Hotel Review : Z Hotel Ipoh

16
  • 727
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 23 December 2015 • 727 paparan
oleh Website/Blog

Sekali tengok sahaja, it looks like a mixture of greece/old castle/broadway and old theatre. Semua ni dapat dilihat dari segi tingkap lobby, tingkap dan acah-acah balkoni bilik, ruangan dalaman lobby, dan hallway kaki lima mereka.

Z Hotel Ipoh – Ipoh merupakan salah satu bandar yang penuh dengan tempat-tempat menarik. Tambahan apabila menginap di tengah-tengah bandar, semuanya dekat. Kali ini TL berpeluang untuk berjalan ke Ipoh, Perak sempena ada wedding.

Macam biasa kena google tempat inap yang bukan sahaja cantik tapi kena selesa dan lokasi yang strategik. So, maka terjumpalah Z Hotel Ipoh.

Z Hotel Ipoh Masih Baru

Z Hotel Ipoh

Walaupun baru sahaja buka kepada public, dan masih ada sedikit bau cat, itu tidak mematahkan semangat untuk TL inap di hotel ini. After driving for over 3 hours, I really need this.

Z Hotel Ipoh
Bahagian reception Z Hotel Ipoh. It seems that Ms Riss and Mr Forest segan kena ambil gambar. Hehe.

Sesampai sahaja di Z Hotel Ipoh ini, TL sangat tertarik dengan struktur bangunan mereka. Sekali tengok sahaja, it looks like a mixture of greece/old castle/broadway and old theatre. Semua ni dapat dilihat dari segi tingkap lobby, tingkap dan acah-acah balkoni bilik, ruangan dalaman lobby, dan hallway kaki lima mereka.

Z Hotel Ipoh
Buat masa sekarang, ini merupakan lobby/breakfast area untuk guests.

Z Hotel Ipoh
Antara breakfast yang disediakan selama 3 malam TL stay sini.

Z Hotel Ipoh
Z Hotel Ipoh ini juga ada menyediakan hidangan kopi seperti di cafe-cafe.

Z Hotel Ipoh
Dekorasi sempena menyambut Hari Natal.

Z Hotel Ipoh
Dapat free hand lotion masa TL check-in. Thanks!

Ruang Bilik Z Hotel Ipoh Yang Selesa

Z Hotel Ipoh

TL datang bersama adik. Jadi pemilihan bilik tidak lah teruk sangat, untuk ini Bilik Deluxe Twin Room menjadi pilihan. 2 katil single lengkap dengan flat screen tv (HD Channel – hotel ini mempunyai channel HD paling banyak di Ipoh), aircond, wifi, seterika, cerek air dan hairdryer. Owh btw bilik ni takde fridge ye.

Z Hotel Ipoh

Z Hotel Ipoh

Okay, selalunya toilet hotel tak berapa amazing kan? Tapi di Z Hotel ini, toilet mereka bukan sahaja bersih dan up-to-date in terms of design, tapi ada muzik weyh ! So boleh lah uols berjimba sambil mandi. Ehereher.

Z Hotel Ipoh

Z Hotel Ipoh Tengah Kota

Remember yang TL kata Z Hotel Ipoh ni tengah-tengah bandar? Ia sangat dekat dengan tempat makan best dan juga tempat-tempat menarik yang lain.

Nak makan sahaja boleh cari a wide range of hispter cafes seperti Thumbs Cafe, Karat cafe, Gomok cafe, dan Hobo cafe. Tapi kalau nak makan bersama Ipoh’s crowd, boleh datang ke Dataran Jam Ipoh at 6pm. Dari char kuey teow, nasi goreng itik ke bihun sup Kak Long.

Untuk kaki rayau boleh usha Taman Mini Jepun, Art of Oldtown – yakni wall street art seperti Penang dan juga Gerbang Malam. Something like pasar malam/uptown.

Opening Soon di Z Hotel Ipoh

By early next year, bahagian rooftop di Z Hotel Ipoh ini akan dibuka Rooftop Dining. That will be one of the selling point here. Malangnya, TL datang awal sedikit, tak dapat nak berfeeling makan berjamu di langit. Maka kami pun berhuhuhu.

Z Hotel Ipoh

Z Hotel Ipoh
Parking juga ada disediakan di bahagian belakang bangunan. Anda hanya perlu call dan minta di-reserved kan.

Bila rasa nak lepak Ipoh, meh la stay sini. Semuanya dekat je :)

Z Hotel Ipoh

Z Hotel Ipoh
Jalan Sultan Abdul Jalil
Ipoh, Perak.

Skor Trilode

8.0

Kelebihan

- Ruang bilik yang selesa
- Dekat dengan kafe hispter / tempat makan
- Terletak di tengah-tengah bandar Ipoh
- Dalam toilet ada lagu

Kekurangan

- Parking limited. Tapi ada public parking.

Bilik

9/10

Kemudahan

8/10

Perkhidmatan

8/10

Makanan

7/10

Nilai

8/10

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas