Konsep 3 dalam 1 D’Kayangan Steamboat Shah Alam

Dkayangan Steamboat Shah Alam
  • 686
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 17 February 2016 • 686 paparan
oleh Website/Blog

Buat penggemar steamboat, mesti dah pernah mencuba atau tahu dengan D’Kayangan Steamboat yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam kan? Takpun kalau search #SteamboatShahAlam confirm ramai post gambar dekat D’Kayangan Steamboat.

Baru-baru ni, D’kayangan Steamboat telah melancarkan konsep baru iaitu Konsep 3 dalam 1 iaitu Steamboat + Grill + Pembakar Arang BBQ secara buffet. Finally!

Konsep 3 dalam 1 D’Kayangan Steamboat

Kebanyakkan restoran akan ada antara steamboat sahaja, atau steamboat dan grill, tapi di D’Kayangan Steamboat ni, ada 3 okay ! So no more berebut-rebut siapa nak makan apa dan nak pergi restoran mana.

Sini, boleh celup-celup steamboat dengan tomyam mahupun sup, boleh grill ala-ala seoul garden dan juga BBQ macam di pantai. Haha.

Dkayangan Steamboat Shah Alam

Dkayangan Steamboat Shah Alam

Dkayangan Steamboat Shah Alam

Antara kelainan dan keistimewaan di D’Kayangan Steamboat selain dari konsep 3 dalam 1, ialah hidangan kambing panggang yang dihidangkan setiap hari ! Buat penggemar kambing aka Hantu Kambing, boleh lah melahap di sini ye.

Beroperasi seawal tahun 2010 dan sepanjang tahun beroperasi, restoran ini dah lalui pelbagai transformasi from steamboat to grill and now add on the bbq pit. Menu baru untuk dinikmati cara bbq atas arang ialah menu skewer. Yakni, hidangan perapan yang dicucuk di lidi.

Dkayangan Steamboat Shah Alam

Dkayangan Steamboat Shah Alam

Dkayangan Steamboat Shah Alam

Menu Baru di D’Kayangan Steamboat

Sempena adanya bbq pit untuk para tetamu, kena lah ada menu yang bersesuaian untuk dinikmati smokey-flavour from the charcoal. CHef mereka, Chef Shahnizam, sudah 25 tahun dalam bidang kulinari telah mencipta menu skewer dan antaranya ialah Ayam Skewer Berempah, Daging Skewer Berempah, Daging SKewer Kicap, Sotong Skewer Pedas Cilantro, Ikan Dory Skewer Berempah, Udang Skewer Cilantro Pepper dan banyak lagi.

Trust me, menu skewer depa sangat awesome !

Dkayangan Steamboat Shah Alam

Dkayangan Steamboat Shah Alam

Dkayangan Steamboat Shah Alam

Penggunaan arang dapur ni, tidak memerlukan minyak mahupun marjerin, membuatkan ianya lebih sihat. Eher. Ditambah dengau bau harum barbeku, siapa tak terangkat?

Selain dari skewer, ada menu yang boleh dipanggang iaitu hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya dibalut dalam kertas aluminium (ni favourite TL), Kepak Ayam BBQ (sedap gila!), dan juga produk Icy Monster untuk dessert, ditemani buahan-buahan dan juga asikrim.

Dkayangan Steamboat Shah Alam

Dkayangan Steamboat Shah Alam

Dkayangan Steamboat Shah Alam

Dkayangan Steamboat Shah Alam

Info Tambahan D’Kayangan Steambaot

Harga terbaru yang ditawarkan beserta GST ialah :

Dewasa – RM 40.20
Kanak-kanak (5 hingga 11 tahun) – RM20.05
Add on RM4.90 untuk menikmati menu tambahan yang terbaru.

Untuk tempahan boleh call 012 – 2971091 / 017 – 3277904 / 03 – 55234979

So anda sekalian tunggu apa lagi? Jom la bersteamboat-grill-panggang !

Skor Trilode

7.8

Rasa

8/10

Suasana

7/10

Perkhidmatan

7/10

Kebersihan

8/10

Nilai

9/10

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas