Bukan Kek Biasa Di Cake Jalan Tiung

Cake-Jalan-Tiung-Takeaway
  • 661
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 30 June 2016 • 661 paparan
oleh Website/Blog

Cake Jalan Tiung | “Deliciously good looking” itulah gambaran yang paling tepat untuk setiap kek dan manisan di Cake Jalan Tiung yang terletak di seksyen 9 Shah Alam ini. Setiap kek ataupun manisan disini mempunyai sentuhan khas oleh head baker dan pemilik café tersebut, Syafinaz, beliau yang bertanggung jawab untuk resipi dan mencari menu baru untuk Cake Jalan Tiung.

Cake-Jalan-Tiung-Owner

Cake-Jalan-Tiung-Cakes

Menu-menunya ringkas tetapi mempunyai suntikan yang luar biasa. Sering mencuba resipi dan teknik baru, Syafinaz dan Hidzad ingin memberi kelainan kepada pengunjung yang hadir. Membuat eksperimen terhadap bahan-bahan yang digunakan sama ada sesuai ataupun tidak, dimana kekurangan dan apa yang perlu diperbaiki demi menjamin kualiti setiap kek dan manisan yang keluar daripada dapur mereka.

Cake-Jalan-Tiung-4c-Cookies

Cake-Jalan-Tiung-Oreo-Cake

Cake-Jalan-Tiung-Chocolate-Cake

Bagi yang ‘sweet tooth’ mereka pasti akan mencuba setiap hidangan yang ada disini, it will satisfy your cravings! Di Cake Jalan Tiung mereka mempunyai nama-nama kek yang unik dan kreatif sesuai untuk menjadi caption gambar kek mereka di social media.

Cake-Jalan-Tiung-Cafe

Cake-Jalan-Tiung-Berry-Sue-Pavlova

Antara kek dan manisan yang paling laris dan terkenal di Cake Jalan Tiung ialah Bella Nuttela, Berry Sue Pavlova, Salted Caramel & Choc, Cookie Monster dan 4C cookies yang dihidang bersama susu. Di sini juga mereka menggunakan bahan-bahan segar dan yang berkualiti untuk menjamin mutu rasa kesemua kek mereka.

Cake-Jalan-Tiung-Deco

Kini Cake Jalan Tiung mempunyai dua cawangan, satu terletak di Seksyen 9 Shah Alam dan satu lagi di Menara NAZA TTDI, menurut Hidzad mereka becadang untuk membuka sebuah center kitchen dimana semua urusan baking akan dibuat dan dimasak disitu. Perkara ini akan memudahkan lagi urusan persiapan kek serta memudahkan mereka untuk menerima lebih banyak tempahan tempahan kek untuk majlis perkahwinan dan sebagainya.

Cake Jalan Tiung
Ground Floor, Menara NAZA TTDI,
No. 11,, Jalan Judo 13/45,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor, Malaysia
Phone:+60 12-951 2887

Cake Jalan Tiung
31M, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J,
Section 9, Shah Alam
Phone :+60 12-445 4230

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas