Calanthe Art Cafe Dengan 13 Jenis Kopi

16
  • 761
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 7 October 2015 • 761 paparan
oleh Website/Blog

Calanthe Art Café yang terletak di tengah-tengah Jonker Street, sepastinya lokasi yang sesuai buat menikmati secawan kopi dan semangkuk laksa. Buat yang tidak biasa dengan tempat ini, boleh bertanya di kedai-kedai berdekatan kerana kalau ikut waze memang salah. Trust me, TL jalan kaki siap sesat sebab pinpoint waze salah.

1

5

Bila cari kafe ni, mula-mula macam susah sebab tak jumpa signage dia, tapi cuba cari kedai yang memang banyak pokok-pokok menjalar, dan papan tanda “13 states of coffee” kalau tak salah TL.

14

Dekorasi Calanthe Art Café yang unik

Kerana tiada satu pun yang serupa. Takde lah semua, tapi sekiranya anda berpeluang untuk datang ke kafe ini, anda akan perasan kerusi meja mereka berlainan jenis tak kira disudut belakang, tepi, depan, mahupun luar.

15

13

8

Ditambah dengan dekorasi yang bagi sesetengah mungkin agak serabut, tapi kalau dilihat dari segi pandangan lain, ia secara tidak langsung akan memberikan suasana yang tenang buat pengunjung untuk menikmati hidangan yang disajikan. Sekali pandang macam dalam hutan, disudut lain pula macam dirumah kampung, ada juga seperti kedai kopitiam.

7

6

2

3

Hidangan Kopi 13 Negeri di Calanthe Art Cafe

Di Calanthe Art Café, mereka menghidangkan 13 jenis kopi dari 13 negeri. Pengunjung boleh pilih nak yang strong, middle or light. Memandangkan TL bukanlah kaki tegar kopi, TL pilih yang middle, mengikut kepada akak waiter, akak tu cadangkan kopi Melaka, which contains 70% of beans, 30% of sugar, salt and margarine. Masa dengar margarine mula-mula macam terkejut gak, tapi bukan dia letak margarine dalam kopi ye. Margarine tu digunakan dalam proses roasting the beans.

4

12

11

Kalau ikutkan review orang ramai, menu yang patut dicuba di Calanthe Art Café ni ialah Butter Chicken, tapi sebabkan TL pertama kali datang, semua menu yang TL dapat adalah atas pilihan akak waiter kat sini. Jadi dapat lah rasa Calanthe Laksa, a bit seperti Mee Kari, tapi lagi sedap! Kuah lemak santan bersama tauhu, fishcake dan taugeh.

10

9

Minuman tak cukup satu, kena ada dua. Panas dan sejuk, jadi yang sejuk TL dapat Cucumber Lime Ice Crush – bila dengar timun terus rasa macam erkk, tapi bila dapat minuman ni macam epal asam boi tapi lagi refreshing. Terus rasa segar dan berselera nak makan laksa. Since travel seorang ni, bila berbelanja tentang makanan, takde siapa nak judge so balun semuanya. Hehe. Sekali sekala, korang boleh lah cuba untuk travel solo. You’ll learn something along the way.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas