6 Laman Web Online Cari Hotel Murah Di Seluruh Dunia

expedia laman web carian hotel
  • 1,151
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 11 September 2015 • 1,151 paparan
oleh Website/Blog

Melancong ke negara orang sering menjadi impian untuk setiap insan lebih-lebih lagi yang mempunyai hobi melancong ni pasti setiap bulan mereka akan melancong sama ada didalam negeri dan juga luar negara.

Namun yang demikian, melancong memerlukan kewangan yang besar dan masa yang banyak dan oleh yang demikian maka ramai yang terpaksa melupakan impian ini. Melancong bukan sahaja difikirkan mengenai bajet tiket kapal terbang, belanja harian malahan kos penginapan juga perlu diambil kira. Lebih lama kita bercuti maka lebih tinggi kos penginapan yang perlu difikirkan.

Laman Web Online Cari Hotel Murah

Pening kepala memikirkan kos penginapan yang murah tetapi selasa? Hari ini ramai diantara kita mampu menghembuskan nafas lega kerana mudahnya untuk mencari tempat penginapan untuk bercuti dengan harga yang murah tetapi selesa walau dimana-mana pun secara online.

Kini banyak laman web online yang menawarkan perkhidmatan cari hotel murah di seluruh dunia dengan pelbagai tawaran yang menarik untuk dipilih. Disini kami senaraikan 6 laman web online cari hotel murah yang seringkali digunakan oleh orang ramai sebagai rujukan anda.

Kebanyakkan daripada laman web ini juga ada menyediakan aplikasi online yang boleh dimuat turun di telefon pintar untuk memudahkan urusan. Jom kita ketahui 5 laman web tersebut.

#1 Booking

booking laman web online cari hotel

Booking.com merupakan antara laman web online cari hotel murah yang terbesar di dunia dan telah membantu orang ramai mencari hotel diseluruh dunia dengan harga yang murah. Ia ditubuhkan pada tahun 1996 sebagai sebuah laman web kecil yang berpangkalan di Amsterdam, Netherlands dan sehingga kini telah dikenali diseluruh dunia. Booking.com mempunyai laman web yang menawarkan 41 bahasa untuk memudahkan pelanggan diseluruh dunia menggunakannya.

#2 Agoda

agoda laman web cari hotel murah

Agoda.com juga merupakan antara laman web online terbesar di dunia serta menyokong 38 bahasa untuk pelanggan mereka. Agoda.com merupakan agensi pelancongan yang pada mulanya ditubuhkan di Thailand pada tahun 1990 dan telah dimiliki oleh The Priceline Group pada tahun 2007. Agoda juga menawarkan aplikasi telefon pintar yang menyokong perisian android, ios dan windows phone.

#3 Trivago

trivago laman web carian hotel

Trivago.com merupakan halaman enjin pencarian yang lebih menfokuskan kepada hotel. Ia berfungsi untuk membandingkan harga untuk lebih daripada 700 ribu hotel dari 200 laman web tempahan hotel diseluruh dunia yang diantaranya Expedia, Booking.com, Hotels.com dan banyak lagi. Trivago.com mula ditubuhkan pada tahun 2004 dan dilancarkan pada tahun 2005 yang dihasilkan oleh 3 pengasas di Germany. Pada tahun 2007 Trivago mula berkembang di Spain dan France serta ke serata dunia dan baru-baru ini giat memperkenalkan di Malaysia.

#4 TripAdvisor

tripadvisor

TripAdvisor merupakan halaman yang lebih memfokuskan kepada review berkaitan pelancongan. Ia juga mempunyai fungsi yang sama seperti Trivago.com tetapi di TripAdvisor penggunanya lebih aktif dengan memberikan review mengenai hotel yang mereka pergi. Pelawat juga boleh membaca review pelanggan disitu sebelum membuat tempahan. TripAdvisor bukan sahaja menfokuskan kepada carian hotel malahan tempat makan, tempat menarik dan sebagainya sebagai rujukan untuk pelawat. Pelawat yang berminat untuk menempah hotel boleh membuat tempahan di laman web tempahan hotel seperti Booking.com, Hotels.com dan banyak lagi.

#5 Expedia

expedia laman web carian hotel

Expedia merupakan merupakan syarikat pelancongan online yang dilancarkan pada tahun 1996 dan merupakan harta maya pertama Microsoft. Expedia mempunyai 30 cawangan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Expedia bukan sahaja menawarkan pelawat untuk mencari hotel diseluruh dunia malahan Expedia juga menawarkan tempahan untuk tiket kapal terbang, sewa kereta, cruises, pakej percutian dan banyak lagi.

#6 Hotels

hotels laman web carian hotel

Hotels.com merupakan laman web yang menawarkan tempahan hotel secara online dan juga talian telefon. Hotels.com mempunyai 85 laman web yang menyokong 34 bahasa yang menawarkan lebih daripada 19,000 lokasi diseluruh dunia. Hotels.com mula ditubuhkan pada tahun 1991 sebagai jaringan hotel dan pada tahun 2001 ia mula menjadi sebahagian daripada Expedia.

____________

Secara keseluruhannya 6 laman web diatas adalah laman web carian hotel yang sering digunakan oleh pelawat di internet untuk mencari hotel di seluruh dunia. Apa yang menariknya, pelawat boleh mendapatkan harga yang lebih murah dengan menggunakan laman web cari hotel ni. Setiap hari pasti ada tawaran yang diberikan oleh mereka.

Sebelum anda melancong ke mana-mana pastikan anda mencari dan membuat tempahan terlebih dahulu di laman web cari hotel diatas untuk dapatkan tawaran yang lebih murah.

Anda juga boleh muat turun aplikasi telefon pintar di Google Play Store, App Store dan Windows Phone Store untuk memudahkan anda buat perbandingan dan tempahan. Jadikan percutian anda lebih mudah dan menyeronokkan.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas