Cake Jalan Tiung Hidang Variasi Kek Yang Sedap

cake
  • 831
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 17 September 2015 • 831 paparan
oleh Website/Blog

Cake Jalan Tiung.  Sebut sahaja nama Cake Jalan Tiung, sudah semestinya semua tahu akan kewujudan mereka sejak dari Bukit Robinson lagi. Waktu itu, antara hidangan yang popular ialah Kek Red Velvet dan Root Beer Cupcakes.

7

Perkara Menarik tentang Cake Jalan Tiung

Di Cake Jalan Tiung, mereka banyak menggunakan idea kreatif mereka untuk mencipta pelbagai jenis kek dan cupcakes, mahupun biskut beserta brownies. Setiap hari ada sahaja menu yang berlainan di Cake Jalan Tiung. Sudah pasti membuatkan pelanggan untuk hadir dan menikmati juad ayang disediakan untuk hari tersebut.

2

Kek-kek di Cake Jalan Tiung bervariasi dari segi flavour dan juga hiasan. Ada coffee cake, chocolate cake, apple cake, carrot cake dan banyak lagi. Yang membuatkan kek di sini menarik perhatian ramai adalah dengan nama catchy yang diberikan. Sebagai contoh, Christiung Applegate ialah kek epal yang lembut dan gebu, dihidang bersama cream cheese frosting, apple crumbs dan di-drizzle-kan dengan salted caramel. Yumm!

3

Satu lagi contoh kek di Cake Jalan Tiung ialah Better Latte Than Never, yakni kek berperisa coklat dan kopi. Dan juga yang paling unik di Cake Jalan Tiung yang pernah team TL makan ialah Taufeefah Cheesecake. Tekstur selembut taufu dengan perasa kelapa, ternyata sangat menyegarkan. Kek yang paling disarankan untuk dicuba di Cake Jalan Tiung.

5

Eksperimen mereka tidak berhenti di situ, Cake Jalan Tiung juga menyediakan Gula Melaka dan Kelapa marshmallow. Ye marshmallow kawan-kawan. Serendah RM4 anda dahboleh menikmati hidangan kreatif mereka.

8

9

Dekorasi yang sederhana dengan menggunakan perabut dari LAIN & Fine Grit Studio nyata sangat sesuai untuk kafe sebegini. Simple yet chic.

Cold Press Juice dan Artisan Kopi dari Porto Alegre Brazil di Cake Jalan Tiung

10

6

11

Setiap hari ada sahaja menu berlainan buat Cold Press Juices yang disediakan buat membasahakan tekak serta kopi untuk dinikmati bersama kek mahupun biskut. Jus-jus mereka adalah gabungan buah-buahan segar dan dihidangkan sejuk.

Antaranya di Cake Jalan Tiung ialah gabungan tembikai dan nenas, tembikai dan ubi bit, dan banyak lagi. Jangan lupa untuk mencuba kopi hidangan Cake Jalan Tiung. Kopi dan kek merupakan kombinasi yang hebat.

Cake Jalan Tiung special order

1

Di Cake Jalan Tiung, mereka juga mengambil tempahan untuk membuat kek. Mahu besar ataupun kecil, coklat, kopi, epal, atau apa sahaja perisa kek, anda hanya perlu whatsapp 2 minggu sebelum untuk menempah kek. Jadi tunggu apa lagi?

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas