Hotel yang dibina di kawasan Pantai Pasir Panjang merupakan hotel mewah dibawah kumpulan yang sama dengan Lexis Hibiscus Port Dickson dengan sedikit kelainan.
Dengan jumlah bilik sebanyak 639 bilik dari Tower Rooms dan juga Water Villa. Di Lexis Hibscus Port Dickson, rekaan bilik direka dengan sentuhan moden, lain dari Grand Lexis.
Kelebihan Lexis Hibiscus Port Dickson
Keunikan untuk hotel-hotel di Lexis Group ialah semua bilik ada kolam renang. Tapi untuk Lexis Hibiscus, selain kolam renang sedalam 1.2 meter yang terletak atas laut, buat water villa, setiap bilik juga terdapat sauna! Sama juga untuk Tower Rooms.
TL diberi peluang untuk inap di bahagian Water Villa iaitu Panorama Pool Villa (Fountain View). Ada dua jenis iaitu Sea View dan Fountain View. Kalau untuk Sea View, pengunjung akan dapat pemandangan laut seluas-luasnya.
Dimana Fountain View pula pengunjung akan dapat lihat sedikit pantai dan juga Water Fountain paling tinggi iaitu 400 kaki! Sangat awesome!
Terasa nak berenang waktu malam? Boleh, takde masalah. Berenang sambil melayan angin bayu laut, seriously pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan.
Aktiviti di Lexis Hibiscus Port Dickson
Di sini, boleh berbasikal, segway dan juga main aktiviti air seperti banana boat. Terdapat juga Lexis Spa buat mereka yang inginkan sedikit masa untuk relaks. Buat masa ini mereka menyediakan pakej Aromatheraphy Massage, Swedish Massage and Foot Massage.
TL cadangkan ambil Swedish Massage untuk legakan badan anda.
TL dah banyak pergi macam-macam spa tapi Lexis Spa merupakan yang paling bagus. Starting masuk je, TL disambut dengan penuh mesra dan diberi peluang untuk memilih jenis pakej dan juga jenis minyak aromatheraphy.
Ada 3 jenis – balancing, refreshing and relaxing. Lepas dah pilih, TL dihidangkan dengan Teh Halia sementara menunggu bilik disediakan. Selain itu, layanan mereka is very top notch.
“Excuse me miss, are you ready? I will start now.” Mesti korang rasa teruja kan kalau layanan sebaik ni?
Buggy Ride di Lexis Hibiscus Port Dickson
Di Lexis Hibiscus, semua perjalanan dalam hotel pakai buggy, kecuali penginapan di Tower Rooms. Sebab as we all know, Water Villa di sini dibina dengan bentuk bunga raya.
Jadi perjalanan akan jadi sedikit jauh kalau stay di Water Villa. Tapi jangan risau, naik buggy sangat seronok!
Penginapan di Lexis Hibiscus Port Dickson memang sesuatu yang lain dari yang lain. One thing yang TL akan ingat ialah mandi pool atas laut, all day long baby ! Hehe.
Apa Kata Mereka?