini di masak oleh chef yang di datangkan khas dari Syria. Namun begitu, pelanggang tidak perlu risau dengan rasa setiap makanan yang disediakan kerana ianya sudah di olah untuk menepati citarasa rakyat kita di Malaysia. Namun begitu ianya masih lagi mengekalkan citarasa sebenar.

Dibawah adalah antara menu makanan yang korang boleh cuba bila datang ke Restoran PAPERO Shah Alam sempena bulan Ramadhan ni.

Havana Pizza Restoran Papero Shah alam

Havanna Pizza

fathayer Roti berinti cheese restoran Papero Shah Alam

Fatayer Roti berinti cheese

Shawarma chicken kebab restoran Papero Shah Alam

Shawarma Chicken Kebab

mexican rice chicken restoran papero shah alam

Mexican Rice Chicken

Grill Chicken Restoran PAPERO shah alam

Grill Chicken

Pizza Rice Restoran Papero Shah Alam

Pizza Rice

Restoran PAPERO Shah Alam dan Sri Petaling juga ada menyediakan khidmat penghantaran terus ke rumah atau pejabat bagi mereka yang tidak sempat untuk datang ke restoran. Jarang kita dengan restoran berkonsepkan makanan arab atau timur tengah ini menyediakan khidmat delivery ni kan?

Untuk pengetahuan korang, khidmat penghantaran ini hanya terhad di kawasan di Shah Alam dan Sri Petaling sahaja. Cas penghantaran adalah antara RM2.00 hingga RM4.00 sahaja bergantung pada jarak lokasi.

Restoran PAPERO juga mempunyai satu lagi jenama sendiri iaitu La Fontana Chocolate & Cafe yang mana ianya beroperasi bersebelahan dengan Restoran PAPERO di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Semua makanan dan minumannya adalah berasaskan Chocolate.

Waktu Operasi Bulan Puasa

Restoran PAPERO / Chocolate & Cafe Sri Petaling Kuala Lumpur
5.30pm – 4.00am
selepas raya : 2.00pm – 2.00am
Tutup Hari Raya Puasa pada Hari Raya Pertama sahaja.

Restoran PAPERO Shah Alam
5.30pm – 12.00am
selepas raya : 4.00pm – 12.00am.
Tutup Hari Raya Puasa selama 5hari raya kecuali ada tempahan.
*landmark: Stadium Shah Alam, Restoran Tupai-Tupai, Hayaki Seksyen 13 dan Dkayangan Steamboat.

Sebarang perubahan akan di maklumkan dari semasa ke semasa di halaman Facebook PAPERO.

Restoran PAPERO Shah Alam juga ada menyediakan perkhidmatan untuk sebarang majlis keraian seperti Hari Jadi, Majlis Ifthar Ramadhan, Open House, Kenduri, Conference dan lain lain.

Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh Layari Facebook untuk dapatkan info menu atau hubungi En. Sheik Ahmad Fakhruddin di talian +6 013-353 0320.

Restoran Papero: PAPERO Facebook
Chocolate & Cafe: La Fontana Chocolate & Cafe
Email: orientdam@gmail.com

Foto oleh: Halim Brothers & ProjekTravel

SKOR LOKALBITE

5.6
  •  
  •  
  •  
  •  

RASA 6/10
 
 

SUASANA 5/10
 
 

PERKHIDMATAN 5/10
 
 

KEBERSIHAN 6/10
 
 

NILAI 6/10
 
 

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas