Hotel Review : Starcity Hotel Alor Setar Kedah

Starcity-Hotel-Alor-Setar-Kedah
  • 466
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 25 April 2016 • 466 paparan
oleh Website/Blog

Starcity Hotel Alor Setar Kedah | Ketika TL sedang mengikuti trip The Volkswagen Bettle CLub Treasure Hunt, TL diberi tempat menginap di Startcity Hotel yang terletak di Alor Setar Kedah berdekatan dengan Menara Alor Setar.

Starcity-Hotel-Kedah-2

Lokasi Star City Hotel sangat mudah untuk diakses dan terletak secara strategik di tengah-tengah bandar Alor Star. Ia juga berdekatan dengan kawasan komersial di sepanjang Jalan Putra dan dikelilingi oleh kawasan kejiranan beserta restoran, pusat penjagaan kesihatan, hotel, kompleks membeli-belah dan lot kedai komersial.

Bilik Studio di Starcity Hotel Alor Setar Kedah

Starcity-Hotel-Kedah

Starcity-Hotel-Kedah-1

Starcity-Hotel-Kedah-Studio-Room-1

Starcity-Hotel-Kedah-Studio-Room-2

Starcity-Hotel-Kedah-Studio-Room

Starcity Hotel Alor Setar Kedah mempunyai 98 jenis bilik Deluxe dan juga Suites. TL berpeluang untuk menginap di bilik jenis Studio di Starcity Hotel ini.

Bilik yang agak besar ini mempunyai satu katil bersaiz Queen, kemudahan membuat kopi mahupun teh, peti ais mini, pengering rambut, seterika dan papan, LEC TV dan juga wifi. Satu je bagi TL agak kurang sedikit, plug point sangat jauh dari katil – satu di cerek air, dan satu di meja kecil.

Bilik ini juga dipenuhi dengan cermin dan juga tingkap-tingkap yang luas bagi menggalakkan cahaya yang banyak untuk menerangi bilik di waktu pagi dan juga kerlipan bintang dan lampu-lampu jalanan pada waktu malam.

Kemudahan lain di Starcity Hotel Alor Setar Kedah

Starcity-Hotel-Bilik-Seminar

Starcity-Hotel-Dewan-Kahwin

Selain dari kemudahan bilik yang selesa dan sangat bersih, mereka juga mempunyai bilik-bilik yang sesuai untuk mesyuarat dan juga seminar, bilangan parking yang mencukupi, 24 jam pengawasan sekuriti dan CCTV, perkhidmatan cucian laundry, dan juga dewan untuk majlis perkahwinan dengan harga yang berpatutan.

Dengan berjalan kaki sahaja, anda boleh menikmati pemandangan di Menara Alor Setar. Pada hujung minggu akan ada pasar malam untuk anda berjalan-jalan sekitar Alor Setar.

Starcity-Hotel-Alor-Setar-Kedah

Starcity Hotel
No. 88, Jalan Pintu Sepuluh, 05100 Alor Star, Kedah, Malaysia.
Phone: +604 7355888 Fax: +604 7355999
Email: sales@starcity.com.my

Untuk makluman lanjut boleh klik sini

Skor Trilode

7.6

Kelebihan

-Terletak di bandar Alor Setar
- Bilik yang luas dan selesa

Bilik

7/10

Kemudahan

8/10

Perkhidmatan

8/10

Makanan

8/10

Nilai

7/10

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas