3 Bahan Ini Boleh Bertukar Menjadi Dessert Yang Lazat

tepung-gandum
  • 733
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 22 June 2015 • 733 paparan
oleh Website/Blog

Tidak tahu masak bukan masalah. Malas ya. Gabungkan keduanya anda dapat resipi ringkas tiga bahan.

 

Telur + Tepung + Nutella = Brownies!

 

collage_20150622222730037

Bahan-bahan:

  • 1 1/4 cawan Nutella
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan Tepung

 

Cara penyediaan:

1. Sembur sedikit cooking spray atau sapu mentega pada baking pan 9×9.

2. Gaul sebati bahan-bahan tadi dan tuangkan ke dalam loyang pembakar ini.

3. Panaskan oven pada suhu 175 degree (bergantung kepada oven anda).

4. Bakar selama 15 minit. Atau cucuk lidi ke dalam kek agar. Jika tiada kek yang melekat maka sudah sedia.

5. Jangan bakar terlalu lama, nanti brownies anda akan kering dan kurang sedap. Macam biasa, biarkan sejuk baru potong. Jangan gelojoh, eheh!

 

Peanut Butter + Gula + Telur = PB Cookies!

 

collage_20150622223125233

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan peanut butter
  • 1 biji telur

 

Cara penyediaan:

1. Panaskan oven pada 175 darjah celcius.

2. Gaul sebati bahan-bahan tadi dan uli bentuk bola. Bakar selama 12 minit.

3. Rehatkan 1-2 minit sebelum hidang tau. Ya itu sahaja.

 

Follow kami di www.facebook.com/trilode dan instagram @trilodeofficial.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas