Asam Pedas Melaka Che Ad Serius Memang Power

resepi asam pedas melaka che ad
  • 638
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 11 September 2015 • 638 paparan
oleh Website/Blog

Asam Pedas merupakan masakan yang popular di Negeri Melaka dan ada yang sanggup ke Negeri Melaka semata-mata untuk merasa Asam Pedas asli.

Baru-baru ni ketika menyertai siri Kembara Cuti-Cuti 1Malaysia ke Negeri Melaka, kami berpeluang untuk merasa masakan Asam Pedas yang memang power, cukup rasa dan membuatkan kami nak tambah 2 kali. Ikutkan pada hari pertama kami dan rakan-rakan media dah dihidangkan dengan masakan Asam Pedas ni tapi tidaklah sepower masakan yang disediakan oleh Che Ad.

Masakan Asam Pedas Melaka Che Ad

resepi asam pedas melaka che ad

Che Ad yang juga merupakan pengusaha Homestay “Homestay Che Ad” yang terletak di Kampung Pulai, Merlimau Melaka. Che Ad adalah seorang yang peramah dan gemar berpantun. Kedatangan kami dan rakan-rakan media disambut mesra oleh Che Ad dan ketika makan tengah hari di restoran kepunyaan Che Ad memang riuh rendah dengan pantun daripada Che Ad yang sentiasa mencuit hati kami semua.

Ketika mula-mula sampai ke sini untuk makan tengah hari selepas tengok pembuatan kompang, hati kami berkata “Asam Pedas lagi”. Tapi asam pedas kali ni kelihatan agak pekat kuahnya dan terdapat juga gulai ayam yang juga merupakan kegemaran kami. Bila waktu makan memang terasa Asam Pedas yang secukup rasa. Memang sedap dan memang power!!!

Resepi Asam Pedas Melaka Che Ad

asam pedas melaka che ad

Selesai sahaja makan tengah hari, kami dan rakan media diajak untuk melihat demo masakan. Ternyata Che Ad tidak kedekut untuk berkongsi resepi beliau. Che Ad juga ada menjual pes Asam Pedas Melaka segera bagi mereka yang ingin memasak Asam Pedas ini.

demo masakan asam pedas melaka oleh che ad

Bahan-Bahan :

  • 2 camca Minyak Masak
  • 5 keping Ikan Tenggiri
  • 100gram Bendi
  • 500ml Air Asam Jawa
  • 5 helai Daun Limau Purut
  • 20 biji Cili Kering
  • 8 biji Bawang Merah
  • 3 biji Bawang Putih
  • 3cm Halia
  • 1cm Kunyit Hidup
  • 2 batang Serai
  • Garam secukup rasa

Cara memasak :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar halus sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan serai yang dititik dan masak lagi buat seketika.
  3. Masukkan Ikan bersama Air Asam Jawa.
  4. Apabila telah mendidih, masukkan pula daun limau purut dan garam.

Bagi yang berminat untuk mencuba Asam Pedas Melaka Che Ad ini bolehlah datang ke alamat dibawah dan cuba sendiri Asam Pedas beliau. Anda pasti setuju dengn pendapat kami.

Homestay Che Ad
5395, Km 16, Kg Pulai, 77300, Merlimau, Melaka.
Tel : 017- 683 2162/ 014- 713 2168

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas