D’Kayangan Steamboat & BBQ Seksyen 13 Shah Alam

dkayangan steamboat dan bbq seksyen 13 shah alam
  • 730
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 11 September 2015 • 730 paparan
oleh Website/Blog

D’Kayangan Steamboat yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam menyediakan pelbagai menu steamboat dan BBQ yang disediakan antaranya seperti makanan laut seperti ketam, udang segar, potongan ikan, filet, ayam, kupang, tiram, kerang, kepah dan banyak lagi. Pencuci mulut dan makanan sampingan juga turut disediakan seperti buah-buahan, aneka kek, aiskrim dan ais batu campur (ABC), nasi goreng, bihun, kentang goreng dan sebagainya.

Antara landmark yang anda boleh cari adalah MSU, PTPTN, dan Acapella Servis Apartment. Ia terletak berhadapan dengan Restoran Tupai-Tupai dan bersebelahan dengan Restoran Hayaki.

makan di dkayangan steamboat dan bbq seksyen 13 shah alam

D’Kayangan Steamboat

D’Kayangan Steamboat memang lokasi makan steamboat yang popular kat Shah Alam. D’Kayangan Steamboat juga pernah masuk dalam program TV Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Selalunya memang penuh kalau waktu malam dan terutamanya pada waktu malam minggu atau cuti. Kalau nak datang memang kena booking awal-awal.

PAKEJ ALL YOU CAN EAT (Set 1)

Sizziling Grill + Steamboat + Kambing Panggang + Masakan Panas
+ Buah + Dessert + Air Sejuk + Teh Tarik
Harga Dewasa : RM33 seorang
Harga Kanak2 (5-12tahun) : RM17 seorang

makan-makan di dkayangan steamboat bbq shah alam

D’Kayangan Steamboat memang lokasi makan yang sesuai untuk mereka yang berkeluarga. Ia Dibahagikan kepada ruang dalam dan luar. Best kalau anda nak rasa suasana di luar. Pada yang belum pernah datang, boleh lah buat perancangan untuk datang makan disini. Kompem anda puas hati. Dinasihatkan booking dahulu sebelum datang, kalau tak memang payah nak dapat meja kosong.

dkayangan steamboat dan bbq seksyen 13 shah alam

Kalau anda nak tahu, konsep restoran ini ialah grill, stim, BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet. Antara keistimewaan disini adalah sup tomyam, sup ayam, sos BBQ dan kambing panggang. Kambing panggang ni anda perlu cepat ambil kalau tak memang tak merasa la jawab ya.

Selain dari itu juga terdapat pelbagai makanan pencuci mulut yang disediakan yang diantaranya seperti ais krim, kek dan pelbagai lagi.

Antara kemudahan yang ada D’Kayangan Steamboat adalah tandas dan surau. Jadi tak perlu risau jika anda ingin menunaikan solat.

Kalau anda nak kesini anda boleh ambil alamat dibawah dan call nombor dibawah untuk booking.

D’Kayangan Steamboat & BBQ
Sri Acapella Servis Appartment,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M,
Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-5523 4979
Facebook: Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan
Instagram: @dkayangansteamboat

SKOR TRILODE

4.6
  •  
  •  
  •  
  •  

RASA 5/10
 
 

SUASANA 3/10
 
 

PERKHIDMATAN 4/10
 
 

KEBERSIHAN 5/10
 
 

NILAI 6/10
 
 

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas