Cafe Lapis KL dengan hidangan berlapis

12
  • 729
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 23 November 2015 • 729 paparan
oleh Website/Blog

Cafe Lapis KL – Lokasi yang tersorok di Wangsa Maju sepastinya menjanjikan sesuatu yang sangat enak buat para pengunjung. Sudah bertapak lebih dari 2 tahun, kafe ini sudah pun mempunyai regular customer yang sering hadir ke sini buat memenuhi kenginan perut berkeroncong mereka.

Inspirasi Café Lapis KL

11

12

14

Mengikut kepada Syed Ibrahim, owner kafe ini, inspirasi untuk membuka kafe datang dari hati dan juga perut. Ehehe, maksud di sini ialah sokongan keluarga dan juga minat terhadap masakan dan juga kopi, memnguatkan lagi niat Encik Syed Ibrahim untuk membuka sebuah kafe.

Lokasi Wangsa Maju dipilih kerana beliau melihat, tiada lagi kafe-kafe disekitar kawasan ini pada waktu itu, menjadikan ianya satu lokasi yang amat strategik untuk membuka perniagaan berlandaskan food & beverages ini.

Kisah Batu Biru Cafe Lapis KL

TL ada bertanya kenapa nama kafe ini Café Lapis? Kalau ikutkan kepada pemikiran orang biasa, mungkin kedai ini menghidangkan kuih lapis yang unik ataupun kedainya berwarna seakan kuih lapis. Tidak ye kawan-kawan. Nama Lapis itu sendiri datangnya dari satu Persian Blue Stone yang dipanggil Lapis Lazuli, terdapat di kawasan Tanah Arab. Batu biru berkilau bak bintang ini, kalau dilihat secara dekat memang mempunyai bebrapa lapisan didalamnya, dan ternyata sangat cantik.

10

Batu Lapis Lazuli ini dikatakan, makin lama kita jaga, makin cantik. Itu juga harapan owner terhadap kafe ini, agar lebih lama boleh stay dalam perniagaan makanan ini. Lapis dalam bahasa Latin adalah ‘Batu’, dimana Lazuli dalam bahasa Arab adalah ‘Biru’, maka directnya adalah Batu Biru. Kalau nak guna nama Batu Biru untuk kafe macam errrr, maka jadilah Café Lapis dan nama wifi mereka LapisLazuli. Hehe. Sebab tu kalau anda perasan, di kafe ini akan ada a hint of blue. Hasil dari idea kreatif isteri dan juga kakak ipar Encik Syed Ibrahim.

9

8

Konsep ini digunakan untuk kafe dalam erti kata diversity of culture dan juga kelainan makanan. Diversity in culture means that, kafe ini boleh diterima oleh semua orang dan makanan pula mereka buat from scratch dan pada setiap 3 bulan, pihak Café Lapis akan mencipta menu baru untuk dicuba pengunjung. Okay lah, takde lah bosan asyik menu sama je kan?

Menu berlapis di Cafe Lapis

Ingat ye, bukan kuih lapis. Di sini makanan yang dihidangkan kalau dilihat dalam menu, ada sedikit kelainan dari menu-menu kafe lain yang pernah TL pergi. Menu mereka tiada yang spesifik, maksudnya kalau Italian, Italian je semua. Tidak. Anda akan dapat ada Moroccan juga ye. Meh TL belanja menu yang TL makan bersama teman hari itu.

1
Aglio E Olio – RM16
Spagethi Aglio E Olio dihidangkan bersama udang ini sangat sedap dan tidka terlalu berat.

4
Moroccan Meatballs Pasta – RM16
Home-made meatballs yang menjadi salah satu favourite menu buat pengunjung yang datang. Kalau search kat foursquare, menu ni yang paling banyak disebut.

3
Merguez Pot – RM18
Roti baguette dihidangkan bersama tomato based mutton stew, bersama rempah ras el hanout dan juga poached egg. Ataupun untuk mudah difahami, baked eggs. Hehe. Yang ini menu paling TL suka!

5
French Onion Soup – RM10

2
Chips and Dips – RM8

6
Cheese Toasties – RM10

15

7

Apakata singgah sana for today’s lunch?

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas