ABC Three Layer Ikan Bakar Kukup Kota Bharu

k
  • 1,102
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 2 September 2015 • 1,102 paparan
oleh Website/Blog

ABC Three Layer Ikan Bakar Kukup. Dah macam Teh Tarik Three Layer dah bunyinya. Adakah sedapnya sama seperti Teh Tarik? Haa, ni yang nak habaq mai ni. Lokasi ABC Three Layer Ikan Bakar Kukup ni terletak di Jalan Dusun Muda, Kota Bahru, Kelate. If dari Wisma Persekutuan, sila ambil jalan yang menghala ke Kg Langgar, sebelah kiri anda akan lihat signboard kedai Ikan Bakar Kukup. If you pass Petronas Station, you’ve gone too far.

ABC Three Layer yang penuh dengan warna

Sedap betul kalau dapat basahkan tekak dengan ABC Three layer ni. ABC Three layer sini maksudnya ada 3 perisa yang digunakan antaranya ialah pandan (hijau), jagung (kuning) dan sirap (merah). Nak aiskrim sekali? Boleh je. Order cenggini, “Abe, bagi ABC special so! Buat molek deh.” Hehe. Hanya RM4.50 je semangkuk.

Melihat sahaja pada ABC Three Layer ni, sudah pasti menjadi bualan ramai kalau di Kelantan. Dingin ais ditambah dengan warna-warna yang ceria, bukan shaja kanak-kanak yang akan suka, tapi orang dewasa pun tak lari dari menjamu dessert ini.

IMG-20150901-WA0012

Kalau ikutkan kepada restoran Ikan Bakar Kukup, selain dari ABC Three layer ni, sememangnya yang famous adalah makanan seafood. Ikan bakar kat sini memang win di Kelantan. Ramai menyatakan, walaupun harga ada sedikit mahal, tapi untuk menjamin kepuasan pelanggan, apalah salahnya bayar lebih kan?

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas