Gopeng Guesthouse and Cafe kerjasama bersama volunteer

Gopeng-Guesthouse-and-Cafe-12
  • 894
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 6 June 2016 • 894 paparan
oleh Website/Blog

Pertama kali mendengar nama Gopeng Guesthouse and Cafe, rasa macam “Eh, tempat apa ni?” Tu baru dengar, belum tegok lagi. Bila mana tiba-tiba viral plak tempat ni di facebook dan laman sesawang yang lain, dengan video-video serta gambar yang di share, lagi rasa macam, “Aku kena pergi tempat ni”.

Gopeng-Guesthouse-and-Cafe-11

Terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia Perak kerana membawa saya untuk menikmati hidangan serta berkenalan dengan owner Gopeng Guesthouse and Cafe sambil meninjau-ninjau bilik yang disediakan untuk inapan di daerah Gopeng ini.

Gopeng-Guesthouse-and-Cafe-10

Elemen Kampung di Gopeng Guesthouse and Cafe

Menggunakan elemen rumah melayu lama dengan papan-papan kampung original dari rumah tok nenek kita dulu-dulu sepastinya sesuatu yang unik dan mendamaikan, ditambah dengan sedikit kehijauan buat tatapan pengunjung yang hadir. Layanan mesra dari owner dan juga pekerja yang lain membuatkan sesiapa sahaja yang hadir berasa selesa.

Gopeng-Guesthouse-and-Cafe-3

Gopeng Guesthouse and Cafe ini mula beroperasi pada Julai tahun yang lalu, tetapi dalam masa hanya setahun sahaja, namanya sudah mula disebut-sebut oleh semua orang. Lagi-lagi tempat ini sangat popular dikalangan pelancong asing.

Gopeng-Guesthouse-and-Cafe-6

Menu simple Gopeng Guesthouse and Cafe

Hidangan makanan dan minuman di kafe ini sepastinya mengenyangkan dan simple seperti menu signature mereka – NGA Choi Kai a.k.a. Tauge Ayam, Nasi Ayam Tauge dan French Crepes, dimana resipi crepes dibawa khas oleh salah seorang volunteer mereka dari Perancis. Minuman dan hidangan desserts juga tidak kurang hebatnya, boleh cuba aiskrim dan juga Banana Grilled Toast. Sedap !

Gopeng-Guesthouse-and-Cafe-4

Gopeng-Guesthouse-and-Cafe-2

Volunteer di Gopeng Guesthouse and Cafe

Satu perkara yang membuatkan saya rasa sangat amazed adalah terma ‘volunteer’ yang ada di Gopeng Guesthouse and Cafe, dimana sesiapa sahaj abaik local mahupun foreigner boleh menjadi volunteer di guesthouse ini. Macam seronokan bunyi dia? Tempat tinggal serta makan diberikan sebagai pertukaran untuk tolong-tolong di cafe dan juga di tempat-tempat lain yang diorganize oleh Gopeng Guesthouse and Cafe. Syarat untuk jadi volunteer ialah anda kena stay 1 bulan minima untuk join bervolunteer. Kira win-win situation la kan. Hehe.

Gopeng-Guesthouse-and-Cafe-5

Gopeng-Guesthouse-and-Cafe

Owner, Siti Hajar Bt Mohamad Taher, 28, sangat suka untuk mengembara keliling dunia dan pernah juga menjadi seorang pensyarah pada suatu ketika, membuatkan beliau mempunyai perasaan untuk ‘give it back’ lantas terhasilnya Gopeng Guesthouse and Cafe ini. Minat travel dibawa ke mari dan elemen pesyarah dalam diri belaiu disalurkan dalam aktiviti seperti Kelas Berbahasa Inggeris Percuma buat anak-anak kecil, serta kelas seni, gardening dan juga kelas mengaji Iqra’ percuma. This is really a good way to give it all back to the society.

Gopeng-Guesthouse-and-Cafe-1

Projek “My Kampung” Gopeng Guesthouse and Cafe

Selain dari mengendalikan tempat inap dan kafe di tingkat bawah, mereka juga mempunya beberapa aktiviti lain yang pengunjung boleh lakukan. Antaranya untuk aktiviti lasak, boleh join Radak Adventure dimana anda boleh pilih untuk whitewater rafting, waterfall abseiling, cave exploration, trekking, river tubing dan banyak lagi. Mereka juga mempunyai pakej camping yang dipanggil Riverside Camping.

Jadi tunggu apa lagi? Moh le kite ke Gopeng !

Gopeng Guesthouse and Cafe
10A BWH DT (HS/11/5)
Jalan Sg. Itek,
31600 Gopeng
Ipoh, Perak
Mobile : +60 19-375 0833

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas