Hotel Review : Park Avenue Hotel Sungai Petani Kedah

Park-Avenue-Hotel-Sungai-Petani-Kedah-5
  • 409
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 25 April 2016 • 409 paparan
oleh Website/Blog

Park Avenue Hotel Sungai Petani Kedah | Beberapa minggu lepas team Trilode berpeluang untuk menginap di salah satu hotel di daerah Sungai Petani, Kedah. Hotel dibawah naungan UG Hotel Property Sdn. Bhd. ni hanyalah 10 minit sahaja dari Stesen Keretapi Sungai Petani dan Penang International Airport.

Dengan kapasiti 205 bilangan bilik dan suites, pastinya dapat memenuhi keperluan dan juga keselesaan buat pelancong dan juga yang datang atas dasar perniagaan.

Penginapan di Park Avenue Hotel Sungai Petani Kedah

Park-Avenue-Hotel-Sungai-Petani-Kedah-1

Park-Avenue-Hotel-Sungai-Petani-Kedah-3

Park-Avenue-Hotel-Sungai-Petani-Kedah-2

Park-Avenue-Hotel-Sungai-Petani-Kedah-2016

Park-Avenue-Hotel-Kedah

Park-Avenue-Hotel-Kedah-2016

Ketika menginap di Park Avenue Hotel,TL diberikan bilik Superior Deluxe. Satu katil Queen saiz, tab mandi, wifi internet, bahagian kaunter kecil dilengkapi dengan bar mini dan pembancuh kopi / teh, beserta kemudahan seterika dan peti deposit keselamatan juga disediakan. Terdapat juga flat screen tv dan disarankan untuk membawa extra extension plug kerana plug point hanya ada satu sahaja disebelah TV.

Kemudahan lain di Park Avenue Hotel Sungai Petani Kedah

Park-Avenue-Hotel-Sungai-Petani-Kedah

Bilik-Seminar-Sungai-Petani-Kedah

Dewan-Kahwin-Park-Avenue-Hotel

Selain inapan yang selesa, terdapat juga kolam renang untuk seisi keluarga beriadah, bilik-bilik seminar dan juga Spa & Massage buat mereka yang inginkan sedikit masa untuk me-rileks-kan diri memasing. Ada juga dewan untuk mereka yang ingin membuat majlis perkahwinan di Park Avenue Hotel Sungai Petani Kedah.

Pusat-Bowling-Park-Avenue-Hotel-Sungai-Petani

Nak lagi best, dekat sebelah Park Avenue Hotel ni ada satu pusat bowling besar yang dipanggil Pusat Bowling Sejati. Haaa agak-agak kalau tak tahu nak buat apa malam-malam, boleh lah ajak family mahupun teman untuk meluangkan masa berbowling di bangunan sebelah.

Park-Avenue-Hotel-Sungai-Petani-Kedah-4

Park Avenue Hotel
E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah,
08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia.
Tel : 04-431 7777 Fax : 04-431 8777
Email: general@parkavenue.com.my

Untuk makluman lanjut boleh klik sini

Skor Trilode

6.8

Kelebihan

- Berdekatan dengan Pusat Bowling dan kedai makan
- Mempunyai kolam renang yang besar

Kekurangan

- Jumlah plug point yang kurang
- Disarankan membawa extension plug

Bilik

7/10

Kemudahan

7/10

Perkhidmatan

6/10

Makanan

7/10

Nilai

7/10

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas