Gula Cakery buat Si Manis

4
  • 750
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 25 January 2016 • 750 paparan
oleh Website/Blog

Kadang-kadang bila banyak sangat kafe-kafe mula menapak di tanah-tanah lapang, adakalanya buat kita rasa macam, eh deme ni takde bisnes lain ke? Sebab bagi TL susah nak cari kafe yang menekankan pada makanan, yang TL perasan kebanyakannya main dengan dekorasi buat tatapan di instagram.

Tak salah pun kalau nak buka kafe, tapi kalau deko vavavom tapi hidangan hanya cantik pada rupa tapi rasanya biasa sahaja. Kecewa bukan? Orang kata, biarlah rasa setanding dengan harga. Maka terserempaklah TL dengan Gula Cakery di Kota Kemuning. Minimalist deko with explosive taste. Exaggerate tak? Hehe.

Gula Cakery at Home

Sebenarnya dah lama TL nak singgah makan sini. Cuma adakalanya tak berkesempatan. Bila da sampai, kek pula habis. Yes, sini kek-keknya cepat habes. Jadi disarankan datang awal.

Gula Cakery

Gula Cakery

Bakeri yang diusahakan ini merupakan bisnes keluarga, dimana bakernya adalah Arieni Ritzal, manakala ibunya pula handle bahagian masakan panas. Menu masakan panas di Gula Cakery berubah ikut hari. Kalau nak tau boleh usha kat instagram diorang. Deko minimalist dan child-friendly ini datang dari idea bernas adiknya pula, Adrien.

Gula Cakery

Gula Cakery

Home cooked meal, scrumptious desserts dan boleh enjoy makan sambil anak kecil play on their own. Mudah bukan?

Kelas Bakeri di Gula Cakery

Buat mereka yang tak boleh duduk diam lihat gambar-gambar kek kat instagram Gula Cakery, why not try baking class dengan mereka. Sambil belajar boleh bawak balik finished product dan makan sepuas hati. Hehe. Hanya serendah RM250, anda boleh belajar resepi-resepi yang disediakan. Lokasi kelas belajar terletak di Ground floor, manakala kafenya terletak di tingkat satu.

Gula Cakery

Gula Cakery

Hidangan di Gula Cakery

TL ambil set promo lunch dengan harga RM19. Dapat hot meals and drinks. Today (Tuesday), menu hot meals antara Mee Kari dan Ayam Masak Merah. I go for the chicken. Nasi dia mungkin kurang sedikit lemaknya, tapi ayam dia perfect. Nasib dapat 2 ketul. Licin bro. Ayam je lah, pinggan tak sebab TL tak suka bawang goreng. Haha.

Gula Cakery

For dessert, TL teringin nak rasa Choux Pastry with Vanilla Cream, sebab yang ini cepat sangat habes. RM3 untuk satu, rasa dia pulak, crunchy on the outside and soft on the inside. Kalau manis sikiiiit je lagi cream tu, TL bg thumbs up!

Gula Cakery

Gula Cakery

Once I did try Creme Brulee Tart, tapi tart shell dia macam underbaked. TL suka garing lagi. But okay je rasa dia. Sedap. But then again, rasa makanan dia semua just nice je, maybe because TL dah cukup manis kowt? Eherherher.

Datang la time lunch untuk dapat makan semua. #DekatJe

Skor Trilode

6.4

Kelebihan

- Ada tempat untuk kanak-kanak bermain
- Baking Class disediakan

Kekurangan

- Kek cepat habis hihi

Rasa

6/10

Suasana

6/10

Perkhidmatan

6/10

Kebersihan

8/10

Nilai

6/10

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas