Billionaires Concept Cuisine Western Food Halal Di Melaka

menu makanan di Billionaires Concept Cuisine melaka
  • 2,079
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 19 September 2015 • 2,079 paparan
oleh Website/Blog

Billionaires Concept Cuisine sebuah restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan barat dimana ia diusahakan oleh 100% bumiputera beragama islam dan ianya juga merupakan antara restoran western halal yang ada di melaka.

Gambar oleh: Kaio Studio

Bila sebut sahaja Negeri Melaka pasti kita akan terbayangkan kesan dan monumen tinggalan sejarah yang menjadi tarikan pelancong tempatan dan pelancong dari luar negara. Manakala makanan yang menjadi tarikan di Negeri Melaka pula adalah Asam Pedas yang pasti membuatkan ramai diantara kita kecur air luar. Ada yang sanggup datang dari jauh untuk merasa Asam Pedas asli di Negeri Melaka.

Walaupun Negeri Melaka sentiasa menjadi tarikan masakan Asam Pedas namun kali ni kami di Trilode nak bawakan sesuatu yang berbeza buat anda. Jika di kawasan bandaraya seperti Kuala Lumpur memang mudah untuk kita cari Restoran Western yang halal namun di Negeri Melaka ianya tidak mudah. Jika anda berpeluang ke Negeri Melaka terutamanya Melaka Sentral jangan lupa singgah sebentar di Billionaire’s Concept Cuisine yang menyediakan pelbagai masakan barat yang boleh anda nikmati.

Billionaires Concept Cuisine

Billionaire’s Concept Cuisine melaka

Billionaires Concept Cuisine merupakan sebuah restoran yang menyediakan makanan barat dimana makanan ini diusahakan oleh 100% bumiputera beragama islam. Restoran ini merupakan hasil perkongsian beberapa orang anak muda hebat bertujuan untuk menyajikan makanan western halal di Melaka.

Sepertimana yang kita tahu, definisi Halal itu bukan hanya dari segi jenis daging sahaja, ia juga meliputi seluruh aspek termasuklah cara peyembelihan, cara penyediaan makanan tersebut dan banyak lagi.

dekorasi perabot di restoran Billionaires Concept Cuisine melaka

Billionaires Concept Cuisine sentiasa memastikan daging yang segar dan terbaik untuk disajikan kepada pelanggan-pelanggannya. Jika anda datang kesini pasti anda akan teruja dengan konsep dekorasi restoran ini yang berkonsepkan Hipster. Konsep restoran atau cafe Hipster menjadi trend masa kini dimana ramai pengusaha yang menggunakan konsep ini kerana ianya Simple, Minimalis dan Unik.

Restoran Billionaires Concept Cuisine juga menggunakan bahan-bahan terbuang untuk dekorasi restorannya seperti bangku dan meja lama tetapi diolah dan diperbaiki secara kreatif supaya nampak lebih menarik dan apa yang dihasilkan juga memang kena dengan konsep restoran ini.

lukisan mural di Billionaires Concept Cuisine

Jika anda kesini juga anda akan dapat lihat mural lukisan pemain bola lagenda Malaysia Mokhtar Dahari, bekas perdana menteri Malaysia ke-4 Tun Dr. Mahathir dan lagenda seni tanah air P.Ramlee di dinding pasti mengamit memori atas jasa dan sumbangan tidak ternilai harganya yang telah diberikan kepada negara.

Pelanggan yang kesini juga memilih sama ada ingin duduk di ruangan tertutup yang berhawa dingin atau di ruangan terbuka. Bagi mereka yang perlukan internet, anda tidak perlu risau kerana disini ada menyediakan Wifi percuma kepada semua pelanggan mereka. Oleh kerana itu, restoran ini juga sangat sesuai untuk urusan perniagaan atau mesyuarat bersama client.

Menu Makanan Di Billionaires Concept Cuisine

Ketika kami kesini kami telah mencuba beberapa menu makanan yang disediakan oleh Billionaires Concept Cuisine dan mungkin anda juga boleh mencuba menu makanan yang telah kami cuba. Bagi yang gemarkan makanan barat restoran ini amat sesuai untuk anda dan harganya juga sangat sedap dan berpatutan. Makanannya juga dijamin halal. Jadi anda tidak perlu risau jika makan disini.

coffee Di Billionaires Concept Cuisine melaka

Disini terdapat pelbagai pilihan minuman panas seperti coffee dan coklat panas yang sentiasa menjadi pilihan bagi pelanggan tetap mereka. Jika anda merupakan salah seorang kaki coffee, anda harus datang dan mencubanya.

minuman di Billionaires Concept Cuisine melaka

Selain dari pilihan minuman panas, mereka juga ada menyediakan minuman sejuk seperti Caramel Macchiato Iced, Cafe Mocha Iced, Lychee Rasberry dan beberapa minuman sejuk lain. Pilihan semua di tangan anda, sama ada dari minuman coffee atau sebaliknya.

menu makanan di Billionaires Concept Cuisine melaka

Manakala bagi menu makanan barat yang anda boleh cuba di Billionaires Concept Cuisine adalah chicken chop, ayam dan daging grill, chicken wing, pasta, makanan ringan dan banyak lagi yang pasti memenuhi citarasa anda. dibawah antara menu makanan yang telah kami cuba.

pasta seafood aglio olio Billionaires Concept Cuisine melaka

Pasta Seafood Aglio Olio

Hong Kong Tenderloin Steak Billionaires Concept Cuisine

Hong Kong Tenderloin Steak

Moscow Mixed Grill

Moscow Mixed Grill

Royal Mushroom Soup

Royal Mushroom Soup

Diatas adalah antara menu makanan yang kami cuba ketika kesini. Rasanya memang sedap dan memenuhi citarasa kami. Ini kerana kebanyakan dari menu mereka adalah homemade dan ada kelainannya berbanding makanan western yang ada di luar sana.

ice-cream di Billionaires Concept Cuisine

Bagi pencuci mulut pula anda boleh cuba ice-cream yang merupakan keistimewaan dan salah satu tarikan di restoran ini. Ianya adalah ice-cream homemade yang disediakan dengan resepi sendiri. Rasanya juga lain dari yang lain. Anda harus cuba ice-cream ini jika kesini. Kami berpeluang untuk rasai sendiri 2 jenis ice cream yang cukup popular di sini iaitu Honey Bae dan Caramel Sutra.

__________

Secara keseluruhannya kami di Trilode amat berpuas hati dengan layanan dan sajian yang disediakan kerana ianya amat memenuhi citarasa kami. Suasananya juga sangat best. Boleh dikatakan Billionaires Concept Cuisine adalah lokasi yang sesuai untuk lepak-lepak bersama sahabat atau keluarga. Anda juga boleh buat pelbagai aktiviti disini seperti sambutan hari jadi, mesyuarat perniagaan, pelancaran produk dan sebagainya.

Bagi anda yang tinggal di Melaka tu apa kata anda cuba datang ke Billionaires Concept Cuisine yang terletak di Melaka Sentral berdekatan dengan AEON Bandaraya Melaka untuk mencuba sendiri menu makanan barat mereka.

Billionaire’s Concept Cuisine
8-1, Jalan Lagenda 6,
Taman 1 Lagenda,
75400, Melaka.
Tel: 013-201 8282
Facebook : BillionairesConceptCuisine
Instagram: @BillionairesConceptCuisine / @GrindShack

Waktu Operasi: Setiap hari 12pm – 12am

Skor Trilode

6.6

Kelebihan

- Surau dan WiFi disediakan
- Cafe yang selesa
- Banyak tempat duduk dan ada ruang privasi

Kekurangan

- Kurang hiasan pada dinding
- Tidak banyak pilihan menu

Rasa

8/10

Suasana

6/10

Perkhidmatan

6/10

Kebersihan

6/10

Nilai

7/10

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas