Konsep All You Can Eat di Steamboat BBQ DKayangan

Steamboat-BBQ-DKayangan-All-You-Can-Eat-Buffet
  • 396
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 30 December 2016 • 396 paparan
oleh Website/Blog

Konsep All You Can Eat di Steamboat BBQ DKayangan | Lambakan restoran yang terletak di Shah Alam sememangnya tidak dinafikan lagi. Tiap kali menjelang hujung bulan, sudah tentu restoran-restoran ini dibanjiri hampir ratusan pengunjung yang ingin menjamu selera.

Namun, tahukah anda, terdapat sebuah restoran yang bukan sahaja penuh setiap hujung bulan malah boleh dikatakan tiap-tiap hari dipenuhi pengunjung yang ingin menjamu selera dalam konsep buffet.

200 Jenis Hidangan Tersedia di Steamboat BBQ DKayangan

Steamboat-BBQ-DKayangan-Flyers

Mana tidaknya, Restoran Steamboat BBQ DKayangan yang terletak di Seksyen 13 ini menyediakan hampir 200 jenis hidangan setiap hari. Biar betul?

Dengan konsep ‘All you can eat’, confirm ada yang tersandar selepas puas menikmati hidangan stimboat dan grill yang cukup enak di sini. Memang rambang mata dibuatnya memilih hidangan yang kelihatan enak-enak diatur cukup kemas dan memudahkan pengunjung.

Rasai Kelazatan Menu Grill di Steamboat BBQ DKayangan

Steamboat-BBQ-DKayangan-All-You-Can-Eat-Buffet

Steamboat BBQ Buffet DKayangan pada asalnya menyediakan masakan secara stimbot. Pengunjung diberi dua pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar.

Kini, anda boleh merasai menu grill yang diperap istimewa dengan campuran cili giling, bawang putih, lada hitam, dan beberapa rempah ratus herba yang lain. Serius terangkat!

Pilihan menu yang tersedia di Steamboat BBQ Buffet DKayangan adalah seperti udang besar, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala, dan banyak lagi.

Pilihan bebola, satur-sayuran segar, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pengunjung. Tidak kurang hebatnya dengan menu grill yang terdapat di sini. Antaranya Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Crusty Crab, Super Prawn, Squidward, dan banyak lagi.

Kambing Golek Setiap Hari Di Steamboat BBQ DKayangan

Steamboat-BBQ-DKayangan-Kambing-Bakar

Pilihan sos yang pastinya membuka selera seperti sos cili pedas, sos cili thai, sos manis, sos bawang putih, sos lada hitam, sos yong tau foo juga turut dibuat sendiri oleh Chef!

Buat peminat kambing, inilah masanya untuk anda menikmati sepuasnya hidangan kambing golek yang cukup mendapat sambutan hangat! Dengan harga berpatutan yang ditawarkan iaitu RM33.00+ bagi dewasa dan RM18.00+ bagi kanak-kanak yang berusia 5 hingga 11 tahun, segalanya seakan berbaloi di Steamboat BBQ Buffet DKayangan!

Sunday Family Day Setiap Ahad di Steamboat BBQ DKayangan

Pada yang tak tahu, setiap hari ahad, Steamboat BBQ Buffet DKayangan membuat tawaran “Sunday Family Day” bermula jam 11 pagi hingga 3 petang di mana harga yang dikenakan adalah RM22.90+ bagi dewasa dan RM9.90 untuk kanak-kanak.

Ha, mana nak dapat harga macam ni? Selain menyediakan ruang makan yang santai, Steamboat BBQ Buffet DKayangan mampu menampung sehingga 400 orang dalam satu masa. Kemudahan surau dan ruang meletak kenderaan juga ada di sini. Selamat menjamu selera!

Steamboat-BBQ-DKayangan-Staff-Headline
Terima Kasih pada staff-staff Steamboat BBQ DKayangan atas layanan mesra anda!

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas