Hotel Review : Hotel de Art I-City

Hotel-de-Art-Building
  • 160
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 26 February 2018 • 160 paparan
oleh Website/Blog

Hotel de Art I-City | Beberapa minggu lepas, admin berpeluang untuk menginap di salah satu cawangan baru Hotel de Art yang terletak di I-City seksyen 7, Shah Alam. Terletak di Jalan Keluli 7/110, Seksyen 7, Hotel De Art I-City memulakan operasinya pada September 2016.

Selepas beroperasi hampir lapan tahun di Hotel De Art Seksyen 7, Hotel De Art melebarkan sayapnya dengan pembukaan cawangan kedua di Seksyen 19 dan seterusnya memilih I-City sebagai lokasi untuk cawangan ketiga.

Hotel-de-Art-Building

Hotel-de-Art-Hallway

Masih mengekalkan elemen seni dalam konteks yang berbeza, Hotel De Art I-City memilih tema ‘Fantasy Wonderland’ atau ‘Keajaiban Dunia Fantasi’. Lukisan bertemakan ‘wonderland’ sememangnya boleh dilihat di ruang lobi lagi. Lukisan tangan pelukis mural professional pula dipilih melatari keseluruhan dinding ruang lobi.

Hotel de Art i-City – Tema “Fantasy Wonderland”

Bahagian ruang lobi dan juga bar mini disuntik dengan konsep industrial, antara yang menarik perhatian malah ruang ini juga sesuai untuk bersantai mahupun sekadar berbual bersama insan tersayang. Dengan sofa empuk berona laut bersama kilauan batu permata sebagai pelengkap gaya, ia tambah menarik dengan lakaran yang penuh dengan penceritaan.

Hotel-de-Art-Reception-icity

Pemilihan gaya dari filem animasi ‘Alice in The Wonderland’ pastinya membuatkan anda rasa seperti Alice senditi yang menyapa di bahagaian resepsi dan mungkin seekor kucing Cheshire sedang memerhati anda di sofa dan juga White Rabbit tidak berhenti mengingatkan anda tentang masa! Tapi jangan khuatir, di sini, masa bukan lah satu masalah kerana apabila anda berada di ‘wonderland’ masa seakan terhenti!

Hotel-de-Art-Reception

Hotel-de-Art-Breakfast-Area

Sudah menjadi ‘trademark’ Hotel De Art yang menampilkan corak bilik yang berbeza-beza, Hotel De Art I-City juga sememangnya tidak terkecuali. Namun, berbeza dengan konsep sebelumnya, setiap bilik di sini dilukis pelajar-pelajar Uitm dan Unisel. Setiap tingkat diberi nama mengikut jurusan pelajar tersebut. Antaranya tingkat 1 yang dipelopori oleh barisan pelajar jurusan Fine Art Uitm Shah Alam, manakala tingkat dua pula dihiasi dengan deretan lukisan hasil karya pelajar jurusan Grafik di Unisel Shah Alam. Admin ditempatkan di tingkat dua bilik 206.

Hotel-de-Art-Room-206

Hotel-de-Art-Queen-Bedroom

Hotel-de-Art-Bedroom

Hotel-de-Art-Bathroom

Merangkumi 35 bilik secara keseluruhan, setiap bilik inapan dilengkapi kemudahan asas seperti televisyen berskrin rata, pendingin hawa, bilik air yang lengkap dengan kemudahan tab mandi, rangkaian TV satelit, Wifi dan kemudahan membuat kopi dan teh. Dengan harga serendah RM108 hingga RM298 semalam, Hotel De Art I-City menawarkan beberapa kategori bilik sebagai pilihan buat pengunjung antaranya Art Queen, Art Twin, Art Queen Deluxe, Art Twin Deluxe, Art King Deluxe dan Art Family.

Pemilihan perabot yang digunakan pula lebih berciri moden dan cukup ringkas. Sesekali konsep industrial digunakan dalam penataan ruang hiasan bilik. Lakaran dinding yang dijadikan titik tumpu seakan bersatu dalam ruang kamar beradu!

Hotel de Art i-City – Kepelbagaian Jenis Bilik

Art Soho, Art Studio dan Art Suite adalah antara kategori bilik tambahan yang cuma terdapat di Hotel De Art I-City sahaja. Bilik bagi kategori Art Soho dan Art Studio terletak di tingkat bawah di mana setiap bilik dilakar pelukis mural professional. Konsep ‘naik tangga’ di mana ruang tamu terletak di bawah manakala kamar beradu di tingkat atas amat sesuai bagi pengunjung yang mencari kelainan.

Hotel-de-Art-Soho-1

Hotel-de-Art-Soho-2

Samada menginap bersama keluarga mahupun teman, setiap bilik mampu memuatkan dua hingga empat orang. Lebih bercirikan keluarga dan persahabatan, setiap bilik diadaptasi mengikut tema yang berbeza. Antaranya bilik Super Mario, filem animasi kanak-kanak yang bertajuk Up, filem anime Jepun iaitu One Piece, The Hobbit, dan Under The Sea. Lebih istimewa, kelima-lima bilik di tingkat bawah ini dibina menggunakan perabot yang seumpama dengan tema setiap karektor yang diketengahkan.

Hotel-de-Art-Studio-2

Hotel-de-Art-Studio-1

Menariknya, setiap pelanggan diberi peluang untuk memilih sendiri tema yang berkenan di hati. Setiap gambar bilik boleh dilihat menerusi laman web Hotel De Art sendiri. Sebuah i-pad yang menyediakan pilihan gambar bilik juga diletakkan di ruang pendaftaran bagi memudahkan pelanggan yang datang secara walk-in untuk melihat sendiri gambaran sebenar bilik inapan di Hotel De Art I-City. Pun begitu, semuanya bergantung kepada ‘1st come 1st serve’.

Dimensi lukisan tangan yang melatari hampir di keseluruhan kawasan Hotel De Art I-City ternyata menggamit tumpuan pengunjung. Ibarat bermalam dalam dunia fantasi, Hotel De Art I-City bukan sahaja menjadi pilihan utama untuk destinasi penginapan malah turu menjadi pilihan mereka yang ingin mengabadikan kenangan menerusi lensa kamera peribadi.

Hotel de Art i-City – Dewan Seminar Kegunaan Ramai

Sebuah dewan seminar yang diberi suntikan seni juga disediakan di tingkat dua. Mainan warna di segenap ruang dewan ternyata memberi kesegaran bahkan menawarkan satu kelainan buat anda yang merancang untuk mengadakan sebarang acara di sini. Mampu menampung sehingga 150 orang dalam satu masa, ruang seminar ini menyediakan keperluan yang lengkap dan selesa untuk sebarang acara mengikut permintaan.

Hotel-de-Art-Function-Room

Terletak bersebelahan dengan taman tema I-City Shah Alam, Hotel De Art I-City merupakan lokasi inapan terbaik buat mereka yang inginkan kelainan. Juga terletak tidak jauh dari beberapa lokasi pelancongan popular, Hotel De Art I-City dianggap berada di kedudukan yang cukup strategik. Antaranya Kompleks Sukan Shah Alam, Extreme Park, Sunway Lagoon Theme Park, Bukit Cahaya Taman Pertanian dan Wet World Shah Alam. Hospital Shah Alam juga terletak cuma beberapa minit dari kawasan hotel.

Tidak ketinggalan lambakan kompleks membeli-belah yang tidak jauh dari kawasan hotel seperti gedung tekstil terbesar Jakel, Kompleks Ole-Ole, SACC Mall, Plaza Alam Sentral, Plaza Shah Alam, Kompleks PKNS, Pusat Konvensyen IDCC, AEON Bukit Raja, AEON Shah Alam, dan Setia City Mall.

HOTEL DE ART I-CITY
19 JALAN KELULI 7/110, SECTION 7,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR.
TEL : +603 5880 5588

Untuk menempah bilik boleh klik SINI

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas